Oh ya. Tujuan kami buat perjumpaan semalam adalah nak menerangkan tentang xpdc yang bakal dibuat pada hujung bulan ini selama 4 hari 3 malam ke Cameron Highland dan mendaki Gunung Brinchang sempena cuti sekolah. Rasanya ramai tak dapat pergi kerana MAHAL!.... katanya. Pening bangmir. Bukan apa...rasanya rugi betul kalau u all tak pergi trip ini. Program ini bersifat santai dan sempena cuti sekolah. Malahan jadual yang dibuat taklah macam kursus disebabkan program ini anda yang bayar. So tempat masih ada kosong. Kalau nak cepat info. Kalau nak di ikutkan Kos RM 70 yang kami tawarkan itu memang tak cukup. Kami dah kira budjet seorang hampir sampai RM98 tapi itupun kami ada gunakan dana - dana sikit yang kami ada untuk tampung xpdc tersebut. Oklah.... C u again kat Cameron ok. Rugi sapa tak ikut.
Berhulucamp Jempol NS adalah Pusat Latihan & Rekreasi. Terciptanya kem ini adalah dari cetusan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Bermulanya terlibat dengan kerja - kerja sukarelawan Rakan Muda semenjak 1994 lagi bersama Pejabat Belia dan Sukan Jempol. Dari situlah pengalaman kami kutip. Sekarang Rakan Muda dah tiada lagi tetapi semangat Sukarelawan Rakan Muda itu masih tebal dalam jiwa ini. Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kerana mendidik kami sehingga hari ini.
Thursday, May 15, 2008
Kad Rakan Muda untuk Jempol
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment