Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan Daripada BerhuluCamp

Alhamdullilah....Sabtu lepas 21hb July 2012 kita dah mula berpuasa. Terlalu lama bangmir tidak menulis time2 ramadhan ni. Zaman dulu, masa aktif dengan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jempol kalau bulan ramadhan ini, macam - macam cerita keluar dalam blog ini. Namun mungkin sekrang kesibukan tu, menyebabkan peranan nak menulis tu kurang atau erti senang MALAS. 

Oh ya minggu lepas sebelum Ramadhan, kami menerima 2 team iaitu Jumaat 13-15hb July adalah pelajar - pelajar dari UiTM Puncak Alam dan selang sehari tu 14 - 15hb July tu, geng JKM - Jab Kebajikan Masyarakat Jempol pula masuk. Bulan July sepatutnya memang kami tak ambik tempahan sebab abg hanip kerap berkursus jabatan pada hujung minggu manakala bangmir pula susah nak pohon cuti pada hujung minggu tambahan pula kem sedang dalam proses penyelenggaraan. Apapun disebabkan minggu tu, ada tempahan khas daripada JKK Kg Serting Ulu maka kami terimalah team lain masuk sekali iaitu UiTM Puncak Alam. So alhamdulilah semuanya berjalan lancar cuma bangmir belum sempat nak dapatkan gambar2 xtvt geng - geng Uitm.
So kesempatan ini, bangmir mewakili rakan - rakan BerhuluCamp Jempol ingin mengucapkan Salam Ramadhan dan selamat Berposo ya.