Thursday, February 26, 2009

Bengkel 'Training The Trainers' ARPRM

( Merekalah yang menjadi kebanggaan kami di Jempol )

Bengkel ini akan di adakan di Hotel Naza Melaka pada 3hb - 6hb Mac 2009 Anjuran Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. Di fahamkan ramai pengiat, pemimpin, ketua - ketua Badan Operasi, dan sukarelawan Arp yang aktif telah menerima jemputan bagi menyertai Bengkel tersebut . Alhamdullilah kali ini ARP Jempol dapat pelawaan KBS untuk menyertainya setelah sekian lama kami menyepi dari sebarang jemputan. Terima kasih di ucapkan kepada KBS kerana ingat juga mereka kat kami di Jempol ini . So bagi rakan - rakan pegiat ARP di Malaysia yang kami hormati tetapi tidak dapat hadir pada bengkel ini, sekiranya anda ingin berkongsi masalah, pendapat, cadangan dan sebagainya mengenai ARP di tempat anda , Anda bolehlah menghantar email kepada kami di kembara_dca@yahoo.com sehinggalah 5hb Mac 2009.Insyallah akan kami salurkan komen dan masalah anda semasa seisi bengkel ini berlangsung. Maklumbalasnya pula nanti akan kami maklumkan dalam blog ini. Kalau tak jadi masalah, kami akan laporkan Berita dan maklumat terkini bengkel ARP ini setiap hari sepanjang sepanjang ia berlangsung. Itu pun tengok dulu kalau hotel ini ada sambungan internet Free. So jangan lupa lawati kami bermula dari 3hb -6hb Mac 2009 ok. Kite jumpa di sana....

* Bagi badan - badan operasi yang banyak menghantar komen dan cadangan kepada kami sebelum ini melalui email , Jangan risau akan kami sampaikan masalah anda itu. Memang saya dah banyak terima cadangan dan komen anda. Terima kasih atas sokongan anda semua.

" Kami adalah Blog ARP Pertama di Malaysia yang sentiasa AKTIF melaporkan berita dan maklumat terkini ARPRM sejak 2006. "


" Klik di bawah untuk hantar sebarang Komen , Cadangan dan sebagainya. Jangan lupa bagi tahu ARRPM mana yer.

No comments: