Tuesday, April 08, 2008

Kursus Rekreasi luar Tahap II 2008

Assalammualaikum dan Salam Rekreasi.

Hari ini, bangmir terima BUZZ! BUZZ! BUZZ! apalagi Yahoo Messenger la. Nak tau daripada Siapa....emmmmm tak payahlah nanti Gossip Panas lak. Nak tau ! sekarang ini kalau ada xtvt2 rakan muda atau apa sahaja xtvt remaja yang terkini.....cepat betul bangmir terima daripada beliau...hai maklumlah dah pandai pakai YM. Okeylah. Bangmir dimaklumkan pada 24hb - 29hb April ini ada Kursus Rekrasi Luar Tahap 2 yang di anjurkan oleh jabatan Belia dan Sukan Melaka di Ayer Keroh Melaka untuk Zon Selatan. Rasanya dah lama kursus macam ini tidak diadakan .So Negeri sembilan dan Johor terlibat samalah. Oleh itu Akak $&#$% nak bangmir dapatkan beberapa orang peserta belia dan beliawanis 18 tahun keatas untuk menyertai kursus ini. Bagi bangmir kursus ini memang best. Semua subjek mengenai camping, perkhemahan, mendaki, rentas hutan, abseiling, flying fox , ikatan tali , ikhtiar hidup, kayak, ilmu hutan dan banyak lagi lah. Bangmir pun pernah sertai kursus seperti ini di Pangkor tahun 2000 bersama PERWIP. Bagi bangmir kursus ini amat sesuai untuk anda pengiat rekreasi untuk belajar lebih mendalam lagi tentang ilmu rekreasi. Bukan apa ilmu - ilmu ini takda diajar di sekolah dan Sekolah memandu P. Jadi !. Apalagi bagi mereka yang berminat silalah hubungi Pejabat Belia Dan Sukan yang terdekat. Bagi Negeri Jempol pula anda bolehlah menghubungi bangmir untuk mengetahui program tersebut. Kalau sempat esok bangmir akan BUZZ! BUZZ! ngan akak &*%&* untuk mendapatkan cerita sebenar.
( Macam nak join jer kursus ini. Harap KBS tak cek saya dah gi ke belum ini... kalau tak kantoilah Teima kasih Kementerian Belia Dan Sukan kerana adakan kursus2 rekreasi macam ini semula. Lama betul xtvt2 rekreasi, mendaki dan perkhemahan senyap jer tak macam dulu2. Harap sekarang aktiviti macam ini di aktifkan balik sebab remaja memang sukakan cabaran dan kehidupan yang lasak)

No comments: