Tuesday, October 21, 2008

Berita Panaz Daripada Kami

Wow ! sekarang blog ini ada ruangan forum untuk remaja. So wartawan - wartawan kami sedang sibuk mencari cerita untuk tatapan buat remaja semua. Jangan lupa jenguk - jenguk di ruangan " Cerita2 Panaz Untuk Remaja " di bawah sana ya. Just klik sahaja. Opss!!! Anda ada cerita / gosip panaz mengenai remaja dan pelajar di tempat anda. Kalau ada laporkan kepada kami ok. Akan kami siarkan di dalam blog ini. Tapi tidak keterlaluan dan kasar ok. Kalau tak , kami BAN sahaja cerita tu. So bagi rakan - rakan di luar sana yang nak jadi wartawan kami juga, di alu - alukan. Manalah tahu remaja Perak, Johor, Kelantan , Sabah, ataupun Sarawak nak laporkan berita - berita panaz yang berlaku di tempat atupun sekolah anda ke dalam blog ini. So silakanlah join kami ok. Jom klik http://www.freewebs.com/arprmjempol/apps/forums/ untuk keterangan lanjut.

BARISAN WARTAWAN KAMI :


Barang Baikkkk Punyer ! ( Iklan Berbayar ) :
Dapatkan Harga Diskaun Minyak Wangi One Drop Perfumes by Egyptian Potion di laman web http://iklanremaja.blogspot.com/

Friday, October 17, 2008

Semua Remaja & Pelajar Please " STANDBY "

Assalamualaikum,

Semalam Akak Rosma - Penolong Pegawai Rakan Muda Daerah Jempol ada memberitahu bahawa pada bulan November dan Disember maka bermulalah pelbagai Aktiviti Rakan Muda. So Check - It Out pada rakan - rakan semua ya, sapa yang takda kerja,boring,bosan dan asyik melepak jer apa kata u all pergi ke Pejabat Belia Dan Sukan Daerah ( PBSD ) Masing - masing untuk mendapatkan maklumat tentang Program - program Rakan Muda yang bakal tiba nanti. Penyertaan biasanya percuma. Namun percayalah kalau dah join mesti nak ikut semula. Kebiasaanya program hujung - hujung tahun memang banyak, sehinggakan tahun lepas budak - budak ARP Jempol sampai tak larat nak ikut. Antara program - program yang bakal tiba ialah Perkhemahan ARP , Program Keluarga Angkat IPT, Y2Y , kursus kesukarelaan dan banyak lagi lah. So sapa nak tahu program2 terkini Rakan Muda cepat hubungi PBSD di tempat anda ya atau selalu2lah lawati blog kami ini. Macam biasa , start bulan Nov ini, kami akan paparkan program - program Rakan Muda untuk anda Sertai. Bagi anda yang ada program pula untuk hebahan sila hubungi kami ok.


( Sinilah tempat / port lepak sukarelawan2 bangmir. Kami selalu bantu program - program perkhemahan , motivasi secara sukarela kat sini. Tempat memang strategik dan ramai yang tak tahu kat mana ( Nmpak macam kat Taman Negara Pahang jer ) . Tengoklah si Abu Hensem siap bawak heller masa panjat. Bukan apa senang nak sound halau monyet kot.he..he..he...... Best tau walaupun buat kerja free dan penat tapi ada keseronokkan dan kepuasannya tersendiri.

Iklan Remaja ( Berbayar ) :
Dapatkan Harga Diskaun Minyak Wangi One Drop Perfumes by Egyptian Potion di laman web www.iklanremaja.blogspot.com

Wednesday, October 15, 2008

Dapatkan Majalah Remaja 15 Oktober 2008

Jangan lupa kawan - kawan. Dapatkan Majalah Remaja Keluaran 15 Oktober 2008 mulai hari ini. Ada sesuatu PaNaS dari kami di Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jempol. Nantikan kemunculan kami di Majalah Remaja pula. Dapatkan sekarang di kedai - kedai majalah yang berhampiran dengan anda. Beli jangan tak beli ok.