Wednesday, February 11, 2009

Semakan Permohonan SMK Teknik 2009

( Gambar kenangan semasa Badan Operasi ARP bawa diorang jalan2 kat Melaka )

Assalammualaikum dan Salam Rekreasi Semua,
Nampaknya la ni, ramai dah nak pindah sekolah gara - gara keputusan PMR tempoh hari. Hai sian nya sebab terpaksa pindah sekolah lain. Terpaksalah berpisah dengan kawan - kawan baik mahupun guru - guru yang disayangi. Ada yang mohon sekolah yang lebih baik macam MCKK atau MRSM dan sekolah2 gah pada result2 SPM nya. Pada mereka tahniah. Kami juga difahamkan ada beberapa budak ARP Jempol yang telah bertukar sekolah berdasarkan blog2 peribadi mereka.... Sedihnya.... Rindu pulak T kat diaorang nie sebab dikalangan peserta Arp Jempol memang dia orang ni sahabat karib pulak tu. Apapun jangan lupakan kami di Jempol ini yer. Manalah tahu dah dapat kawan2 baru kat tempat baru tu..

Opss bagi mereka yang ingin menyemak keputusan kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional Tahun 2009 sudah dibuka ( bermula 10/02/2009 sehingga 06/03/2009). Semua calon lepasan PMR 2008 yang memohon boleh menyemak di laman web berikut.

Klik sini >> Aplikasi Semakan Online SM Teknik / Vokasional 2009

Maklumat ini, kami ambik dari blog salah seorang guru SMK Lui Barat yang bernama TUAN TULIS ( nama samaran kot ) - http://mivec.wordpress.com/m . Ada masa jenguklah cikgu nie. Bukan pegi rumahnya atau sekolah SMKLB tapi cuma KLIK jer blog cikgu tu..... he..he..he..mekasih cikgu

Opss Jangan lupa Lawat Laman Web Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat kerana ada Artikel mengenai ARP Jempol lah. Jangan Tak klik

http://smklb.edunet.my/

No comments: