Sunday, February 25, 2007

BARISAN PENERIMA GANGSA ARP 06 JEMPOL

Tahniah buat semua,walaupun ada di antara peserta Jempol yang cuma dapat sijil sebagai permulaan tapi Gangsa dah memang dalam tangan u all. Bagi Bangmir walaupun Jempol cuma dapat hantar 10 orang jer Gangsa ( itupun 5 orang jer diiktiraf dapat pingat ) berbanding lain2 daearah sampai 50 orang dapat Gangsa tapi bangmir tetap berbangga dengan 10 orang ini sebab bangmir tau, anda bersusah payah untuk mendapatkan pingat ini dengan usaha sendiri dan kepayahan yang dilakukan selama 8 bulan. Maafkan kami kerana bangmir dan En.Rosdi ( Pegawai Belia dan Sukan Jempol ) memang mementingkan kualiti sebab itulah ramai kami tak senaraikan sebab tak cukup syarat dan jam. Bagi mereka yang naik ke pentas mendapatkan pingat tersebut sure u all puas hatikan sebab ia adalah titik peluh usaha anda sendiri. Bangmir harap biarlah Pingat ARM ini di iktiraf berdasarkan kualiti usaha kesukarelaannya untuk mendapatkannya bukanlah seperti kata peserta2 lain ' Ala senang jer nak dapat pingat nie' Renung - renunglah kata2 mereka ini.Pelik rasanya macam tak percaya kalau orang kata ' SENANG NAK DAPAT' kerana bangmir memang tau Pingat ini ' bukan senang nak dapatkan tetapi mudah untuk mendapatkan'. Bagi mereka dari daerah2 lain yang dapat pingat Gangsa semalam..tahniah bangmir ucapkan. Janganlah anggap pingat itu macam sebuah cenderahati sahaja, ini kerana bagi budak Jempol pingat itu amat tinggi nilainya dan bermakna bagi usaha mereka selama ini. Thanks kepada KBS N9.
( Sedih betul sebab tak dapat tengok u all dapat pingat Gangsa semalam )

No comments: