Tuesday, December 12, 2006

MACAM - MACAM.....

Assalammualaikum.... dan Salam ARPRM

Nampaknya ada 3 hari lagi untuk kami ke Belumut wat kali ke2 dalam tahun nie. Ini adalah plan backup kami. Maklumlah hujan. Kuota untuk peserta 40 orang + 10 Facy, rasanya cukup budjet RM dengan jumlah ini. So peserta kena bayar RM15 untuk backup sedikit budjet. Jadi bolehlah kami cover makan hari jumaat dan hari Isnin.... TAPYYY..... semalam hari isnin adalah hari penutup pendaftaran peserta.So Fami and team menguruskan pendaftaran nie kat kompleks Rakan Muda Jempol. Maklumlah pada awalnya sambutan memang takda. Puas jugak PBSD dan Prostar Jempol bagi budjet program tapi takda yang berminat join. Tahmacam mana akhirnya yang datang serbu untuk daftar hampir 120 orang. Itupun siap bertekak dengan faizaldalam telipun suruh STOP ambik peserta lagi.Bila dah campur2 urusetia and tetamu2 yang nak join = 137 orang...... Aduh sakit kepala den. Mano den nak cari duit. Akhirnya den kat pulau tioman seorang2 buat kira2 budjet. Sah budjet lari hampir rm2600. Maklumlah duit cuma RM4000 jer nak buat program kat Kluang johor untuk 50 orang bukan RM10,000. Jauh pulak tu walaupun naik ketapi ( cut budjet ). Akhirnya eser pun ambik keputusan potong makan minum urusetia selama 4 hari tu dan makan peserta 2 hari. Masih tak cukup lagi apalagi tips fasilitator pulak dipotong ( sukarelawan katakan ). Masih tak leh cover. Buat surat kat KTM mintak diskaun. Tapi masih lagi tak cukup, akhirnya eser mengambil keputusan nak reject beberapa peserta. Namun tak sampai hati. Bak kata orang biar semua dapat pegi. Namun itulah nasib sebagai penyelaras program sukarelawan nie. Nak puaskan hati semua tapi awak yang sesak. Namun hari nie dah masuk hari selasa. Masih lum settle.Nasib baik ada En. Rosdi pegawai Belia Dan Sukan Daerah jempol. Dia cuba cari jalan.... Apapun sama2lah tengok, berjaya tak kami bawa budak2 seramai 137 orang tu dengan berbekalkan rm4000+ duit yuran peserta , dimana program tu bukan dekat area2 NS tapi kat johor selama 4 hari 3 malam. Apapun tima kasih kepada Fahmi dekbet ( Ketua Penyelaras program ) kerana bersusah payah handle program ini... Thanks buat Prostar dan En. Mohamad Rosdi Mahmud dan team dekbet. Apapun kami akan cuba bawa semua peserta sekiranya boleh......maklumlah kami nie kalau wat program memang budjet giler2 betul.... ( JAngan Lup Pakai Baju Merah )

No comments: