Monday, April 28, 2008

Program Grafiti Rakan Muda Jempol



Sapa yang suka melukis di tembok - tembok di Daerah Jempol ini dengan menggunakan SPRAY dan CAT. Wah.... ini ada berita menarik bagi remaja yang berminat aktiviti tersebut. Pada bulan Mei ini, Kompleks Rakan Muda Jempol akan mengadakan Kem Grafiti Rakan Muda bagi remaja yang berumur 18 tahun keatas. Kursus ini akan diadakan selama 3 hari 2 malam akan di isi dengan pelbagai ilmu , tips - tips dan macam - macam lagi semuanya mengenai Grafiti. Kami memerlukan seramai 40 orang peserta di seluruh Jempol. Oleh itu bagi sesiapa yang berminat cepat hubungi Pejabat Belia dan Sukan Jempol di talian 06 - 4581 399 bercakap dengan Akak Rosma. Penyertaan adalah PERCUMA selama 3 hari 2 malam itu.

Friday, April 25, 2008

Hadi Accident Pulak!!

( Hadi menerima hadiah selepas Program Mencari Nyamuk pada 20hb tu )

" Bangmir Si Hadi accident" dio dimasukkan ke hospital, teruk jugak " Itulah sms yang bangmir terima pada malam Selasa lepas. Masa itu tengah kerja. Hai bangmir pun call balik penghantar sms tersebut. Katanya Hadi kemalangan dengan sebuah kereta. Macam - macam pulak berlaku kat budak - budak ARP Jempol bulan ni. Hari itu si Kibal dan Amar kemalangan di Juaseh. Kibal Patah kaki, bahu dan pergelangan tangan. Alhamdullilah Ahad lepas bangmir pegi melawat untuk kali kedua nampak macam dah beransur sembuh.

So apabila mendengar berita si Hadi tersebut, hari Rabu tu , bangmir pun bergegaslah balik ke kg selepas habis kerja. Petangnya itu bangmir pergi melawat Hadi di Hospital Besar Jempol bersama Aidil, Fami B dan abang Musa yang kebetulan mereka baru habis program bersama PBSM. Di Hospital juga terdapat Ariff SMKSJ dan beberapa budak ARP yang membuat lawatan. Hadi patah kaki kanan. Katanya hari khamis, beliau akan di hantar ke Kuala Pilah. Diharap Hadi akan cepat sembuh. Pada budak - budak ARP mahupun remaja di luar sana harap jaga diri baik - baik apabila berada di jalanan. Sayangilah nyawa anda ya....

Wednesday, April 16, 2008

Kibal beransur sihat

( Elok - elok budaknya - Dari kiri ialah Muiz, Amar, Kibal dan Dikman )

Assalammualaikum dan salam rekreasi.

Minggu lepas, hari jumaat malam, bangmir dengan Abu telah pergi melawat kibal yang eksiden 2 mingu lepas. Alhamdullilah dia dah beransur baik cuma rasanya untuk sihat sepenuhnya mungkin mengambil masa lama juga memandangkan kaki,bahu dan pegelangan tangannya di masukkan besi. Lama juga bangmir berbual dengan kibal,Amar juga ada semasa bangmir membuat lawatan tersebut. Nampaknya Amar dah beransur sihat sebab semasa bangmir datang tu beliau sedang study jer....tak tahulah kok dia buat - buat study sebab tahu bangmir nak datang pada malam tu. Bukan main asyik dia buat Add Mate. Kibal juga tak sabar - sabar nak join program Arp kalau dia sihat nanti katanya. Sian pulak dengarnya. Katanya lagi, beliau akan ke sekolah pada hujung bulan ini dengan menggunakan kerusi roda. Menurut kibal, beliau perlu pergi ke sekolah memandangkan beliau akan mengambil SPM pada tahun ini dan tidak mahu ketinggalan banyak subjek penting. Pelajar dari Sekolah Menengah Teknik Juasseh itu memang mempunyai semangat yang kuat. Bayangkan doktor dah bagi 3 bulan cuti untuk berehat tetapi beliau masih lagi ingin ke sekolah untuk meneruskan pelajaran supaya tidak ketinggalan. Yang bestnya guru besar SMKTJ sudah pun bersetuju untuk menurunkan kelas beliau dari tingkat atas ke tingkat bawah agar kibal mudah bergerak menggunakan kerusi rodanya nanti. Terima kasih pengetua SMKTJ. Di sini apa yang bangmir nak ulaskan dan respek adalah pada Amar sepupunya itu yang sedia membantu kibal apabila berada di sekolah nanti malahan menurut Kibal, Amarlah yang banyak membantunya sekarang di rumah untuk menguruskan diri. Pengorbanan Amar itu patut menjadi contoh dan tauladan pada remaja di luar sana. Baginya Amar bukan sekadar sepupu malahan Amar juga adalah teman sejati yang sanggup bersusah payah bersama. Alhamdullilah , semangat dan sokongan Amar itu, Kibal sanggup untuk ke sekolah kerana Amar katanya sedia membantu Kibal di sekolah nanti. Wow... hebat betullah Si Amar . Memang patutlah Amar mendapat Pingat Gangsa Anugerah Rakan Muda yang di sampaikan oleh Dato Azalina ( bekas menteri belia dan sukan ) tempoh hari di Kuala Pilah. Bagi bangmir Amar memang seorang yang baik dan rajin. Sebab itu dia layak menerima pingat tersebut dari Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Semoga u all berdua menjadi contoh terbaik pada remaja di luar sana. Bangmir mengharapkan Kibal beransur sihat dan ucapan terima kasih kepada Amar kerana sedia membantu kibal. Thanks Amar.

Saturday, April 12, 2008

Minat Adventure ! Anda Di Jemput DAtang ! !

Bagi Sesiapa Yang Berminat Xpdc, Perkhemahan , Rentas Hutan , Kayak , Tali Dan Aktiviti Lasak Dan Mencabar ( Outdoor Adventure ). Sekiranya anda berumur 15 Tahun Keatas Anda Di Jemput Datang untuk mendaftar menjadi ahli sekaligus Ke Mesyuarat Persatuan Rekreasi Luar Jempol 2008 Pada Hari Ahad 20hb April 2008 Jam 8 Malam di Kompleks Rakan Muda Jempol. Ajaklah Kawan - Kawan Datang Ok. Inilah adalah jemputan rasmi dari kami bagi sesiapa yang berminat menyertai persatuan ini. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Saudari Amir di 012 3694057

Budak Lui Buat Program Baikkkk punyer....

( Inilah Jawatankuasa Budak Lui Bagi Program Tui - Tui Meh Lui )

Sepatutnya pagi ini jam 9.30 ada perjumpaan ARP untuk bulanApril ini. Macam biasa bangmir pun datanglah. Hari ini pulak, bangmir datang bukan main awal bukan apa bersemangat. Kebetulan hari ini Naim, amar dan Abu tak dapat datang sebab masing - masing ada hal. Sampai sahaja di sana , makcik cleaner info yang pagi ini ramai budak - budak Sekolah Menengah Bandar Baru Serting sedang menghadiri Ceramah peperiksaan. So apalagi cepat - cepatlah tel Izat agar memaklumkan budak - budak ni yang perjumpaan di tunda ke pukul 2.30 ptg. Si izat pula tak info pasal ceramah itu awal - awal. Kalau tidak, mungkin bangmir dah tunda perjumpaan tersebut. Alhamdullilah maka lepaslah satu masalah. Tiba - tiba dari jauh perasan pula beberapa geng budak lui datang. ALAMAK !..... lupalak bangmir yang budak2 lui ini memang tahu pagi ini ada perjumpaan. Hai maka bangmir pun tak jadilah balik. So untuk nak cover dia orang punya xtvt , bangmir pun buatlah mesyuarat. Alhamdullilah...rupa - rupanya diam - diam ubi , budak - budak lui ini memang bersemangat nak wat program untuk budak - budak ARP Jempol. Apalagi bincang punya bincang maka mereka telah bersepakat untuk membuat program " TUI - TUI MEH GI LUI " untuk budak - budak ARP Jempol. Respekslah bangmir kat kauorang. Budak - budak SMKLB memang boleh cayalah. Boleh buat program sendiri. So cadangan program adalah pada bulan Mei ini. Oleh itu budak - budak ARP Jempol, jom kita ramai - ramai tahan bas dan lori macam biasa , meh kita serbu LUI SELATAN pulak kali ini. Bukan apa dah boring pulak asyik buat program di BBS jer. Pada budak Lui , bangmir harap kauorang akan buat program kasi gempak kat budak BBS pula. Macam inilah yang Kementerian Belia Dan Sukan mahukan dimana remaja dah boleh buat program sendiri untuk golongan mereka juga . Sasaran peserta 40 orang. Bak kata mereka Facy pun terlibat sama jadi peserta. Mereka nak kenakan cukup - cukup kat facy jempol. Matilah kita kali ini. Bangmir lak petang tadi dah pakat ngan aidil, bangman, bang fami untuk create satu team sempoi punya. Siaplah kauorang. Nak lawan kami konon. Berani cubalah walaupun sebelum ini kami dah banyak kalah kat kauorang. So jangan lupa pada budak ARP... Jom kita ramai - ramai pergi ke LUI SELATAN NAIK LORI.

Petang ini juga kami ada wat perjumpaan ARP untuk membentuk jawatankuasa 2008. Kali ini Kapten ARP ialah Amirol, Leftenan pula adalah PUTRA. Bendahari ialah Shikin. Izat telah bangmir keluarkan dari jawatan Kapten kerana dia telah di terima sebagai TEAM DEKBET. Apapun bagi jawatan - jawatan lain kami akan pilih pada perjumpaan ahad ini 20hb selepas program xtvt Nyamuk. Oleh itu bangmir menjemput semua peserta lama dan baru ARP untuk datang pada ahad ini ok. Sapa yang Belum daftar sebagai ahli, anda di jemput datang pada hari tersebut . Sebarang pertanyaan bolehlah SMS pada bangmir di 012 369 4057. Nak tahu program - program ARP dan Pejabat Belia dan Sukan Jempol si klik di sini www.anugerahrakanmuda.multiply.com

(Best betul sebab dapat jumpa budak - budak ARP hari ini . Semua dah godang - godang )

Tuesday, April 08, 2008

Kursus Rekreasi luar Tahap II 2008

Assalammualaikum dan Salam Rekreasi.

Hari ini, bangmir terima BUZZ! BUZZ! BUZZ! apalagi Yahoo Messenger la. Nak tau daripada Siapa....emmmmm tak payahlah nanti Gossip Panas lak. Nak tau ! sekarang ini kalau ada xtvt2 rakan muda atau apa sahaja xtvt remaja yang terkini.....cepat betul bangmir terima daripada beliau...hai maklumlah dah pandai pakai YM. Okeylah. Bangmir dimaklumkan pada 24hb - 29hb April ini ada Kursus Rekrasi Luar Tahap 2 yang di anjurkan oleh jabatan Belia dan Sukan Melaka di Ayer Keroh Melaka untuk Zon Selatan. Rasanya dah lama kursus macam ini tidak diadakan .So Negeri sembilan dan Johor terlibat samalah. Oleh itu Akak $&#$% nak bangmir dapatkan beberapa orang peserta belia dan beliawanis 18 tahun keatas untuk menyertai kursus ini. Bagi bangmir kursus ini memang best. Semua subjek mengenai camping, perkhemahan, mendaki, rentas hutan, abseiling, flying fox , ikatan tali , ikhtiar hidup, kayak, ilmu hutan dan banyak lagi lah. Bangmir pun pernah sertai kursus seperti ini di Pangkor tahun 2000 bersama PERWIP. Bagi bangmir kursus ini amat sesuai untuk anda pengiat rekreasi untuk belajar lebih mendalam lagi tentang ilmu rekreasi. Bukan apa ilmu - ilmu ini takda diajar di sekolah dan Sekolah memandu P. Jadi !. Apalagi bagi mereka yang berminat silalah hubungi Pejabat Belia Dan Sukan yang terdekat. Bagi Negeri Jempol pula anda bolehlah menghubungi bangmir untuk mengetahui program tersebut. Kalau sempat esok bangmir akan BUZZ! BUZZ! ngan akak &*%&* untuk mendapatkan cerita sebenar.
( Macam nak join jer kursus ini. Harap KBS tak cek saya dah gi ke belum ini... kalau tak kantoilah Teima kasih Kementerian Belia Dan Sukan kerana adakan kursus2 rekreasi macam ini semula. Lama betul xtvt2 rekreasi, mendaki dan perkhemahan senyap jer tak macam dulu2. Harap sekarang aktiviti macam ini di aktifkan balik sebab remaja memang sukakan cabaran dan kehidupan yang lasak)

Friday, April 04, 2008

Kibal Peserta ARP Jempol - Exsiden

( Kibal yang pegang topi )
Assalammualaikum,
Tentu ramai budak - budak ARP Jempol kenal dengan Kibal. Seorang budak yang alim, baik budi bahasanya dan tertip orangnya. Malahan kami dekbet team sangat selesa dengan kibal kerana kerajinannya. Apapun beliau sekarang sedang berada di Hospital Chinese Menarity ( NSCMH) Seremban kerana kemalangan 2 hari lepas di hadapan Klinik Juaseh selepas balik daripada sekolah. Amar juga terlibat sama kerana beliau menunggang motor yang sama. Mengikut kata makcik kibal, kibal patah kaki dan bahu manakala pergelangan tanganya di masukkan besi. Sian betul bangmir mendengarnya. Terperanjat bangmir menerima berita itu daripada bangman. Bukan apa kalau nak dikatakan si Kibal tu Mat Rempit...ya allah kawan - kawan dan tuhan sahaja yang tahu macam mana budak tu cermat dan perlahannya membawa motor. Kibal juga memang terkenal dengan sifat budi bahasanya dan rajin membantu. Mana tidaknya Kibal , Amar , Naim adalah tiga orang Anak didik ARP dari kampung bangmir. Mereka - mereka inilah yang selalu menemani bangmir menyertai sebarang program rakan muda. Malahan kali terakhir bangmir panjat Gunung Angsi adalah bersama Kibal pada Disember 2007. Itu pun nasib baik, kibal sudi menemani bangmir mendaki, kalau tidak bangmir jer seorang mendaki macam biasa.

Semalam khamis kebetulan bangmir OFF pulak,bangmir pun baliklah ke kg. Cadangnya bangmir dan rakan - rakan kibal dari kg nak melawat beliau di Hospital Kuala Pilah.Tiba- tiba nenek kibal info yang beliau sudahpun di hantar ke Seremban untuk rawatan susulan maka kami pun bercadang untuk melawat beliau pada hari ini jumaat lepas solat kerana nak menunggu rakan2 lain balik dari sekolah . Namun masih tidak kesempatan kerana makciknya memberitahu pada pukul 10 pagi tadi yang kibal akan menjalani beberapa pembedahan susulan bermula jam 2.30 ptg hinggalah jam 7 malam. So tak dapatlah juga kami melawatnya hari ini. Apapun bangmir sempat juga melawat Amar di rumahnya pagi tadi. Beliau nampaknya tidak mengalami kecederaan serius cuma luka - luka sedikit tetapi nampak macam masih lagi keadaan trauma kerana kejadian tempoh hari. Apapun bangmir mengharapkan agar Kibal akan terus cepat sembuh supaya dapat mengikuiti program - program bangmir ya. Harapan bangmir pada rakan - rakan lain agar kita sama - sama berdoa agar kibal cepat sembuh sedia kala..... dan bangmir mengharapkan anda dapatlah memberikan kata - kata semangat kepada beliau....sedih bangmir bila dengar suara dia di telepon apabila dia bercerita tentang nasib dirinya itu masa hadapan.

So SMS lah Kibal di 013 2597295. Beliau perlukan sedikit semangat dari anda semua. Tak rugi u all SMS sebaris dua kata - kata hikmah pada beliau. Ingatlah...Kibal memerlukan sokongan dari kawan2nya.Hanya kawan- kawanlah yang dapat menghiburkan kibal ketika ini di kala kibal terbaring di atas katil hospital.... Sure kibal tersenyum apabila menerima sebaris SMS dari anda. Pada anda yang ingin menghantarkan kata - kata pesanan pada kibal . Sila klik ' comment ' di bawah.