Tuesday, January 01, 2008

Selamat Tahun Baru 2008

Alhamdullilah, Syukur pada nikmat Allah kerana akhirnya dapat juga kita merasai Tahun 2008. Apapun bagi bangmir dan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jempol, merasakan tahun 2007 telah banyak meninggalkan kenangan manis kepada kami. Mana tidaknya ARP Jempol dapat melahirkan 80 orang Pingat Gangsa dan 2 Pingat Perak. Paling mengembirakan kami ramai rakan di kalangan Team Dekbet sudah mula beransur2 menyertai KELAB LAIN seperti Abang Atan dengan Akak Intan malahan Kak Ros , Hanip Dekbet , Kak Z dan yang akhir sekali adalah Abang Musa yang sudah pun hampir menyertai kelab tersebut. Alhamdullilah. Masih ingat lagi kami pada bulan September tahun 2007, juga telah memberi harapan lega kepada kami mengenai desas desus Pegawai Belia dan Sukan Jempol iaitu En. Mohamad Rosdi yang akan bertukar ke station lain akhirnya ditangguhkan. Bagi kami itu sudah cukup mengembirakan pada warga ARP dan Team Dekbet kerana En. Rosdi memang seorang yang cukup mengambil berat tentang ARP ( Bukan Bodek Bos, tapi realiti ) malahan beliau sentiasa bersama2 bekerja dengan barisan sukarelawan dalam penganjuran apa - apa jenis program pun. Kalau kami balik pukul 2 pagi , beliau pula akan balik lebih lewat dari kami. Alhamdullilah kerana En. Rosdi akhirnya tidak jadi pindah, kalau tidak banyak perancangan program tersangkut. Harapan kami , agar En. Rosdi dapat meneruskan visi - visinya untuk tahun 2008 bersama kami lagi.Rasanya pada tahun 2007 juga, budak - budak ARP Jempol naik muak menyertai program2 anjuran ARP atau Pejabat Belia dan Sukan Jempol ( PBSD ) yang melambak - lambak. Mana tidaknya, PBSD telah banyak memberi ruang untuk peserta ARP menyertai segala program pejabat. Lagipun Badan operasi ARP dan PBSD Jempol tidak putus2 menganjurkan pelbagai program untuk remaja dan peserta ARP ( anda boleh rujuk xtvt arp ). Kepada barisan sukarelawan Rakan Muda Jempol. Segala khidmat anda membantu menjayakan program2 , kem motivasi , perkhemahan dan xpdc secara FREE, jasamu itu amat kami hargai.Tidak ketinggalan juga kepada remaja - remaja Jempol yang sentiasa melayari laman web interaktif ini bagi mendapatkan maklumat untuk menyertai program2 PBSD Jempol , penyertaan anda dengan kami , telah membantu kami mengurangkan masalah sosial di Daerah Jempol ini sekaligus anda telah menjadi DUTA PBSD Jempol dalam mewar - warkan program2 kami. Web ini juga telah memberi satu kemudahan kepada remaja belia Jempol untuk mengetahui perkembangan program Rakan Muda di Daerah ini khususnya .Malahan ia sangat gemar dilayari oleh peserta - peserta ARP yang luar dari Daerah Jempol bagi mendapatkan informasi - informasi Skim Rakan Muda dan ARP yang berguna kepada mereka. Pada tahun 2008 ini juga, kami sudahpun merangka beberapa program menarik pada peserta ARP Jempol dan ANDAl. So apa lagi. Jangan tak join kami. Selalu2 lah Klik pada Web ARP ini. Pada semua Peminat Blog ini. Terima kasih atas sokongan anda. Andalah telah membuatkan Ranking WEB ini Famous di Yahoo dan Google. Untuk maklumat anda pada tahun 2008 ini , moderator blog telah mengubah beberapa format untuk semua rangkaian WEB ARP . Terima Kasih Untuk Anda Atas Sokongan pada kami. Selamat Tahun Baru 2008.

( Kak Atun dan Akak Ani yang pernah di beri jolokan pada tahun 2006 sebagai penyibuk blog ini lama betul hilang dari blog ini. Mana mereka yer )

No comments: