Friday, May 23, 2008

Selamat Pengantin Baru Abang Hanip dan Akak Z

Pendaftaran Masuk Peserta ARP Baru 2008. Sesiapa berminat nak join kami, Jom datang pada 26/5/08 Isnin Jam 10 pagi di Kompleks Rakan Muda Jempol.



Pada hari Sabtu lepas 16hb Mei 2008 satu lagi catatan sejarah telah di lakarkan oleh dua orang jurulatih ARP Jempol iaitu Abang Hanip dan Akak Z kerana mereka telah di satukan di atas pelamin. Rasanya budak - budak ARP dan Rakan Muda sekitar Jempol khususnya ramai mengenai siapa itu abang hanip yang comel lotey tu kan.Alhamdullilah pada 16hb Mei 2008 abang hanip telah pun dinikah kan di Lui Barat iaitu di rumah pengantin perempuan tak lain tak bukan Akak Z. Walau bagaimana pun bangmir tak dapat pergi ke rumah Akak Z di sebabkan bangmir bertugas atas arahan Jabatan pada hari Sabtu tersebut walaupun sebelum itu cuti bangmir memang telah diluluskan. Rugi rasanya apabila tak dapat pergi Akak Z. Apapun Ahad tu , Bangmir , Team Dekbet dan dibantu oleh beberapa budak ARP bergotong royong bersama - sama di majlis kenduri di rumah abang hanip. Syukur ke hadrat ilahi semuanya berjalan dengan lancar walaupun hujan seketika. Kami di ARP mengucapkan Selamat Pengantin Baru Pada Abang Hanip dan Kak Z. Semoga berbahagia keakhir hayat dan di kurniakan cucu - cucu yang ramai. Harap lepas nie jangan lak STOPPPPP.......join program kami pula ya.... ( harap2x)

( Hanip sorilah ya...terpaksa masukkan cerita kau nie kat laman web sebab ramai yang tanya... Harap saham tak turunlah kot...he..he...he..)

* Nak tengok gambar - gambar dan cerita Kenduri Kawin Abang Hanip klik lah di laman web TEAM DEKBET di sini ya.

No comments: