Thursday, July 06, 2006

SIAPOLAH KITO

Assalammualaikum dan salam ARP....

Ado jugak yang tanyo kat ser... Apa itu arp dan siapakah team ini. Oklah bagi menjawab soalan ini eser rasa seeloknya bangmir yang jawab ya.( bagi mic to kat bangmir )... Arprm ini adalah satu badan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Ia adalah satu komponen dari matlamat Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi melahirkan lebih ramai remaja yang aktif secara sukarela. Sonang cerito. Kat sekolah ada kalanya ramai pelajar yang aktif tapi tak menonjol sangat. Bila time bersukan,berpesatuan,berkelab,bantu buat kerja - kerja gotong royong , dia ni mesti tak miss, selalu datang join. Tapi yang tak bernasib baiknya dia nie taklah menonjol sangat di kalangan yang menonjol dan terkenal di sekolah.. oleh sebab itu KBS mewujudkan Anugerah bertaraf Antarabangsa ini di malaysia agar dapat memberi peluang kepada mereka2 yang rajin nie. Sebenarnya banyak tempat dah menubuhkan badan ini. sila lawat ruangan PATUT TENGOK kat slot ARPRM. Badan ini ditubuhkan bagi mengiktiraf kebanyakan remaja yang suka melakukan kerja-kerja sukarelawan macam kami ini. Ia terbahagi kepada 4 komponen yang mesti dibuat oleh peserta seperti sukan,khidmat masyarakat,kemahran inovasi dan penjelajahan xpdc ( rekreasi ) .Peserta mesti berumur 14 - 25 tahun. Nak tau lebih lanjut, bolehlah berkunjung ke Pejabat Belia dan Sukan yang berhampiran tempat anda. So macam kami ni dah terlepas. Sebab ramai dah over age. ado tu maleh nak wat sebab malu kot nak join arprm. So diorang pun joinlah team eser ini. Kami nie selalu gak wat program untuk remaja. Buat suka2 jer. Penat, letih, berhabis duit, itu dah perkara biasa. Ado kalonya sanggup gadai cuti sebab nak join sama2 bantu arrange program. Kami wat program sebab tau remaja dan pelajar inginkan aktiviti2 yang berfaedah. Mereka tak tau arah mana nak join program2 begini. Kat sekolah katanya banyak program berlandaskan kedisplinan dan undang2 ketat. So program kami bebas ker?.... Tak !...jangan harap ler...Solat dan hormat menghormati adalah panduan program kami. Cuma kami ini kebanyakannya jurulatih dan Fasilitatornya terdiri dari remaja dan abang2 dan akak2 yang muda dan giler2 sikit. Sporting dan mudah teman tapi mesra. Kami lakukan kerja2 ini secara sukarela sahaja. Rasanya selama ini belum pernah geng2 kami dibayar. Malahan selalunya kami yang bayar bila nak join sesuatu program tu. Kami biasanya meng ofer kat sekolah2 dan sesiapa sahaja yang nak join program kami. Kami selalu berkerjasama dengan PROSTAR ( Program Sihat Tanpa Aids untuk Remaja ) daerah jempol. Malahan penasihat kami En. Rosdi B. Mahmud Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol sentiasa memberi kerjasama dan menyokong segala program2 kami. Selama hampir 1o tahun ini terlalu banyak program dan aktiviti telah kami bantu dan anjurkan. So bagi sekolah2 yang nak wat program tetapi takda sokongan dalam bentuk tenaga kerja,perancangan program,pelaksanaan dan jurulatih bolehlah memanggil kami untuk bantuan. Kami buat kerja2 ini secara ikhlas dan tuhan sahaja yang tahu keikhlasan kami tu selama ini. Kenikmatan, keindahan dan kepuasan membuat kerja2 ini hanya orang2 macam kami nie jer yang tahu rahsianya. Prinsip kami apabila menyertai team ini... ialah jangan berkira sangat bila berkerja, rajin dan ringan tulang,tak tau penat, hormat menghormati, peka terhadap peserta, jangan berlagak sebab ilmu kite bukannya banyak sangat,jangan sombong,sama-sama mula dan sama2 mengakhirkannya. Insyaallah peralatan kami sudah cukup untuk menampung seramai 100 orang peserta kalau nak bercamping,ber xpdc dan mengadakan kem. Apapun abangmir begitu berbangga dengan rakan-rakan sukarelawan ni yang banyak membantu menjayakan program bangmir mahupun Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol khususnya secara FREEEEEE jer.....

No comments: