Saturday, April 14, 2007

MESYUARAT KEM REMAJA EMAS ARP 2007

Semalam seramai 21 orang Dekbet telah menghadiri Mesyuarat Kem Remaja Emas ARP 2007 di Bilik Mesyuarat Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pegawai Belia Dan Sukan Jempol , En. Mohamad Rosdi Bin Mahmod dan di bentangkan oleh En. Hanip selaku Ketua projek bagi perkhemahan ini. Program yang mendapat kerjasama dengan Gerakan Belia 4B(M) Caw Kg Serting Ulu ini akan disertai seramai 85 orang perserta yang terdiri daripada peserta ARP Jempol dan remaja kampung tersebut. Semua perbelanjaan akan ditanggung oleh pihak penganjur kecuali Ration makanan sahaja tidak termasuk dalam pakej ini. Oleh itu demikian pelajar dinasihatkan membawa bahan - bahan makanan mengikut kumpulan masing - masing.
Pendaftaran pada hari jumaat jam 2.30 petang dan dijangkakan bertolak jam 3 petang dengan menaiki bas. Pelajar di wajibkan memakai baju merah seperti biasa. Sila bawa keperluan perkhemahan untuk kegunaan disana nanti.
Difahamkan juga , jawatankuasa bahagian khemah akan melawat tapak pada hari ini. Pelbagai program di susun sepanjang program ini berlangsung. Pihak ARPRM Jempol mengucapkan Tahniah dan Syabas di atas kejayaan yang di perolehi oleh GB4B Kg Serting Ulu kerana telah memenangi juara Kategori Perpesatuan Anugerah Belia Negara ( ABN ) 2007 Peringkat Negeri Sembilan. Pada hari berlangsungnya perkhemahan itu juga mereka juga akan di datangi oleh panel - panel KBS untuk pertandingan ABN Peringkat Kebangsaan. Marilah kita berdoa agar Persatuan Belia 4B Seting Ulu ini akan memenangi ABN 2007 Peringkat Kebangsaan pula.

No comments: