Tuesday, February 27, 2007

KEM XPLORASI 1 ARM JEMPOL 07

Assalammualaikum.....
Nampaknya cuti sekolah ini, bangmir akan buat program perkhemahan untuk budak2 ARM. So bagi peserta ARM yang berdaftar bolehlah join sama sekali. Program akan diadakan pada 9hb - 11hb Mac 07 di Ulu Bendul.Nak wat jauh2 kauorang complaint takda duitlah.Wah bolehlah kita kenal - mengenali diantara satu sama lain dengan lebih rapat lagi.Biasalah...kami nie suka buat camp. Macam biasalah yuran RM10 bagi ARP dan RM20 bukan ARP akan dikenakan kerana program ini takda SPONSER. Yuran ini meliputi sewa tapak,tandas,khemah,sijil,insurans dan bahan bakar. Manakala Tambang bas ,bahan makanan dan peralatan masak kauorang kena tanggung sendiri yer. Status program ini ialah 'XPDC'. Tentu kauorang yang dah biasa ikut kami tau apa maksud xpdc tu. Apapun pakaian solat dan tikar/guni/plastik jangan lupa bawa untuk wat tempat duduk dan solat . Kami cadangkan buatlah kumpulan yang terdiri daripada 7 orang. Kita akan stat bergerak dari pekan bahau jam 3 petang ke UB naik BAS STARISE. Nak murah naiklah UNITED BAS.So jangan lupa pakai baju warna merah ya. Bagi team Dekbet dan rakan - rakan yang lepasan SPM anda juga dijemput join untuk bantu kami. Hubungilah Abang Aidil ditalian 0193984417 kalau u all nak join. Bagi peserta ARP pulak u all kena hubungi PBSD 06-4585000/4581 399 bercakap dengan Akak Rosma atau Abang Fahmi untuk pendaftaran dan ambil borang. Perjumpaan akan diadakan pada 3hb Mac ini jam 9 pagi di KRMJ. Infolah kawan2 lain yer.... Jangan tak join......

( Program - program terkini sila klik pada ruangan 'Patut Tengok')

* Wah Akmil ponoh bonet keta kau pungah barang kat bahau tadi. Poe UB sok jangan lupa bawak macam tu jugak barang makanan yer...leh mintak c kit...

No comments: