Saturday, August 04, 2007

Kursus ARP Pelajar Cemerlang

Pada 11hb - 12hb ni, Pusat Operasi ARPRM Jempol telah bersetuju untuk menganjurkan Kursus ARP Pelajar Cemerlang yang akan di adakan di Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol. Peserta kursus adalah terdiri daripada Peserta2 ARPRM Jempol yang dijangkakan bakal menerima Pingat Gangsa. So ini adalah sebuah hadiah buat mereka. Kami taknak lah orang kata ARP Jempol asyik buat camping dan xtvt outdoor kerana nak tumpukan komponen2 Pingat Gangsa jer tanpa mengambil berat tentang pelajaran anak2 buah nye. Rasanya ini adalah kali ke tiga kami buat kursus2 motivasi free untuk peserta2 ARP dengan menggunakan Tabung Simpanan ARP kami tu. Alhamdullilah duit yang kita kumpulkan bersama hasil jualan2 barangan yang dijual untuk tabung ARP akhirnya dapat juga digunakan untuk program ini. Walaupun budjet chiput tapi kami besyukur kerana ramai jurulatih /Facy ARP Jempol sedia menghulurkan tenaga dan bantuan. So seramai 46 orang orang telah terpilih berdasarkan Diari Gangsa yang dah siap dan nak siap serta dilihat dari kekerapan kehadiran peserta pada perjumpaan2 mingguan ARP setiap bulan. So pada nama yang dah tersenarai jangan lupa tarikh akhir hantar Buku Diari Gangsa pada hari isnin ni 6hb Julai jam 10.00 malam. Bagi peserta yang rasanya layak untuk pergi kursus ini berdasarkan diarinya yang yakin okey, tetapi nama tak tersenarai harap dapat menghubungi bangmir cepat okey. Walaubagai manapun keputusan sama ada anda pergi atau tidak adalah berdasarkan Buku Diari Gangsa Anda tu siap 80% atau tidak. Buat masa ini kami cuma menyenaraikan 46 orang sahaja. Tetapi itu belum comfirm dapat pegi atau tidak yer. So kenalah hantar buku pada Abang Fahmi kat Kompleks Rakan Muda okey sebelum hari selasa.Abang Fahmi yang akan membuat keputusan ama ada anda layak atau tidak join program ini yer. So bagi sesiapa nak tahu senarai nama peserta yang tersenarai sila klik di sini http://anugerahrakanmuda.multiply.com/journal/item/7 . Kita jumpa Hari Sabtu ini jam 2 petang.

No comments: