Assalammualaikum dan salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua warga Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda terutama sekali budak2 Jempol. Di sini bangmir dan rakan - rakan ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan. Semoga kita mendapat rahmat di bulan yang mulia ini. Untuk maklumat anda, ARP Jempol akan berehat seketika dengan xtvt2 ARP buat sementara waktu sempena Ramadhan ini. Walaubagai manapun kebiasaannya Program Ramadhan Rakan Muda akan menyusul pula. Oleh itu anda dinasihatkan selalu melawati laman web ini untuk mengetahui program2 Ramadhan yang boleh anda sertai. Pihak Pejabat Belia Dan Sukan Jempol akan memaklumkan sekiranya ada program yang boleh ARP Jempol sertai.HANTAR UCAPAN SELAMAT HARI RAYA :
Kami akan memuatkan ruangan Ucapan Salam Aidilfitri di laman blog ini. Bagi sesiapa yang ingin menyampaikan ucapan hari raya dalam blog ARP Jempol ini. Sila emailkan gambar dan kata2 ucapan kepada kami di kembara_dca@yahoo.com . Sekiranya anda tiada email anda juga boleh menulis di ruangan CHIT CHAT laman blog ini. Insyaallah, nanti kami akan copy pastekan. ok.
No comments:
Post a Comment