Tuesday, January 06, 2009

Terima Kasih Akak Rosma

Bermula Disember 2008 lepas, Cik Rosmawati atau di kenali sebagai Akak Rosma di kalangan adik - adik ARP Jempol telah menamatkan tugasnya di Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jempol. Kami Badan Operasi ARPRM Jempol ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Kak Rosma kerana banyak membantu menyelaraskan segala program - program ARP dan Program2 Rakan Muda di Daerah Jempol ini. Jasa beliau sangat besar dalam mewarnai segala xtvt rakan muda di daerah ini. Beliau juga telah melahirkan ramai pemegang Gangsa dan Perak Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Bagi sesiapa yang mengenali Akak Rosma, memang kenal akan sifat murah senyuman nya itu, mudah di kenali dan sentiasa sedia membantu apabila di perlukan. Kami Team Dekbet juga sangat senang apabila bekerja dengan beliau. Semoga akak Rosma tidak melupai Rakan Muda Jempol ok lebih - lebih lagi budak - budak ARP. Bila senang, join2lah kami ya. Semoga Akak Rosma akan berjaya di tempat kerja yang baru. Terima Kasih Akak Rosma.

( Bangmir - Kauorang tak pernah tgk Kak Rosma marah. Kalau dia marah lagi lebar senyumnya. Orang Baik katakan.... he..he..he.. - Jeram Serting Ulu......... )

No comments: