Wednesday, August 29, 2007

TAHNIAH ARPRM PULAU PINANG SELATAN

( Gambar Kenangan Bersama Peserta PJKN Jempol 2007 )

Semalam 28hb Ogos 2007, bangmir terlihat gambar candid di Harian Metro Edisi KL beberapa orang peserta anugerah remaja perdana Pulau Pinang Selatan menerima Pertauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Malaysia Pingat Gangsa. So di sini bangmir dan rakan2 Jempol ingin merakamkan Tahniah dan Syabas kepada penerima tersebut. Walaupun hanya gambar kecil di muatkan dalam harian tabloid tersebut namun ia telah membuktikan bahwa Pulau Pinang Selatan berhad melahirkan remaja yang setanding di mata dunia. Oh ya...Abang Fahmi ( Sam ) pun baru balik ke NS pada sabtu lepas dari lawatan bersama ARP di Sarawak. Wah banyak cerita dan gambar menarik tu. Bangmir pulak memang bagi kamera digital pada bangfami untuk ambik gambar dan masukkan dalam blog ARP ini . Tapi kalau nak tengok lebih banyak gambar dan cerita peribadi abang Fami di Sarawak jangan lupa klik laman web dia nie

Oh ya, untuk maklumat pembaca semua, Ramai Team2 Dekbet akan menyertai Pembarisan Hari Kebangsaan ke 50 di Seremban pada 31hb ini. So sapa2 nak jumpa mereka bolehlah serbu kat Resort Taman Bunga / Rekreasi Seremban pada Khamis ini kerana mereka akan bermalan di situ. Mereka mewakili PROSTAR NS dalam pembarisan tersebut. Maklumlah ramai dikalangan mereka adalah Team Sukarelawan PROSTAR Jempol. Jumpa disana yer....

No comments: