Wednesday, April 16, 2008

Kibal beransur sihat

( Elok - elok budaknya - Dari kiri ialah Muiz, Amar, Kibal dan Dikman )

Assalammualaikum dan salam rekreasi.

Minggu lepas, hari jumaat malam, bangmir dengan Abu telah pergi melawat kibal yang eksiden 2 mingu lepas. Alhamdullilah dia dah beransur baik cuma rasanya untuk sihat sepenuhnya mungkin mengambil masa lama juga memandangkan kaki,bahu dan pegelangan tangannya di masukkan besi. Lama juga bangmir berbual dengan kibal,Amar juga ada semasa bangmir membuat lawatan tersebut. Nampaknya Amar dah beransur sihat sebab semasa bangmir datang tu beliau sedang study jer....tak tahulah kok dia buat - buat study sebab tahu bangmir nak datang pada malam tu. Bukan main asyik dia buat Add Mate. Kibal juga tak sabar - sabar nak join program Arp kalau dia sihat nanti katanya. Sian pulak dengarnya. Katanya lagi, beliau akan ke sekolah pada hujung bulan ini dengan menggunakan kerusi roda. Menurut kibal, beliau perlu pergi ke sekolah memandangkan beliau akan mengambil SPM pada tahun ini dan tidak mahu ketinggalan banyak subjek penting. Pelajar dari Sekolah Menengah Teknik Juasseh itu memang mempunyai semangat yang kuat. Bayangkan doktor dah bagi 3 bulan cuti untuk berehat tetapi beliau masih lagi ingin ke sekolah untuk meneruskan pelajaran supaya tidak ketinggalan. Yang bestnya guru besar SMKTJ sudah pun bersetuju untuk menurunkan kelas beliau dari tingkat atas ke tingkat bawah agar kibal mudah bergerak menggunakan kerusi rodanya nanti. Terima kasih pengetua SMKTJ. Di sini apa yang bangmir nak ulaskan dan respek adalah pada Amar sepupunya itu yang sedia membantu kibal apabila berada di sekolah nanti malahan menurut Kibal, Amarlah yang banyak membantunya sekarang di rumah untuk menguruskan diri. Pengorbanan Amar itu patut menjadi contoh dan tauladan pada remaja di luar sana. Baginya Amar bukan sekadar sepupu malahan Amar juga adalah teman sejati yang sanggup bersusah payah bersama. Alhamdullilah , semangat dan sokongan Amar itu, Kibal sanggup untuk ke sekolah kerana Amar katanya sedia membantu Kibal di sekolah nanti. Wow... hebat betullah Si Amar . Memang patutlah Amar mendapat Pingat Gangsa Anugerah Rakan Muda yang di sampaikan oleh Dato Azalina ( bekas menteri belia dan sukan ) tempoh hari di Kuala Pilah. Bagi bangmir Amar memang seorang yang baik dan rajin. Sebab itu dia layak menerima pingat tersebut dari Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Semoga u all berdua menjadi contoh terbaik pada remaja di luar sana. Bangmir mengharapkan Kibal beransur sihat dan ucapan terima kasih kepada Amar kerana sedia membantu kibal. Thanks Amar.

No comments: