Monday, June 11, 2007

Kolokium dan Konvensyen PROSTAR Kebangsaan 2007


Pada 8hb - 11hb Jun 2007 berlangsungnya Konvensyen PROSTAR Kebangsaan 2007 di UPM Bangi Selangor. Kali ini, PROSTAR Selangor menjadi tuan rumah untuk acara tersebut selepas Kuala Lumpur pada tahun 2005. Bagi PROSTAR N9 kami bersyukur kerana Peserta PROSTAR N9 ( PROSTAR Jempol ) telah memenangi Anugerah Bintang PROSTAR Kebangsaan 2007. Anugerah itu sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan PROSTAR MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia kepada ahli yang aktif dalam melakukan kerja2 kesukarelaan tanpa ada had sempadannya, manakala PROSTAR Seremban pula telah mendapat Juara dalam kategori Anugerah Inovasi Pendidikan Kesihatan Remaja 2007. Apapun untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang masam manis dan cerita - cerita sensasi Konvensyen tersebut jangan lupa klik pada www.kelabprostarjempol.blogspot.com . PROSTAR N9 mengucapkan ribuan terima kasih kepada PROSTAR Selangor kerana memberikan layanan baik kepada kami sepanjang program itu berlangsung.

No comments: