Thursday, August 14, 2008

Mak Ayah Tunggu Kami Yer !

Wah... tak sangka, Program Keluarga Angkat Wawasan Desa Parlimen Jempol yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol pada 15hb - 18hb Ogos 2008 ini telah mendapat sambutan yang paling hangat. Pujuk rayu merajuk dan ugutan macam - macam di terima kerana nak join program ini. Apapun bangmir hanya mengekalkan cogankata seperti biasa SIAPA CEPAT DIA DAPAT. Bayangkan senarai menunggu jer ada 34 orang walaupun kami dah ada 40 orang peserta ARP yang berumur 16 tahun keatas. Naim Pemegang Pingat Perak ARP Jempol pula akan buat Projek Residen Keluarga Angkat bagi melengkapkan syarat - syarat ARP kategori EMAS . Apapun kami minta maaf kerana kami hanya di benarkan membawa seramai 40 orang sahaja peserta. Bagi yang tak dapat pergi, lain kali jer la ya. So Mak! Abah ! dan keluarga di Pengkalan Durian Linggi NS, tunggu kami yer di sana. Insyallah anak mu ini akan sampai jam 5 petang di sana....
( Sedihnya...tak dapat join program tersebut...keja la.... )

No comments: