Tuesday, March 09, 2010

Kem Interaktif ARPRM


Assalamualaikum dan salam Rakan Muda.....

APa khabar kepada semua warga Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Malaysia. Harap semua pemegang2 pingat Gangsa, Perak dan Emas telahpun berusaha untuk menghabiskan komponen - komponen yang telah di tetapkan mengikut syarat pingat. Bagi mereka yang sedang buat pingat Emas, jangan pulak berhenti sekerat jalan pula ya. Rugi nanti.

Oh ya, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia akan menganjurkan satu Kem Interaktif Peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ( ARPRM ) bersama National Youth Achievement Award Singapura ( NYAA ) Tahap Emas pada 11hb - 18hb MAc 2010 di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara Kuala Lumpur dan Taman Negara Kuala Tahan Pahang.

Tujuan kem ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat para peserta ARPRM iaitu cabang Anugerah Antarabangsa The International Award For YOung People pada tahap Emas di seluruh negara untuk mempelajari serta berkongsi praktis terbaik daripada negara jiran Singapura kerana kejayaan mereka melaksanakan program The International Award For Yong People sejak tahun 1992 dengan jumlah penyertaan melebihi 178,000 orang dan dapat menubuhakan Gold Award Holder Association ( GAHA ) dengan ahli seramai 1,200 orang.

Bagi sesiapa terlibat dengan program ini, bangmir ucapkan tahniah kerana anda akan dapat mengenali rakan - rakan remaja dari singapura pula. So ambil kesempatan ini untuk bertukar - tukar pendapat dan pengalaman di samping berkongsi cerita bersama mereka. Kepada members2 dari singapura yang akan hadir pada program tersebut , bangmir ucapakan selamat datang ke Malaysia dan nikmatilah keindahan berkhemah di hutan Malaysia . Amboi best dan syokkkkknyerrrrrrr........

No comments: