Assalammualaikum dan salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua warga Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda terutama sekali budak2 Jempol. Di sini bangmir dan rakan - rakan ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan. Semoga kita mendapat rahmat di bulan yang mulia ini. Untuk maklumat anda, ARP Jempol akan berehat seketika dengan xtvt2 ARP buat sementara waktu sempena Ramadhan ini. Walaubagai manapun kebiasaannya Program Ramadhan Rakan Muda akan menyusul pula. Oleh itu anda dinasihatkan selalu melawati laman web ini untuk mengetahui program2 Ramadhan yang boleh anda sertai. Pihak Pejabat Belia Dan Sukan Jempol akan memaklumkan sekiranya ada program yang boleh ARP Jempol
Berhulucamp Jempol NS adalah Pusat Latihan & Rekreasi. Terciptanya kem ini adalah dari cetusan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Bermulanya terlibat dengan kerja - kerja sukarelawan Rakan Muda semenjak 1994 lagi bersama Pejabat Belia dan Sukan Jempol. Dari situlah pengalaman kami kutip. Sekarang Rakan Muda dah tiada lagi tetapi semangat Sukarelawan Rakan Muda itu masih tebal dalam jiwa ini. Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kerana mendidik kami sehingga hari ini.
Friday, August 21, 2009
Wednesday, August 05, 2009
THANKS ARP NS
Alhamdullilah kesemua para peserta yang telah di jemput oleh Jabatan Belia dan Sukan NS telah hadir ke Bengkel Pemantapan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda NS 2009 di Hotel Seri Malaysia Port Dickson pada 31hb Julai - 1hb Ogos 2009. Bengkel yang dihadiri seramai 41 orang ini, telah berjalan dengan lancar dan semangat yang ditunjukkan oleh para peserta amat dihargai. Kerjasama antara Guru - guru, penggerak rakan muda, para pegawai JBS dan sukarelawan dalam bengekl ini amat dipuji.Diharap mereka menjadi pemangkin bagi memastikan kejayaan ARPRM di NS ini . Kami mewakili Badan Operasi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan kerana mengadakan Bengkel ini walaupun ia agak singkat buat kami semua. Di harap semua yang terlibat mendapat faedah dari bengkel ini. Pada Mr Ravi ( Peserta Emas 2009 ), anda hebat buat kami. Terima kasih kerana meluangkan masa bersama - sama barisan penceramah berkongsi pengalaman bagi menguatkan lagi ARP di Negeri Sembilan. Buat Cik Nurazlina ( Penyelaras Projek ) Thanks Very Good!!!.... kerana memberikan komitmen kuat dalam bengkel ini mahupun sebagai Orang Kuat penggerak ARP di NS.
Bagi sesiapa yang nak salinan PowerPoint tempoh hari seperti kami janjikan. Jangan Risau. Email pada bangmir, nanti bangmir akan forwardkan LINK nya ok. Sekiranya anda memerlukan khidmat ARP kami, Jangan segan. Hubungilah kami ya.
.
Bagi sesiapa yang nak salinan PowerPoint tempoh hari seperti kami janjikan. Jangan Risau. Email pada bangmir, nanti bangmir akan forwardkan LINK nya ok. Sekiranya anda memerlukan khidmat ARP kami, Jangan segan. Hubungilah kami ya.
Subscribe to:
Posts (Atom)