Friday, July 31, 2009

Bengkel Pemantapan ARP Peringkat NS 2009

Bengkel ini akan di adakan pada 31hb Julai hingga 1hb Ogos 2009 di Hotel Seri Malaysia Port Dickson NS. Seramai 50 orang para peserta yang terdiri para pegawai JBS NS, Penggerak Rakan Muda dan guru - guru sekolah perintis yang baru dijangkakan hadir pada bengkel tersebut. Mengikut kata Cik Azlina ( Pegawai Projek ) , bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan NS ini adalah bagi memberi penerangan yang jelas dan khusus serta cara pelaksanaan yang betul bagi merialisasikan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di negeri ini. 3 orang penceramah NGO di jemput hadir bagi bengkel ini. Salah seorangnya adalah saudara Ravichandran. Beliau adalah penerima Anugerah Pingat Emas 2009 baru - baru ini dan kebetulan pula mempunyai sijil kelayakan sebagai " National Trainers ARPRM ". Semoga dengan adanya bengkel ini, maka diharap ARPRM akan berkembang dan mendapat sambutan menggalakkan dari Remaja khususnya berumur 14 - 25 tahun.

* Jumpa bangmir di sana ok!!!!

No comments: