Tuesday, July 24, 2007

Cintailah Alam ' Kitar Semula '

( Rajin diaorang nie kutip sampah bermula dari Hospital Seri Jempol lagi)




Pada hari Ahad 22hb juga, hari yang sama. Kami ARP Jempol telah sama2 mengadakan gotong royong mengutip sampah di sepanjang laluan trek kami hinggalah ke Taman Bunga Seri Jempol.Di taman bunga pula, bangmir telah memberi penerangan tentang pentingnya Program Kitar Semula. Tong Biru untuk Tin & Plastik , Tong Coklat untuk Kertas manakala Tong Oren untuk Kaca. Ingat tu!. Program ini di buat bagi menambah jam untuk peserta yang mengambil komponen Khidmat Masyarakat. Bagi sesiapa nak tengok gambar2 program tempoh hari
Kliklah saya program hari itu

Monday, July 23, 2007

Kursus Khemah kat Dataran Salem Majlis Daerah Jempol




Pada Ahad 22hb Julai , Bangmir dan kawan2 Team Dekbet telah mengadakan Kursus Pengurusan Khemah bagi peserta arp yang mengambil komponen kemahiran tersebut. Ramai yang join sampai 63 orang.Kebetulan masih ramai budak ARP yang belum menghabiskan slot ini. Cadangan asal kita akan mula program jam 9 pagi tetapi disebabkan hari ujan maka

pr
ogram di lewatkan jam 10.30. Pelepasan peserta dibahagikan mengikut kumpulan. So diaorang kena cari check point yang telah ditetapkan. Kami wat camping kat DATARAN SALEM Bandar Baru Jempol. Cantik jugak View kat situ. Macam berada di luar negara jer. Tapi sayangnya kat situ takda Tandas dan bekalan air. Kalau tak dah lama budak2 ARP wat camping 3 hari 2 malam di situ. So diharap pihak Majlis Daerah Jempol dapat mengadakan kemudahan tersebut.Rugi tu kalau tak dibuat sebab tempat tu sesuai dijadikan Camp Site. Bangmir mengucapkan terima kasih pada abang Aidil,abang fahmi,abang anip Dekbet, abang abu, abang piloi,Kak rosma,dan kakngah kerana sudi datang membantu. Abang Man jugak datang dengan anak - anaknyer macam biasa. Bagi sesiapa nak tengok gambar2 program hari tu kliklah ' Program2 Terkini ARPRM '


Saturday, July 21, 2007

PERADUAN ARP ! HADIAH LUMAYAN ?

BERAPAKAH JUMLAH ORANG DI DALAM GAMBAR INI?. Dah dapat cubalah teka. Nak hadiah...Opppsssi bukan di blog inilah tapi bagi sesiapa yang nak mencuba nasib untuk mendapatkan hadiah misteri dari Pusat Operasi ARPRM Jempol NS, jangan lupa klik kat ruangan PATUT KLIK ' Psssttt....gosip2 Dekbet Team '' kerana di situ ada peraduan menarik untuk anda sertai okey.

* tapikan berapa orang yer yang terdapat dalam gambar ini kan....serabut di buatnyer.... he..he..he... poning palo den....

Tuesday, July 17, 2007

Pameran Arp dan Khidmat Masyarakat


Amboi...amboi bergaya sakan kauorang yer....


Antara kejayaan ARPRM Jempol....


Sibuk betul si Moja and Farah tu .....

Ct kau tu beri penerangan ke atau mengurat...ni

Untuk mengetahui cerita2 panas Dekbet Team jangan lupa klik pada 'Pssstt...Gosip2 Dekbet Team 'okey.Ada macam2 cerita panas beb...

Thursday, July 12, 2007

Perjumpaan Minggu ke3 Bulan Julai


.
Perjumpaan telah diubah pada hari Ahad 22hb Julai 2007 jam 9 pagi tepat. Bukan jam 9.30 pagi. Ini kerana bangmir akan membawa anda untuk berkhemah dalam sehari sahaja untuk menghabiskan komponen kemahiran & Inovasi bagi Pengurusan Khemah. So diharap semua peserta ARP dapat hadir. Jam 9 pagi kite bergerak ok.Oleh yang demikian anda diminta membawa bahan makanan untuk di masak pada tengahari itu. Buatlah kumpulan yang terdiri daripada 5 orang sahaja. Tempat camping ialah berhampiran dalam kawasan BBS jugak. So kami akan bekalkan khemah dan alatan memasak. Pakaian macam biasa. Bawalah beg sandang. Program akan tamat jam 2 petang. Jo Jom kite camping........ lama tul tak g camping kan.....

Wednesday, July 11, 2007

Kursus Kepimpinan Pegawas Sekolah Prigkat Kebangsaan








Bestlah U all budak2 Arprm Jempol seramai 57 orang. Bangmir puas hati dengan kerja2 dan tenaga sukarelawan yang telah anda curahkan pada majlis tersebut. Tak kering peluh bangmir menerangkan pada ramai guru2 yang hadir bertanyakan ' budak2 yang pakai baju merah tu...catering awak ker tu..rajin betul meka " ha...ha..ha... apalagi bangmir pun siap sekolahkan cikgu2 tu pasal ARP Jempol nasib baik takda whiteboard dan marker pen. Mana tidaknya dan2 jer turun dari bas, Cikgu Azman ( Bos program ) dah menyuruh kami bertugas. Bak kata orang sejuk econ dalam bas pun belum ilang lagi. Budak2 ini pun macam biasa buatlah kerja tanpa banyak soal ( dah biasa katakan ). Rajin kau orang sampai u all pun tak dapat minuman dan kueh yang di bekalkan oleh penganjur kerana tak cukup. U all siap cakap kat bangmir' takpa bangmir bagi tetamu makan dulu' perhhhhh......ayat giler tu kau bagi kat bangmir. Apalagi bangmir pun dengan semangat jitu start keta pegilah belikan 4 kotak air mineral dan roti krim dan kacang kat Simpang Pertang untuk all sebab ayat yang kau lontar tu power betul. Apa ketidaknya masing2 bangmir tengok kat padang ke sana ke mari dengan kotak mineral dan kueh gelang gula dah cair tu di bawah sinari cahaya panas terik bagi kat semua para peserta kursus tu di bawah khemah mahupun dalam bas , begitu juga dalam balairaya c buk menghidangkan juadah dan cenderahati, walhal u all belum makan lagi dari kite sampai tadi. Sure penatkan tadi, sebab bayangkan nak surf 800 orang tetamu rasanya. Tapi budak2 ARPRM Jempol nie dah biasa wat kerja2 kesukarelaan, so tak kisah sangatlah. Sama juga masa makan tengahari , u all makan last2 sekali....itupun nasib baik ado kerak2 ayam sambal tu . Bangga betul bangmir tengok u all ni lah.Terima kasih bangmir ucapkan pada u all.... okey... apapun tuhan sahaja yang dapat balas jasa2 uall tu. Pada para peserta kursus yang hadir tadi, mohon maaflah sekiranya layanan kami tadi taklah VIP sangat. So jangan lupa join ARP di tempat anda yer. Pergilah daftar di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Masing2. Oh ya tak lupa juga bangmir tengok budak2 PRS Sekolah Datok Mansor rajin betul menolong orang2 kampung. Tapi lagi rajin budak ARP Jempol........CAYALAH ARP JEMPOL

Monday, July 09, 2007

D Kok Eco Camp





Hari ini, Bangmir dan Faizal telah singgah satu tempat baru rekreasi di Tanjung Ipoh. Namanya D, Kok Eco Camp. Bukan apa, kami ni memang suka reyky kawasan2 baru untuk wat camp. So tempat boleh tahan jugak. Tapi nampaknya dalam proses pembangunan. Malangnya tuan punya camp nie tiada pulak. So takdapatlah tau lebih lanjut lagi mengenai tempat tersebut. Apa yang dapat bangmir nampak di situ terdapat tapak perkhemahan,dewan,kolam untuk main kayak dan beberapa tandas dan bilik air. Terdapat 2 buah Chalet di situ. Kira besar jugak. Masa bangmir nak masuk tadi ke Kg Talang, kebetulan pula di sepanjang jalan terdapat peserta dari Program Perkhemahan Kadet Polis Peringkat Kebangsaan yang berpengkalan di Ulu Bendul sedang jogging beramai2 di situ. So ramai pulak polis di kawasan tersebut. Apapun bagi peminat rekreasi dan kem ,cuba - cubalah wat program kat situ pulak okey...

Friday, July 06, 2007

Kem Anugerah Rakan Muda



Selamat datang diucapkan kepada ARP anjuran Majlis Belia Daerah Jempol dengan kerjasama Pusat Perkhidmat Adun Kawasan Bahau serta Pejabat Belia dan Sukan Jempol. Program ini telah bermula pada - 6hb hingga 8hb Julai , Menurut kata Mr. Ong Seramai 100 orang peserta Arp dari Seremban, Jelebu dan Bahau menghadiri kursus ini di Kompleks Rakan Muda Jempol. Bangmir tengok mereka semua terdiri daripada rakan - rakan kita dari kaum cina. Wah ramai tu... So kami di ARP Jempol mengucapkan selamat datang ke KRMJ Jempol Ok. Terima kasih pada Cikgu Ong dan Pengerusi Program tersebut ( lupa pulak bangmir namanya ) kerana sudi menjemput bangmir memberikan taklimat ringkas mengenai program ARP.Kami di sini percaya mereka akan dapat mengeluarkan lebih ramai lagi penerima Pingat Gangsa ARP tahun ini. Sekiranya ada apa2 yang boleh bangmir bantu just call saja yer. Tadi lupa pulak bangmir nak ambil no tel pengerusi program tersebut.So sesiapa peserta kursus tadi yang terbaca laman ini, bolehlah smskan no tel pengerusi program tersebut ok. Apa pun syabas pada penganjur So bagi rakan - rakan kita yang dah join ARP selalu - selalulah lawati laman ini ya. Kalau ada cerita emailkanlah pada bangmir okey.