Showing posts with label pakej perkhemahan. Show all posts
Showing posts with label pakej perkhemahan. Show all posts

Monday, June 11, 2012

Bangmir Kembali Semula Berblog

Ya allah, ya tuhanku, terima kasih kerana kau izinkan aku hari ini untuk berblog semula setelah hampir  2 tahun, rasanya bangmir menghilangkan diri dalam dunia blog di sebabkan sibuk menguruskan beberapa - berapa laman web berbentuk bisnes. Hari ini 11hb Jun 2012, insyallah bangmir akan kembali menulis. Dah tua rasanya bangmir ini. Ialah dari umur muda semasa aktif dengan perkhemahan , Xpdc dan ARP , sekarang bangmir dah ada 2 orang anak. Rakan - rakan seperjuangan pula, ramai dah bersara. Mungkin di sebabkan kesibukan bersama family, hingga lupa bangmir kepada blog ini. Blog yang banyak mengajar bangmir erti dunia WEBSITE. 

Apapun blog ini, akan bangmir tukarkan bukan fokus kepada Dunia ARP atau Anugerah Remaja Perdana. Ini kerana dah lama sangat bangmir tak terlibat dengan dunia ARP lagi semenjak tahun 2008 lagi kerana sebab - sebab tertentu. Biarlah ia menjadi rahsia kami anak  beranak Dekbet Team yang aktif sedikit masa dahulu di Pejabat Belia dan Sukan Jempol NS. Blog ini akan bangmir fokuskan kepada dunia PERKHEMAHAN. Ialah dari tahun 1994 lagi sehingga hari ini ( sudah 18 tahun ), Xtvt itu tidak pernah bangmir tinggalkan walaupun dah ada anak 2. Ingatkan dah tua dah lupa bab camping ini. Tapi rupanya semakin tua semakin menjadi - jadi pula.He..he..he.. . Cuma cara camping bangmir dah berubah sikit.... So blog ini akan menceritakan segala suka duka peserta bangmir dan pengalaman bangmir di DUNIA BERHULU CAMP Jempol iaitu salah satu kem perkhemahan dan motivasi pelajar yang bangmir ciptakan bersama rakan bangmir iaitu Abg Hanip atau lebih dikenali Abang Dekbet. So bagi anda yang mencari kem perkhemahan pelajar ataupun ingin menganjurkan kem motivasi bolehlah melayari www.berhulucamp.blogspot.com . Semoga kita berjumpa lagi di lain arena ok.

Monday, January 24, 2011

Kem Lasak Arp = Pemimpin

Pada 28hb - 30hb Januari 2011 ini, ARP Jempol sudah kembali aktif. Sekian lama kami menyepi diri, sekarang kami dah start nak menyibuk semula di Jempol. So Thanks Pada Kapten Roslan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol yang baru kerana setuju buat program ini . Perancangan awal memang tiada tp di sebabkan ia seperti aktiviti - aktiviti biasa yang tiada dana




atau peruntukkan khas, so para jurulatih otai - otai ARP sanggup bagi sikit dana untuk menjayakan program ARP ini. Bezanya ia 3 hari 2 malam so tiadalah majlis pembukaan dan majlis penutup di sebabkan kami takda RM$$$ nak buat grand2....lagipun ia mcm xtvt biasa biasa jer yg kami buat tiap2 minggu tu sebelum ini tapi kali ini lama sikitlah.

He,,he,,he,, tapi kami dah biasa dan lali...selama ini pun kami buat prgram bole jer.. u all leh tengok kat blog ni ... takda pun bergantung sangat dengan duit peruntukkan. Yang penting program jalan dan budak2 sanggup keluar duit sendiri utk kos2 lain. Janji dia orang ada xtvt. Kami buat kerja pun just sukarela jer. Bila dah penat2 happy pula kalau tgk program berjaya.

So jumaat ini kita jumpa di Berhulu Camp. Salah satu tapak perkhemahan dan kem motivasi yang biasa menerima tamu2 ARP. Biasa kem ini akan support sikit belanja budak2 ARP Jempol ini - Sikit jer.. tapi alhamdullilah...lah.... Budak2 sekolah bandar baru serting SMKBBS dan SMKSJ standby ya. Kami open just utk form 2 jer. ...jumpa bangmir and team dekbet di sana nanti ok.