Monday, August 04, 2008

Perkhemahan ARP Peringkat NS 2008

Pada 8hb - 10hb Ogos 2008, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan akan menganjurkan Perkhemahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat NS di Jeram Toi Jelebu NS. Mengikut jurucakap ARP Jempol, Cik Rosma program itu akan dihadiri seramai 120 orang peserta ARP di Negeri Sembilan yang di ambil daripada 7 buah sekolah terpilih dimana sekolah - sekolah ini adalah sekolah yang menjadi Pilot Projek ARP Jabatan Belia dan Sukan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran NS. Di Jempol kami menghantar seramai 20 orang peserta ARP daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jempol. Maklumat mengenai sekolah - sekolah yang terlibat akan bangmir info kemudian kerana kami tiada info mengenai sekolah - sekolah tersebut. Apapun selamat berkhemah. jangan lupa bawa Buku Log, Buku Diari dan pasport Gangsa, Perak mahupun Emas kalau ada ok.

( Bestnya kalau dapat pergi join program Perkhemahan ARP tu...... )

No comments: