Friday, November 14, 2008

Terima Kasih PBSD Kuala Pilah

Apapun, kami di ARPRM Jempol ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Belia dan Sukan Kuala Pilah NS kerana telah menguruskan peserta - peserta PJKN Jempol yang tertinggal bas pada hari ini. PBSD Pilah memang CLASS sebab walaupun 4 orang peserta ini bukan kelolaan mereka namun, mereka sedia membantu menguruskan budak - budak ini untuk sampai juga ke Air Tenang Resort Janda Baik bagi menghadiri Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional Peringkat NS. Siap di sewanya bas lagi. Memang kami respek kat pegawai yang menguruskan ini. Thanks dari Jempol. Budak - budak ini tertinggal oleh bas Jempol pun disebabkan terlalu banyak sangat maklumat dan perubahan di buat di saat - saat akhir. Oleh itu, ramai budak Jempol tak pergi di sebabkan maklumat yang sentiasa berubah - ubah. Malas nak komen. So apapun Thanks juga kepada JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SEMBILAN kerana kalau tiada lampu ijau dari Jabatan manakan Kuala Pilah sanggup sewakan bas bagi mengisi seramai 30 orang peserta Kuala Pilah dan Jempol ( 4 orang ) itu. Ingatkan tadi diorang tak leh pergi sebab takda kenderaan. Siap merayu - rayu kat kami semenjak jam 11 pagi lagi selepas mereka tertinggal bas. Namun sangkaan saya meleset. Jam 6 petang tadi semasa bangmir pergi ke Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah ,PBSD PILAH telah menyewakan bas agar peserta dapat pergi dengan selesa dan sekaligus mengisi selebihnya peserta Jempol yang tertinggal itu. Terima kasih Pejabat Belia dan Sukan Kuala Pilah diatas keperihatinan anda itu.

No comments: