Friday, May 26, 2006

HARI YANG PENAT

Hari ini memang memenatkan... Pagi lagi aku dah bangun...Then pergi tempat kerja jap. Pastu akulah orang pertama yang check in kat airport Tioman.... ( tak sabar nak balik la tu ).. Jam 8,45 pagi 9MTAK Landing BerJaya Air 180 dari Subang. Hai hari ini Captain Syaid dan Haidil bertugas. Lepas borak - borak ngan diorang....apa lagi kata Captain... kiter graklah... Passenger cuma ada 5 orang jer termak Crew 9 orang... Jam 9 pagi. Engine Startup...Najib kat atas lah yang benarkan.... Sapa lagi.Jam 9.05 aku pun take off.... Sampai subang jam10.10 pagi... tepat pulak tu si kapten haidir cakap...Pas turun Captain Syaid Babai kat aku..."Jangan lupa balik lak " Katanya. Wah bestnya dapat balik ke tempat lama bekerja...10 tahun ku kat situ dulu... Ni dah masuk 6 bulan aku tak tengok subang..Tak sempat nak g melawat diaorang sebab ada apointment jam 12.00 dengan doktor Salleh kat Shah Alam... So naiklah bas METRo RM2.50 sebab nak g Sri Petaling ambik keta. Sampai kat SENTRAL jumpa pulak si Megat, Rizal dan AZAH (Hq). Diorang ada wat hari Bertemu Pelanggan dengan Kementerian Pengangkutan. Pendekkan cita lepas Medical Checkup... kena pulak g satu lagi hospital wat X - Ray.. Susah tul.... K lah.... Pastu kena g Campbell untuk beli barang - barang Camping untuk esok.... Mahal lak pulak.
Balik dah petang...Kat Seremban sempat singgah makan dengan Atun n Ani. Lama tul tak jumpa diaorang. Sekarang diaorang dah keja. So jarang dapat join program - program Ser... Siap g Giant nak cari SUMBU lampu...Tapi tak ado..... Pastu SATE KAJANG.... Mula- mula ser nak belanja tah macam mana....rezeki ani.....ado lak Tauke yang bayar kami....So macam mano tu.... Kiro Saya belanja Uncle ( Lupo lak namonya ) yang bayar...Hai Atun jaga sikit berat..... tu... Laju semacam jer Sate tu kau bedal.... Ani pulak...camtu jer GEMUK dia..... Sihat la tu....PAst hantar diaorang pulang...Aku balik ler....Jam 1.20 pagi barulah sampai dan sempat gak menaip... K lah sok ser nak jalan jauh.....Banyak tanggung jawab kena pikul.... Apa nak wat dah nasib......
Assalam....

CARA NAK KOMEN..

Assalam....

Ada orang kata.... macam mana nak komen bang...
Ok... Kauorang klik " COMMENT " . Then kau taip gosip. lepas habis komen/gosip yang kauorang taip tu Then kau pilih ( tick ) perkataan ANONYMOUS . Afterthat kau tiru tulisan yang dia suruh tiru tu.... pastu tu SAVE And PUBLISH... Senangkan.....
OPS..... Komen takkan keluar terus...tunggu sehingga saya benarkan...
Tima kasih

Amir
Orang Tioman

Tuesday, May 23, 2006

MAKLUMAT XPDC DABONG

Assalammualaikum...
Semua peserta di minta mendaftarkan diri pada hari jumaat dari jam 8.30 Malam 26hb / Mei 2006 kat Stesen Keretapi Bahau. Ketapi akan bertolak pada pukul 1015 malam dan sampai di stesen Dabong jam 5.17 pagi hari sabtu. Sila gunakan BEG SANDANG. Satu lagi jangan lupa solat isyak dulu. Salam Mak Ayah sebelum nak pergi. Balik sini kite bertolak dari Dabong 31hb/5/06 jam 0855 malam dan di jangka sampai Stesen Bahau hari Khamis 1hb Jun / 05 jam 3.31 pagi. Harap u all tak susah mak/ayah seeloknya kite lepak kat Stesen Ramai - ramai. Pas solat Subuh barulah balik ke rumah masing - masing....Amacam.... Bangmir masih lagi kat Pulau Tioman... Sorilah takdapat jumpa u all awal - awal sebab ada meting kena hadiri kat pulau nie. Ingat nak balik lepas meting naik bot... Tapi petang x da bot lo.... So kena naik flight turun Subang sebab ada appointment pasal kerja jugak... Then kena turun CAMPBELL nak beli barang Camping untuk U All. Nampaknya kak intan kaulah terpaksa hulu hilir uuskan program ini.... Thanks.... K nanti ada info lawatilah laman ini ya...

Bangmir
Pulau Tioman.

Saturday, May 20, 2006

Sekolah Menengah Datok Mansor

Assalam...hari ini eser menghabiskan masa meng - updatedkan laman web ni. Nampaknya laman ni dah bertukar baju. Bukan apo tak taulah apo silapnya yang ser tokan sampai laman ni jadi yok yek....
Pasal xpdc....wat masa ini Sek. Datok Mansor Bahau hantar 3 team. Kira oklah. Cikgu Param ( Selamat Hari Guru ! Cikgu) banyak mempromosikan xpdc ini. Ada sekolah lain takdapat hantar sebab kata mahal sangat. So bila kami dah potong - potong yang selesa - selesa so tinggallah RM65 jer...Gi kelantan tu. Naik bas pun dah RM38 jer g sehala. Inikan siap pergi balik,panjat gunung,tinggal kat situ 5 hari dan macam - macam lagi. Relies Tension beb.... ( kami bukannya wat bisness) . Kalau takpercaya tanyalah rakan - rakan yang pernah g sana berapa diaorang kenakan yuran. ( bukan ada sponser ya ).Percayalah SYOK ! Cantik Terpegun.... Jangan lupa bawa kamera yang ada kodaknya.... Digital?....mana kau nak cas... Apapun Thanks kat SMDM.....
( kak intan hulu hilir uruskan program....sian )

Wednesday, May 17, 2006

Kalau bab posing gambar..memang bergayo budak - budak nie....Tapi gambar ser selalu mis sajor.
MAKLUMAT PERALATAN DAN MAKANAN.

Barang makanan yang perlu dibawa setiap trekker.
( Elok ambik kat gumah jer )

1. Sardin tin kecil – 2
2. Ayam tin kecil -2
3. Daging Tin kecil – 1
4. Maggie – 5 bungkus
5. Ikan Masin – 2 ekor jer
6. Telur – 3 biji – bubuh dlm kotak/tray telur
7. Perencah Nasi Goreng – 2 bungkus
8. Garam – 10 Sudu – Ikat dlm plastic
9. Gula – 10 Sudu – ikat dalam plastic
10. Milo / Tea – terpulang
11. Bawang besar – 2 labu
12. Bawang Putih – 2 Labu
13. Roti Krim – 3 Bantal – untuk mendaki
14. Beras – ½ kilo
15. Lada api / cili – Sapa yg berminat
16. Snek / coklat – Beri tenaga masa mendaki
17. Minyak masak 1 botol kecil mineral bagi
satu kumpulan sahaja.

Barang persendirian yang perlu dibawa setiap trekker.

1. Pakaian lasak/ringkas /sopan.
2. Kasut /selipar
3. Buku nota kecil dan Pen
4. Pisau Lipat yang besar beli kat kedai RM2
5. Lampu picit / Bateri
6. Ubatan persendirian.
7. Tali nak sangkut baju sidai
8. Kain solat / Telekung - WAJIB
9. Guni Plastik – alas masa solat ( Plastik sampah hitam pun boleh )
10. Lilin 6 batang
11. Sudu/garpu/pinggan / kole ( cawan )
12. Peralatan bersuci

dan segala peralatan yang dirasakan perlu untuk perkhemahan. Sila masukkan barang ini kedalam Plastik Sampah Hitam – elak basah. Barangan yang perlu ada dalam setiap kumpulan / 6- 7 orang dalam satu kumpulan

1. Peralatan memasak contoh kuali kecil , periuk kecil , cerek kecil masak air , kepingan getah – untuk bahan masak, mancis api, sudip , lilin dan apa – apa yang dirasakan perlu.Sekiranya ada Khemah sila bawa. Bagi yang tiada khemah sila info kami awal.

Cadangan :
Seeloknya setiap peserta membawa Rendang ayam ker/ Daging ker suruh mak masak so pada hari sabtu tu kite cuma masak nasi jer.. sebab dah penat. So sebelum pegi tu hari khamis tu kauorang bolehlah tangkap ayam.. Menu masakan telah disusun oleh penganjur tetapi u all boleh buat menu sendiri kalau nak lagi sedap. Terpulang kepada setiap kumpulan.


INGATAN / AMARAN :

SETIAP PESERTA BUKAN DIGALAKKAN TETAPI DIWAJIBKAN MEMBAWA BEG SANDANG SAHAJA. BEG NAK BALIK KAMPUNG TIDAK DIBENARKAN. SATU LAGI JANGAN TERLALU BANYAK BARANG HENDAK DIJINJING PASTIKAN HANDFREE KERANA KITA AKAN MENDAKI MEMBAWA BEBANAN. KURANGKAN BARANG YG TIDAK DIPERLUKAN.

Pendaftaran selepas solat isyak di Stesen Keretapi Bahau Jam . Bertolak jam 10.00 malam 26/5/06 menaiki keretapi Xpress Wau dan balik dijangkakan sampai di bahau jam 3.30 pagi hari khamis 1hb Jun 06. Sebarang Pertanyaan sila hubungi Penyelaras ARPRM En. Amir 012 3694057 / Penyelaras PROSTAR En. KamarulZaman 013 6050 858. atau

lawati : www.anugerahremajaperdana.blogspot.com/

Monday, May 15, 2006

Ramai Tanyo Sapo tu Bangman ????

Hai ado gak yang lawati laman nie tanyo ser Sapo Tu Bang Ik Man... Ha dio tu Penyelaras Prostar Daerah Jempol .Kawan Ser tang Sekolah Rendah lagi kat Pekan Batu Kikir.... Gambar dio yang tongah menyangkung pandang arah kanan tu... tak taulak kenapo dio wat camtu. Eser dari dulu sampai sekarang selalu wat program ngan dio. Tinggal kami berdua jer species yang masih aktif dalam bab - bab xpdc dan camping semenjak tahun 1994. Yang lain dah bersara sebab tertentu. Boleh dikatakan ada program yang melibatkan xpdc dio mesti ikut ser.Wife dia Kak Suraya ( kawan ser gak masa sekolah ) sporting tullah. Tapi jangan terperanjat. Kak suraya pernah naik Gunung Ayam...( Respek giler ). Bukan apa itulah First Gunung dia naik dalam hidupnya dan itulah last Gunung dia turun dalam hidupnya ( Serik kot ) tapikan kenapa budak pakai baju merah Cap biru...(Anip Dekbet ) tu ...?..pelik - pelik.... Yang mengayakan tangan tu namonya ABU UBAIDAH atau kito panggil dio Abu Hensem ( walaupun tak hensem) - sori bu.....Akak Liza ( kuyup nampak )... Last sekali akak Nor... Kenapa dia pandang keatas ya?.....

Tiket Ke Dabong akan dibeli..

Assalammualaikum....Hai masih lagi menungu pihak2 sekolah menghantar senarai peserta. Cuma yang dapat tahu ialah sekolah Datok Mansor. Harap diaorang hantar satu bas...senang cerito. Perjumpaan Sabtu nie kat Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol jam 3 petang 2ohb nie jadi.Akak Intan akan Cover sebab bangmir masih lagi kat Pulau Tioman nie...susah tul bilo dah jauh nie... Apa pun kalau ada apa- apa bolehlah terus call/sms kat talian seperti diatas. KTMB beri cuma 15% jer. dulu dapat gak 35%... Minyak mahal kot.... Abang Ik Man akan uruskan dengan KTMB.BangMan kau jangan lak tak balik dari Kelantan (kursus katonya) pastu dia akan gi genting highland lak Kursus Air lai... Ayo macam - macam Ik man nie kursus...Okey ado berito nanti ser info yo...

Friday, May 12, 2006

Barang Makanan yang perlu dibawa

Elok satu kumpulan ada 6 orang. So leh SAVE budget. Berikut adalah enarai barang makanan yang perlu dibawa. Menu bergantung pada kumpulan u all. Kalau nak sedap leh bawa KFC,lesun batu,Belender ke, Mikrowave ker... So abang dah setkan makanan. Jadi bila masak semua sama. Kauorang leh ambik kat gumah. Nak beli?..... Beli yang paling murah....Jangan membazir.

Sardin kecik 2 tin, Ayam tin kecik 2 tin,Daging tin 1,Maggie 5 bungkus,Ikan masin 3 ekor, Telur 3 biji,Perencah nasi goreng 2,Garam 1o sudu ( masuk dalam plastik ikat ),Gula 10 sudu,Bawang merah 2 labu,bawang putih 2 labu,Tea/milo , Roti krim 3 bantal -makan masa mendaki gunung ayam, Coklat2 Paling penting beri tenaga,Beras 1/2 kilo,Minyak masak satu kumpulan 1 botol air mineral,then kauorang leh bwk makanan lain - lainlah. terpulang...tapi biasanya budak - budak nie sentiasa kenyang jer....

Barang dapur...ops kauorang dalam kumpulan pikirlah sendiri. tapi janganlah bawa kuali sampai 6,. satu cukup,periuk,cerek,sudip,tayar getah ( potong kecik - kecik ) ...alahai kauorang semua dah expert....
Lampu picit,ubatan dan botol air mineral jangan lupa...

Cadangan baik buat macam bangmir...Suruh mak buat rendang. hari - hari makan rendang.....

Thursday, May 11, 2006

Sesiapa berminat sila daftar cepat


Setelah dibuat kajian. Ramai yang nak g tapi harga mahal sangat. Abangmir pun tak tau nak kurangkan pricenya. Naik ketapi jer pergi balik dah RM40. Tapi trip g dabong memang murah kalau dibandingkan ke taman negara. Sapa tak g memang rugi giler. Pengalaman sebelum ini mengatakan sesiapa yang pernah menjejak kaki ke dabong pasti akan jadi GILER CAMPING. Tengok jer gambar tu... air terjun stong memang tinggi. Dari Stesen keretapi dabong jer dah nampak. Kauorang akan camping kat atas tu sebelum pergi mendaki Gunung Ayam.

Friday, May 05, 2006

Sapa Yang G Dabong...


Assalammualaikum...
Okey sekolah sekolah yang telah diajak ialah SMBBS,SMSJ,SMBK,SMLB dan 9 buah sekolah dari kelab Prostar Daerah Jempol. Harap mereka dapat hantar wakil ..bye

Saturday, April 29, 2006

Xpdc Keretapi Dabong Gunung Ayam Kelantan


Assalam...

Jom join Team Dekbet g Dabong Kelantan. 26hb - 31hb Mei 2006. G malam 26hb jumaat naik ketapi. Program macam - macam. Naik ketapi,naik perahu,naik perebet sapu,trking 1200 kaki ke base camp, mandi n tengok ait terjun tertinggi di asia tenggara,mandi lagi,G panjat gunung Ayam 4983 kaki,mandi lagi,Tengok air terjun gunung ayam n gunung stong,mandi lagi,masuk gua ikan dan harimau,mandi lagi, dan macam - macam.
RM75 untuk budak - budak arprm dan RM80 untuk bukan ahli. Makan Tak masuk dalam pakej ini.
So nak g cepat daftar. Dapatkan borang kat Kompleks Rakan Muda Jempol. Tarikh tutup 15hb Mei 2006. Taklimat program 2ohb jam 3 petang.......

Saturday, April 22, 2006

Jom ikut kami g Xpdc Kelantan...






Standby jerlah ya. Mungkin kita akan wat cuti sekolah nie 26 - 31 Mei 2006. So jangan lupa call bangmir ya. ARPRM mesti join Pro* Jempol.
Ni adalah gambar semasa budak - budak nie kena main Fear Factor... Goli den tengok si Abg Fahmi dekbet suruh budak nie makan lampin buang bayi..... Mak ia...terkonang sampai sekarang.. Gambar sebelah tu masa kitaorang lepak kat shoping centre kat Pekan Kluang. Nasib baik tak diangkut kat polis.Tapi budak - budak nie Elok orangnya baik budaknya.... Tima kasih kerana belanja kami makan nasi ayam....

Thursday, April 20, 2006

Geng - Geng Gunung Belumut - Dekbet

Assalammualaikum....
Ha inilah barisan jurulatih Team Dekbet arprm. Team nie susah sikit kalau nak jumpa. Manjang sibuk jer. Tambahan pula kalau nak dikumpulkan hanya boleh time camping dan xpdc sahaja. Tapi kalau untuk program - program motivasi pelajar diorang kadang
k adang jer ada dan SKEMA la pulak.
Diorang nie memang best. Kalau bangmir join program - program motivasi ada gak budak - budak yang pernah join team Dekbet ini tanya team ini. kenapa tak joinlah?, diorang tak datang ker...?... macam - macam lagilah....
Dari kiri duduk: Ik Man Dekbet,piloi Dekbet, abu hensem Dekbet, Nor Dekbet , Z Dekbet ,intan Dekbet ,Liza Dekbet ,bgmir .Dari kiri berdiri lak Musa Dekbet ( garang ),Fahmi bigfoot Dekbet , 4 orang tu budak sekolah Lui Barat, last sekali baju merah ialah anip Dekbet. Sebenarnya diorang nie semua best - best dalam semua bidang. Belajar pun pandai. Sebab itu diorang nie pandai layan u all. Kami ikut budak. Kalau u all ok... kami lagi okey. Gambar yang nie pulak adalah TIME MENCEKIK. Kami nie selalu bergilir - gilir masak. Tapi tak jugak. Dalam arahan jer bergilir - gilir tapi bila masak semua gilir - gilir nak pegang kuali, potong bawang, jaga api maksudnya mesti masak sama- sama.. Tu yang syoknya. Sebab masa kami kecik - kecik lu selalu main masak - masak. Ik Man tu selalu jada Ayah, Mak pulak ( Takda dalam Gambar ). Adik selalunya Abg Anip Dekbet. Abangnya Abang Fahmi yang lain jadi adik. Bgmir jadi cikgu.

Wednesday, April 19, 2006

Xpdc Bigfoot Gunung Belumut




BARISAN JURULATIH ARPRM DAN
PROSTAR YANG PENING - PENING.


Tanggal 15 - 18hb Mac 2006... sempena cuti sekolah. Arprm dan Prostar jempol telah bergabung bersama untuk menjayakan xpdc Gunung Belumut kat Kluang Johor.. Seramai 49 orang termasuk jurulatih dan urusetia telah join ini program.... Best betullah xpdc kali ini... bukan apa jurulatih yang g kali ni memang giler - giler dan sporting habis. Mungkin peserta masih ingat siapa itu Team Dekbet.... Bang mir pilih team Dekbet ni g sebab nak kenalkan kat u all macam mana giler - giler piel diorang bila dapat masuk hutan dan camping.
Tulah diorang. Ada peserta yang tercegang apabila tengok diaorang nie... Bia betul abang -abang nie.... macam budak - budak pulak. Mungkin u all ingat sapa itu bg Musa, Ik Man, Bg Anip, Bg Fahmi bigoot, Abu hensem, Piloi, Kak Liza, Kak Z, Kak Intan dan Kak Nor. Mereka memang the best bagi bangmir, dan dalam 14 tahun bgmir join program xpdc,perkhemahan dan kem - kem remaja... inilah paling giler punya program... Heypi dan gelak sahaja budak - budak nie...
Apapun macam biasa bab pergaulan... hukum hakam agama memang bangmir ambik berat. Jangan harap kauorang nak mengatal - gatal sesama sendiri. Itupun ada yang terlepas pandang ( dengar cite ). Masa xpdc ini jugak u all semua dapat praktikalkan solat Jamak. Ramai gak yang tak tau solat ini dilakukan. Tapi disebabkan kite berada kat situ maka dapat jugak u all memahaminya. Kauorang ingat tak masa kite mula - mula kenal. Masa team kami sampai kat stesen ketapi bahau lambat cikit. Masa bangmir sampai ramai gak yang jeling - jeling team dekbet. Sapalah budak - budak ni yang tak senereh ?. Tambahan pula ada yang kata kami nie berlagak jer. takpa - takpa..... Dalam ketapi semuanya senyap jer. Bangmir lak tau berapa kenal u all tapi disebabkan dah suruh pakai baju warma merah senanglah cam kit. Tapi masalah timbul apabila KuaterMaster pakcik ketapi tu mintak tunjukkan sapa budak bangmir. Alamak puas bangmir jalan dari hujung ketapi sampailah kat - kat kepala ketapi. Habis budak - budak baju merah bgmir dah akui budak bgmir.. Apalagi berlebih - lebihlah. Tulah pasal kauorang tengok bgmir mundar mandir dalam ketapi. Apapun itu semua kenangan dan memori . Sok bangmir masukkan pulak Gambar kite pula. Nie just ringan - ringan jer... ok



Monday, April 17, 2006

Buku Diari Dan Pasport Gangsa Mcm Goreng Pisang

Sejak ...bangmir pergi ceramah kat 2 buat sekolah...iaitu sek.men Bandar Baru Serting dan Sek. Men Seri Jempol.... amboi penyertaan mengalakkan.... Ialah adakalanya remaja ni nak menyertai aktiviti tapi tak tau... kebetulan ceramah tu dibuat untuk budak - budak tingkatan 2. Lagipun diaorang nie memang tengah aktif..
Kat sekolah BBS... budak - budak memang minat.. Bangmir datang kat c tu pun macam artis ( perasanla tur.. ) apa taknya parking jer keta kat kantin....budak budak dah panggil ... Bangmir! bang Mir!..... Malu lak rasanya... Ustaz Norkamar memang selalu saport saya nie.... Tks Ustaz. Kat sekolah SMSJ budak budaknya memang ramai dah kenal arprm. Lagipun perintis - perintisnya ramai kat sekolah nie... macam Anip,Asmah,Siti Azrena, Fahmi,Muzalifa dan Fatehah. Mereka dah tamat Gangsa cuma nak dapatkan sahaja jer....
Apapun tks semua ya... Jangan Hangat - hangat tahi ayam jer.... pastu tah mana semangat .......arprm....
k.... kito jumpo laie...... bye

Sunday, April 16, 2006

Beroperasi Di Kompleks Rakan Muda Jempol N9

Assalammualaikm....

K lah sekarang abang amir dah ada blog sendiri. so bagi rakan - rakan yang di iktiraf Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda bolehlah selalu datang c ni... pintu sentiasa terbuka untuk anda bertanyakan tentang arprm. Apapun pusat operasi kami ialah

Pusat Operasi Anugerah Remaja Perdana
Rakan Muda Daerah Jempol,
Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol,
Jalan Kasih,72120 Bandar Seri Jempol,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Telepon 012 369 4057...

Kami kat cini bersyukur kerana ada kompleks. so senanglah wat program. Walaupun saya dah berpindah jauh ke PULAU TIOMAN tapi setiap bulan pasti ada program - program ARPRM yang perlu di buat. So senanglah meeka penuhi buku diari gangsa... Maklumlah ramai ARPRM kat jempol ni baru - baru lagi. Itupun liat kalau nak buat ........ Tapi diaorang ok...... So kalau ada apa - apa emailkan kat saya atau kite berkongsi pengalaman ya........

Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jempol N9

Assalam...

selamat berkenala. Hai apa khabar rakan - rakan Arprm. Semoga u all sihat dan dapat meneruskan pingat - pingat yang hendak di Capai. Bagi yang sudah mendapatkan Gangsa Tahniah. Apapun teuskan usaha anda untuk mendapatkanPerak lak yor.....