Thursday, August 21, 2008

Akan Terbit Di Majalah ARP Jempol !

Coretan Memori Indah Bersama Keluarga Angkat semasa Program Rakan Muda Wawasan Desa di Pengkalan Durian Linggi akan di siarkan minggu depan. Tunggu Ok . Kalau nak tengok gambar - gambar program kami tu. Silalah klik pada cover majalah ini ya. Ops pada peserta Keluarga Angkat tempoh hari, sori sebab berita aktiviti u all tak dapat di muatkan ke dalam Sinar Harian sebab , kami tiada email wartawan Skuad Cakna Sinar Harian edisi Port Dickson. Takpalah kita muatkan di sini pun, dah kira baguz kan! kan! kan!....

.


Fake Magazine CoversVote for this MagazineEmail this to peopleNovelty Gift

Wednesday, August 20, 2008

Program Rakan Muda Wawasan Desa Jempol

Inilah gambar kenangan peserta ARP Jempol bersama keluarga angkat mereka di Kampung Pengkalan Durian Linggi Negeri Sembilan. Kami sudah pun muatkan gambar - gambar menarik sepanjang program itu berlangsung bermula 15hb - 18hb Ogos 2008. Kalau nak tengok gambar program hari itu kliklah di sini "Gambar Program Rkn Muda Wawasan Desa Jempol ". U all juga boleh copy dan cuci gambar - gambar tersebut untuk di jadikan kenangan. Kalau tak tau macam mana nak dapatkan gambar tersebut melalui web ini, sila hubungi abang Amir ok.

( Kepada abang Aidil dan Izat mano kau punya laporan Program Kejurulatihan ARP peringkat Kebangsaan kat Taman Negara tu. Hari itu sibuk cerita pasal keseronokkan program kat situ )

Thursday, August 14, 2008

Mak Ayah Tunggu Kami Yer !

Wah... tak sangka, Program Keluarga Angkat Wawasan Desa Parlimen Jempol yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol pada 15hb - 18hb Ogos 2008 ini telah mendapat sambutan yang paling hangat. Pujuk rayu merajuk dan ugutan macam - macam di terima kerana nak join program ini. Apapun bangmir hanya mengekalkan cogankata seperti biasa SIAPA CEPAT DIA DAPAT. Bayangkan senarai menunggu jer ada 34 orang walaupun kami dah ada 40 orang peserta ARP yang berumur 16 tahun keatas. Naim Pemegang Pingat Perak ARP Jempol pula akan buat Projek Residen Keluarga Angkat bagi melengkapkan syarat - syarat ARP kategori EMAS . Apapun kami minta maaf kerana kami hanya di benarkan membawa seramai 40 orang sahaja peserta. Bagi yang tak dapat pergi, lain kali jer la ya. So Mak! Abah ! dan keluarga di Pengkalan Durian Linggi NS, tunggu kami yer di sana. Insyallah anak mu ini akan sampai jam 5 petang di sana....
( Sedihnya...tak dapat join program tersebut...keja la.... )

Tuesday, August 12, 2008

Program Keluarga Angkat Wawasan Desa

Hari ini Akak Rosma mengumunkan pada 16hb - 19hb Ogos 2008, Satu Program Anak Angkat Wawasan Desa anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jempol akan diadakan di Linggi Port Dickson NS, dan penyertaan ini telah di buka kepada Peserta ARP Jempol. So bangmir memohon jasa baik PBSD Jempol agar di berikan juga kouta kepada ahli - ahli Persatuan Rekreasi Daerah Jempol untuk menyertai program yang sememangnya best giler ini. Apa lagi lepas berita ini di sebarkan maka macam - macam SMS masuk sebab nak daftar. Bagi peserta ARP , kami tawarkan pada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jempol seramai 20 yang berumur 15 tahun keatas. So bagi bangmir pula, masih ada baki 20 orang tetapi yang daftar jer kat bangmir dah melebihi kaota. Mmmmmmmmmmmm macam mana nak buat ni. Harap dapatlah bagi lebih sedikit peserta untuk program kali ini. Bukan tak tahu, di Jempol ini kalau bab program memang ramai nak join. So bagi sesiapa nak join, cepat call bangmir yer. Siapa cepat dia dapat.

( Satu Perjumpaan Peserta Program Keluarga Angkat ini , akan di adakan pada Hari Rabu Jam 3.30 petang di Kompleks Rakan Muda Jempol )

Wednesday, August 06, 2008

JOM MENDAKI GUNUNG TELAPAK BURUK



Kepada sesiapa yang berminat menyertai program Pendakian Gunung Telapak Buruk anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan pada Sabtu ini 9hb Ogos 2008 di Jeram Toi Jelebu, NS bolehlah mendapatkan Borang Penyertaan di mana - mana Pejabat Belia Dan Sukan Daerah di Negeri Sembilan yang berhampiran dengan anda. Yuran di kenakan sebanyak RM20 bagi satu kumpulan yang terdiri 6 orang. So apa lagi, kalau nak tahu lagi maklumat terkini bolehlah call Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jempol 06 - 4581 399 bercakap dengan Cik CT ok. Kita jumpa di Gunung Telapak Buruk Ok. See U There...

Monday, August 04, 2008

Perkhemahan ARP Peringkat NS 2008

Pada 8hb - 10hb Ogos 2008, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan akan menganjurkan Perkhemahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat NS di Jeram Toi Jelebu NS. Mengikut jurucakap ARP Jempol, Cik Rosma program itu akan dihadiri seramai 120 orang peserta ARP di Negeri Sembilan yang di ambil daripada 7 buah sekolah terpilih dimana sekolah - sekolah ini adalah sekolah yang menjadi Pilot Projek ARP Jabatan Belia dan Sukan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran NS. Di Jempol kami menghantar seramai 20 orang peserta ARP daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jempol. Maklumat mengenai sekolah - sekolah yang terlibat akan bangmir info kemudian kerana kami tiada info mengenai sekolah - sekolah tersebut. Apapun selamat berkhemah. jangan lupa bawa Buku Log, Buku Diari dan pasport Gangsa, Perak mahupun Emas kalau ada ok.

( Bestnya kalau dapat pergi join program Perkhemahan ARP tu...... )

Friday, August 01, 2008

Terima Kasih Sinar Harian

Xtvt Rakan Muda Daerah Jempol masuk lagi dalam Akhbar Sinar Harian Edisi Melaka & Negeri Sembilan. Terima kasih di ucapkan kepada Wartawan Sinar Kuala Pilah Saudari Nurliza Elami kerana sudi memuatkan lagi xtvt kami di Ulu Bendul tempoh hari ke dalam akhbar u all. Biasa Wartawan Jempol yang kerap memaparkan xtvt Rakan Muda Jempol tapi kali ini, Kuala Pilah pula sudi memaparkan xtvt kami ini kerana xtvt tersebut berlaku di Kuala Pilah. Apapun terima kasih kepada Setiausaha Persatuan Rekreasi Daerah Jempol iaitu saudara Fahmi kerana meng -hantarkan laporan tersebut. Nak tengok gambar- gambar program tersebut. " Klik di sini Ok "
.

( Petikan artikel di Akhbar Sinar Harian Edisi Melaka dan Negeri Sembilan @ Kuala Pilah pada hari Khamis 31hb Julai 2008 mengenai Xtvt Asas Trek Angsi pada 25hb - 27hb Julai 2008 di Hutan Simpan Ulu Bendul Kuala Pilah anjuran Persatuan Rekreasi Daerah Jempol NS. Untuk mengetahui laporan penuh aktiviti tersebut , anda bolehlah mengunjungi blog Persatuan Rekreasi Daerah Jempol di http://www.rakanmudajempol.blogspot.com/ - Klik di sini pun boleh )