Monday, September 24, 2007

MAAF ZAHIR BATIN DARIPADA:


"Sempena Syawal yang bakal menjelang tiba ini, saya dan keluarga saya ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Fitri' dan 'Maaf Zahir dan Batin' kepada semua belia-belia yang berada di Daerah Jempol, terutamanya kepada semua rakan2 Sukarelawan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jempol (Amir, Haidil, Anip, Fami Kecik, Abu, Fazrul, Nor-Kawan Bang Amir, Musa,Zack,Intan,Kak Ngah,IK Man,Usop Renjer yg lama menghilang,Edy Gym dll -maaf jika x tersebut) , pemimpin2 persatuan belia, pemimpin2 persatuan sukan dan peserta2 ARPRM Daerah Jempol. Berhati2 di jalanraya dan berwaspada selalu."Salam Aidilfitri daripada :
.
En. Mohamad Rosdi Bin Mahmud
Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Jempol
Kompleks Rakan Muda Jempol NS


Kepada Bangmir, Abang Aidil dan Abang Man !

Slmt hari raya...klu ser ado wat ado slh n silap atau t'kasar bhs minta ampun dunia akhirat yek...kasi halalkan t'mkn n t'mnm..huhuhu.......
daripada : Kak
Ani Sukarelawan Jempol

.
.

Saya Naim ( Pemegang Perak Arp Jempol ) nak ucpkan Selamat Hari Raya wt smua Fc,urusetia dan jga bdk2 Arp Jempol dan seluruh Malaysia....mkn kuih raya bnyk2 sikit smp perut boroi...kalau sdi dtg la rmh. Ok slmt hr ry maaf zahir batin.
.
.

Slmat ari raya aidilfitri kpda team dekbet n dak2 arp...ampun dn maap jika ade t'ksr bhsa dn salah silap arap d maafi Iklas dripada : Abu Ubaidah

.

.

Askum semua,saya farah dari smkbbs ingin mengucapkan hari raya aidilfitri kepada semua budak arp,abang amir,team2 dekbet,dan semua rakan yang mengenali diri farah.raya-raya gak duit raya jangan lupa bagi kat farah. frm sweetcapricorn_gurlz@yahoo.com
.
.
Askum, slamat b'hari raya. Jgn lupe saya kat sini. Semoga sihat slalu. Bagi saya duit raya banyak sikit.
frm : Anak Kakngah (2)


.
Slamat ari raye bt rakan2 arp..Sy Iqbal dn Amar m'mohon ampun dn maaf zahir dn batin ...ryo jompt la dtg umh...bley ko ucp mcm ni bang?..



.
sye muzalifa kamaruddin mengambil ksmpatan ini ingin ucpkan slmt hari raya aidilfitri,maaf zahir dan batin kpd team dekbet,geng2 arp jempol n seluruh umat islam...


.
Aslamualaikum..saye izzat ingin mengucapkan selamat hari raya n maaf zahir dan batin kpd sume team2 dekbet, budak arp..salah dan silap arap dimaafkan..sila la dtg ke rumah abis kn kueh raye yer...
.
.

AsKom..faten kat sni nk ucapkn selamat hari raya aidilfitri pade sumer warga ARP JEMPOL trutama team2 dekbet,n dak jempol....raya ni,jemput2 lah dtg ke rumah yer..drpd= fateen mRs93 Jangan lupa lawatlah laman web saya di http://www.dakjempol.blogspot.com/

.
.

salam lebaran dihulurkan, tangan bersambut memohon maaf...andai ada yang tak dapat diselesaikan, ampunkan diriku kerana kekurangan. Jangan lupa lawat web saya yer http://umajakall.multiply.com/ Ikhlas daripada Akak Atun

.

Kepada Semua ahli Arp
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KEPADA SEMUA AHLI ARP JEMPOL. SAPA-SAPA YG X KENAL AKU BUAT KENAL JE LA
frm Yuri_Shibuya1993@yahoo.com


.
.
Selamat ari raye wat dak ARP dan urusetia
selamat hari raye, daripa Norsidah




.

assalamualaikum...di kesempatan

ini saya nak ucapkan selamat ari rayer wat sume dak2 n faci arp.. kalau
saya ada wat salah sya mintak maap banyak yo..!! rayer nanti jemputlah
la datang umah kalau tak malu.. k
daripada : put3 aishah



.

s
aye nak ucapkan selamat ari raye untuk semua warge arp....
saye mintak maap dari ujung rambut smpai la ujung kaki....
k, akhir kate dari sye..'SELAMAT HARI RAYE'....=D
daripda : ASLAM!!!(smkbbs)
.
Assalammualaikum,
Bangmir mewakili rakan - rakan diatas yang dikenali sebagai Sukarelawan Kompleks Rakan Muda Jempol, Facy2 Arp Jempol, Team Dekbet dan Fasilitator PROSTAR ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini pada semua orang yang tengah baco BLOG ARP ini dan tak lupa juga pada budak2 ARP JEMPOL yang sangat kami sayangi, ( itu paling utama ), peserta2 kursus yang pernah berkursus dengan kami, rakan2 dekbet, dan rakan2 yang mengenali kami.Kami juga memohon Ampun dan Maaf sekiranya sepanjang perkenalan kita ada berlaku salah faham,perselisihan kata,gaduh2 ke,marah2 ke, bonci2 ker, ada bengang2 sikit ker kat kami, Harap Di maafkan yer ( rasanya takdo kot ). Bila makan kueh gayor atau lomang sambil cocah gondang tu jangan lupakan kami di perantauan ini yer ( mcamlah duduk oversea). Ada kesempatan , Singgahlah ke rumah kami . Nanti kami bagi duit ghayor. Akhir kata Maaf Zahir Batin ampun salam cium tunduk sopan kepada kengkawan semua, ikhlas daripada Bangmir, Fahmi( Seam ), Abang Man dan Abang Aidil ( Baru jadi PaPa).

*Oh ya di kesempatan ini kami di Pusat Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jempol mengucapkan Selamat Hari Raya juga pada Semua warga ARP di seluruh Malaysia, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan NS, Pejabat Belia dan Sukan Jempol dan semua warga ARP di Seluruh Dunia.....Maaf Zahir Dan Batin...
Assalammualaikum
.
* kalau nak beraya rumah bangmir, datanglah hari raya ke dua yer, sebab raya pertama bangmir masih brtugas di perantauan ( Saya Yang Menurut Perintah )

.

Akum kpd sume rkn arp dan juga
faci2 yg mengenali diri saya dan juga yg x mgnali diri saya.. saya ingin mgcpkan selamt berpose dan juga slmt ari rayee yg bakal menjlng xlme g.. drpd : nabilah (smkbbs)



.
Sempena bln mulia hr bahagia ini,Induk mohon maaf kpd semua yg mengenali jika selama ini ada kesilapan dan terlanjur kata. Dgn ucapkan Slmt Hr Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Salam Aidilfitri daripada Induk .


.
Ha raya datang lagi.... selamat menyambut hari raya.... ampun maaf zahir dan batin.... halalkan mkan minum ye.... adaa program infom ye.... okla hope taun ni adop la yang nak bg angpow ken.. heheh... selamat hari raya...HA RAYA DATANG LAGI..... HA TELANJUR KORANG BACO NI ESE NK UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI... JOMPOT2 LA DTG UMAH.... GAYO NI XDO PROGRAM KO... AMPUN MAAF ZAHIR DAN BATIN JIKO ESE ADO BUEK SALAH KEK KWN2 YG KONAL FAMI KEM KOM NI YO... OK LA SEKALI LAE SELAMAT HARI RAYA AIDILFILTRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.... BABAI.. DARIPADA FAMI KEM KOM buat budak2 Arp,Team Dekbet,warga KRMJ dan sesiapa mengenali saya okey.
.

Salam Aidilfitri .Pejam celik, pejam celik.. next week dh nk rayer.. so dikesempatan ini, ingin sy ucapkan slamat hari ryer wat family,kengkawan, team dekbet, senang kte smue r..rayer ni jemput r ke rmh ae...Ikhlas daripada annyss Arp Bandar Baru Serting.



.

Selamat berpuasa kapada semua budak2
arp,jangan x puase plak.raye nanti jemput lah datang rumah terutama sekali budak arp dan abg amir Ikhlas daripada Mohd Zulfadzli



.


smek0m...saye ingin mengucapkan seLamat arie raye kepada sume dak2 arp,fesi2,team2 dekbet,abg2 6jahanam...saye ingin mem0h0n maap sekire nyer terase ati ngan saye.....
Siti Aishah bte Daud/ Email ai_shah93@yahoo.com



.

Askum.. sempena di kesempatan ini, saya mengucapkan SELAMAT BERPOSE DN SELAMAT HARI RAYA yang akan menjelang tak lame lagi.. ye! ye! nak raye..!! saya ingin mohon maaf sekiranya selama ini ade terkasar bahase dan jika ade tersakitkan hati korang2.... maafkan lah ye..!! raye ni jemputlah datang rumah, habiskan kuih raye..
Nur Nabilah bte Miskam


.
Ser ucapkan slmat hari rayo kek bang mir sekeluarga..xlupo gak kek team debet,lopeh rayo kto pnjt gunung berinchang,cameron diaz...yuuuhhhhhuuuuuuuuu Frm Pezal ARP Jempol




.

Daripada Kakngah Arp / Prostar Jempol,

" Tiada hari seindah JUMAAT,tiada kata seindah ZIKIR,tiada ibadah seindah SOLAT,tiada BULAN seindah RAMADHAN, salam RAMDHAN AL-MUBARAK dan SELAMAT BERPUASA ! Selamat Hari Raya Kakngah ucapkan kepada semua ahli ARP dan semua sukarelawan KRMJ. Maaf dipinta jika ada terkasar bahasa dantingkah laku...sepanjang kite bersama"



Saya Izan dan Cikin dari ARP Jempol ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua peserta ARP dan abang2, kakak2 Dekbet, staff PBSD dan warga KRMJ Jempol. Maaf Zahirdan Batin di pinta sekiranya ada kesalahan dan kekasaran tanpa kami sedari selama persahabatan kita ini okey.

.


Hai..juju nie..saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri & maafzahir n batin..raya nie datang ar rumah makan kuih raya..sape2 yang x posepenuh tu ganti la copek ye..okey r..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI& MAAF ZAHIR DAN BATIN yerutama kepada budak arp..bye3..




PERHATIAN PADA PENGIRIM :


* Abang Amir mintak maaf, sebab ada ucapan yang bangmir tak masukkan disebabkan tiada alamat pengirim dan ia tidak tditujukan kepada sesiapa. Sekadar ucapan yang umum sahaja. So tak tau siapa. Pada yg gambar takda tu, bukan apa, Bangmir tak da gambar u all..Sori yer...hantarlah gambar. So bangmir mengucapkan " Sir lum mad hurry rare year ideal fit tree moo lee year,ma half za hair bar teen, two loose dairy hearty young eek class. Sorry i baroo ball leak dairy London"...

JOM SERBU RUMAH BDK2 ARP

Mungkin raya ke Tiga hari Isnin insyallah bangmir dan rakan - rakan DEKBET akan meyerbu rumah anda. Ini dah menjadi kebiasaan kami. Tahun lepas pun kami dah serbu ramai rumah2 budak ARP. Ada yang tergaman la pulak bila tengok kami ramai2 muncul depan pintu rumah masing2.So nanti jangan teperanjat lak. Bagi sesiapa yang nak join Team Dekbet buat Operasi ini, sila info bangmir yer....Moh kiter kutip duit gayor...he..he..he...

Tuesday, September 11, 2007

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 2007

Assalammualaikum dan salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua warga Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda terutama sekali budak2 Jempol. Di sini bangmir dan rakan - rakan ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan. Semoga kita mendapat rahmat di bulan yang mulia ini. Untuk maklumat anda, ARP Jempol akan berehat seketika dengan xtvt2 ARP buat sementara waktu sempena Ramadhan ini. Walaubagai manapun kebiasaannya Program Ramadhan Rakan Muda akan menyusul pula. Oleh itu anda dinasihatkan selalu melawati laman web ini untuk mengetahui program2 Ramadhan yang boleh anda sertai. Pihak Pejabat Belia Dan Sukan Jempol akan memaklumkan sekiranya ada program yang boleh ARP Jempol sertai. Oh ya bersama ini bangmir sertakan JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA 2007 untuk rujukan anda semua ok. So bolehlah download dan tampalkan kat dinding rumah atau dapur. U all klik kat sini JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA 2007 untuk mendapatkan jadual berbuka puasa 2007 tersebut . Tapi kena tunggu lama sikit untuk download. Di sini juga bangmir lampirkan niat puasa ramadhan untuk rujukan buat kita semua. Salam RAMADHAN dari Bangmir dan Warga ARPRM JEMPOL.
.

Lafaz Niat Lengkap Puasa Ramadhan Untuk di baca setiap malam

Ertinya: “ Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta‘ala.”

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Untuk Sebulan

" Sahaja aku puasa bulan Ramadan seluruhnya pada tahun ini kerana Allah Taala"

Monday, September 10, 2007

KARNIVAL KECERGASAN JEMPOL 2007

Bangmir nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua Urusetia2 yang terlibat dalam Karnival Kecergasan Jempol 2007 pada hari sabtu lepas 8hb Sept 2007 di Kompleks Rakan Muda Jempol. Ramai jugak Team Dekbet terlibat bertungkus lumus dalam menjayakan program tersebut. Tak lupa juga budak2 ARP Jempol yang turut sama membantu menjayakan program tersebut secara sukarela. Takda korang, penat juga kami. Pada masa yang sama juga beberapa orang kuat terlibat dengan Program PRS PROSTAR Kuala Pilah. So kami terpaksa bahagi2kan kerja. Pelbagai acara telah diadakan seperti Jom Berbasikal , tekan tubi, skipping, senamrobik, larian dan bermacam2 lagi. Rasanya hampir 750 orang terlibat dalam program tersebut. Terima kasih kepada sekolah2 yang terlibat. Tahniah pada pemenang.

Dah hampir seminggu , laman web ARPRM Jempol menghadapi masalah apabila dibuka menggunakan INTERNET EXPLORER. Bukan apa ramai yang komplen megatakan laman page tak dapat penuh. So bangmir dah suruh diaorang gunakan MOZILLA FIREFOX. Malangnya banyak CC takda software ini. Kena downloadlah katanya. Jalan penyelesaiannya, hari ini, bangmir telah dibantu oleh penghuni tetap ruangan CHAT ARP iaitu Faten MRS 93 telah sama2 memeriksa laman web ini. Rupanya HTML waktu solat sudahpun di kacau oleh pengodam . Tak taulah kenapa. Jadi bangmir terpaksalah memadamkan GRAF SOLAT tu Akhirnya dengan bantuan FATEN, web ini boleh dibuka menggunakan INTERNET EXPLORER. Kesimpulannya dah eloklah. Thanks MRS 93..

Thursday, September 06, 2007

JOM KAYUH BE...C..KA...

Jom kita ramai - ramai turun Kompleks Rakan Muda Jempol NS pada hari sabtu ini , 8hb Sept 07 2007 jam pagi - pagi sebab ada program Jom Kayuh Besikal . Dengar cerita ramai Team Dekbet terlibat jadi urusetia program. So sapa - sapa yang belum mendaftarkan diri untuk program tersebut, jangan tunggu lama2 sebab jumaat ini , tarikh tutup penyertaan. da baju FREE lagi. Budak - budak ARP yang takda kerja tu, bolehlah datang tolong abang - abang urusetia tu. Leh catat dalam komponen Khidmat Masyarakat.
* Hai pening2, lepas satu - satu. Semalam web ini tak leh buka kat Mozilla Firefox dan2 hari ini pula laman web ini menghadapi masalah kat INTERNET EXPLORER lak. Kalau u all buka kat Internet Expoler, page tak nampak penuh dimana ruangan SMS tak nampak. So buat sementara waktu bertarikh hari ini 6hb September 2007 saya menyarankan pula agar anda membuka blog ARP ini menggunakan MOZILLA FIREFOX yer. Nanti saya akan cuba membaikinya....pening...pening...pening...

Thursday, August 30, 2007

MERDEKA ! MERDEKA ! 2007




Alhamdullilah MALAYSIA negaraku yang tercinta lagi aman dan damai telah pun menyambut Kemerdekaan yang ke 50. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana dapat merasai dan menikmati keamanan dari arus kemerdekaan ini hasil daripada perjuangan pejuang pejuang kemerdekaan kita dahulu. Janganlah lupa jasa2 mereka. Tanpa mereka , kenikmatan ini tidak dapat rasai bersama. Semoga roh mereka di cucuri rahmat dan di tempatkan kedalam golongan orang2 yang beriman. Bangmir mewakili Pusat Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jempol dan Warga Team Dekbet serta Sukarelawan Kompleks Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG KE 50. Marilah kita hayati erti kemerdekaan ini dan kekalkan semangat perpaduaan untuk masa depan generasi kita yang akan datang. SELAMAT HARI LAHIR MALAYSIA ibu pertiwiku......

* Bangmir suka sangat tengok iklan - iklan MERDEKA PETRONAS 2007.u all punleh tgk iklan petronas 2007 ni. . kliklah kat sini ya. Kelakarlah percintaan Tang Hong Ming budak nie.

Wednesday, August 29, 2007

PROGRAM ARPRM MULU SARAWAK

Jelesnya! bila Abang Fami dah masukkan gambar2 xpdc ARPRM Gua Mulu yang disertainya tempoh hari ke dalam blog dia semalam. Sure syokkan apabila berada di negeri orang. Kata Abang Fami, team yang pergi tu, memang best2 orangnya. Tahniah abangmir ucapkan pada mereka yang pergi ke Mulu Sarawak tempoh hari. So lepas ini, marilah kita sama2 berganding bahu mempromosikan dan menaikkan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Mari kita lahirkan seberapa ramai pemegang2 Gangsa, Perak dan Emas. Kita tunjukkan anak2 Remaja Malaysia juga setanding hebat dengan negara2 luar sana. Abang Amir juga difahamkan orang kuat ARP Malaysia Cik Azura Sarbin ( Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia ) dah bertukar angin ke portfolio lain pula, macam tak best bunyinya...... tapi alhamdullilah katanya dia masih lagi sayang dan mengambil berat pasal ARPRM ini,sayang nak tinggalkannya, tambahnya lagi. Bagi bangmir u all bertuah sebab Cik Azura sama2 pergi ke sana so dapatlah u all berkenalan dengan orang kuat ARP Malaysia ini. Bangmir masih ingat lagi masa xpdc ARPRM Ke Gunung Kinabalu 2006 di mana Cik Azura bekerja keras giler memastikan rombongan kami sampai jugak ke Kinabalu. Kalau tak kami memang takda harapan nak pergi sebab rombongan kami telah ditinggalkan Kapal Terbang Air Asia gara2 terlewat sampai ke LCCT KLIA. Akhirnya lepas 12 jam kami melepak kat LCCT , Cik Azura telah menyampaikan berita gembira yang kami dapat pergi jugak ke Kinabalu. Naik haruk budak2 nie bersorak kat KLIA.....he..he...he... ( kalau kauorang nak tau cerita , scroll cerita kat bawah2 tu ). So tahniah pada u all semua. Kalau ada cerita menarik emailkanlah kat saya yer..... Oh ya kalau nak tengok gambar2 xpdc Mulu kliklah pada Web Abang Fami http://gstarzarm.multiply.com/ ini. okey. SELAMAT HARI MERDEKA WAT SEMUA dari ARPRM JEMPOL.

TAHNIAH ARPRM PULAU PINANG SELATAN

( Gambar Kenangan Bersama Peserta PJKN Jempol 2007 )

Semalam 28hb Ogos 2007, bangmir terlihat gambar candid di Harian Metro Edisi KL beberapa orang peserta anugerah remaja perdana Pulau Pinang Selatan menerima Pertauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Malaysia Pingat Gangsa. So di sini bangmir dan rakan2 Jempol ingin merakamkan Tahniah dan Syabas kepada penerima tersebut. Walaupun hanya gambar kecil di muatkan dalam harian tabloid tersebut namun ia telah membuktikan bahwa Pulau Pinang Selatan berhad melahirkan remaja yang setanding di mata dunia. Oh ya...Abang Fahmi ( Sam ) pun baru balik ke NS pada sabtu lepas dari lawatan bersama ARP di Sarawak. Wah banyak cerita dan gambar menarik tu. Bangmir pulak memang bagi kamera digital pada bangfami untuk ambik gambar dan masukkan dalam blog ARP ini . Tapi kalau nak tengok lebih banyak gambar dan cerita peribadi abang Fami di Sarawak jangan lupa klik laman web dia nie

Oh ya, untuk maklumat pembaca semua, Ramai Team2 Dekbet akan menyertai Pembarisan Hari Kebangsaan ke 50 di Seremban pada 31hb ini. So sapa2 nak jumpa mereka bolehlah serbu kat Resort Taman Bunga / Rekreasi Seremban pada Khamis ini kerana mereka akan bermalan di situ. Mereka mewakili PROSTAR NS dalam pembarisan tersebut. Maklumlah ramai dikalangan mereka adalah Team Sukarelawan PROSTAR Jempol. Jumpa disana yer....

Tuesday, August 21, 2007

SAPA NAK PEGI LABU SENDAYAN ?

Khamis ini 23hb Ogos , ARP Jempol di jemput untuk ke Labu Sendayan pula sempenan PM kita turun ke sana sebagai lawatan rasmi ke NS. Oleh itu sapa2 budak ARP lama atau baru atau PJKN ker yang nak pergi bolehlah daftar ke Pejabat Belia dan Sukan Kompleks Rakan Muda Jempol dengan segera atau hantar SMS kat bangmir diserta nama penuh,ic,alamat dan sekolah mana. Kita akan bertolak pada hari khamis 23hb jam 11 pg. Wat masa ini 2 bas diperuntukkan. So kalau tak penuh rugilah. Bangmir mintak tolong budak2 ARP agar dapat war2kan program ini pada rakan2 lain yer. Dapat jugak kita berjalan2 cuti2 ni. Hai sekarang pulak orang2 kuat ARP takda kat pejabat sebab ramai yang buat kerja luar....Jadi Naimlah yang uruskan program tersebut. Ajak kawan2 ramai2 yer. Thanks Fadzli sebab war2kan program ini. Tel segera 06 4581 399. Pejabat PBSD Jempol. Kami nak 80 orang. Pakai BAJU MERAH okey. Bagi peserta yang dah siap Gangsa dan dapat Baju Rakan Muda ( hitam) pun digalakkan pakai.

Sunday, August 19, 2007

BORING ? APALAGI PANJAT ANGSI LAH

Salam percutian pada budak2 ARP Jempol. Harap cuti nie u all gunakan masa untuk Study pelajaran okey. Kebetulan cuti ini , bangmir n team lupa pulak nak arrange program2 untuk u all. Dahlah Bangmir cuti stat Jumaat - Isnin. So memanglah boring betul kalau x da wat xtvt atau camping. Apalagi tadi lepas hantar Abang Fami ke Seremban sebab dia nak gi Sarawak , lepas balik terus jer gi panjat Gunung Angsi. Nasib baik ada Iqbal sekali so bolehlah teman2kan ser. Dulu bangmir rajin jugak naik gunung Angsi seorang2. Boleh dikatakan setiap 3 minggu mesti singgah kat situ hancur2kan badan atau momak - momak kan badan nie (panjat gunung ). Adakalanya team2 lain siap tanya kenapa bangmir jalan seorang2 tinggalkan kawan2 lain.... he..he..he. So bangmir cakap memang saya seorang jer. Dia pun confius takut bangmir nie kok bukan orang.... Lagipun bila bangmir naik seorang diri, bangmir akan main follow jer kalau2 ada team2 lain naik. Tapi cuma follow senyap2 sebab keselamatan diri mesti di utamakan n jangan pulak nak berlagak atau riak. Mula2 memanglah segan2 nak bersapa tapi lepas tu kita akan kenallah mereka. Lagipun mereka ini orang Rekreasi so memang dah biasa cari kawan gamai2 wat spare. Orang Rekreasi ini pulak senang sangat bergaul and sempoi walaupun dalam diam2 tu dah banyak gunung dia orang daki taklah macam orang yang sekali sekala datang mendaki atau ikut program. Sombong jer dan berlagak. Maklumlah expert kot. Nak tegur pun payah. En. Aziz Ketua Renjer Perhutanan Ulu Bendul kat situ memang dah lama kenal eser nie. Rasanya ada beberapa kali dia suruh bangmir follow beberapa team luar kerana mereka kata tak berapa ingat jalan ke atas.Kebetulan pula bangmir seorang2 jer masa tu. Lagipun kalau bangmir naik seorang diri , bangmir akan maklumkan kepada En. Aziz dulu. Walaupun dah banyak kali naik Angsi namun bagi bangmir, Angsi sentiasa ada keunikannya tersendiri. Ada jugak kalangan rakan2 kata " Alah hai Bangmir balik2 camping kat Ulu Bendul dan panjat Angsi " tapi bagi bangmir memang tak muak ke sana sebab suasana kat situ sentiasa berbeza2 setiap kali bangmir berkunjung ke situ....

( Agaknya kalau dulu lah Bangmir dah pandai wat laman web macam ini , sure leh citer mcm2 pasal xpdc2 yang bangmir anjurkan dan sertai bermula tahun 1995. Stat tahun itu jugalah Bangmir dah suka dengan bab REKREASI2 ini sebab kepala budak2 REKREASI ini memang sempoi2 habis dan tak sombong. Malahan kalau tengok geng2 hardcore tu, diaorang punya teamwork memang kuat dan rajin pulak tu. Tadi masa panjat ada team2 dari Sekolah Meru siap sapa kami , Baik budak2 nya- lupa pulak nama sekolah )

SYOKNYA ABANG FAMI G SARAWAK

Hari ini 19hb Ogos 2007 Abang Fami akan ke Sarawak.Bestnya Abang Fami sebab dapat g SARAWAK atas jemputan Pusat Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Malaysia. Semua perbelanjaan ditanggung oleh pihak KBS. Apapun kami di Jempol ini, merakamkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia kerana sudi menjemput ARP Jempol bagi rombongan tersebut. Bertuah betul kami di Jempol ini kerana KBS selalu ingatkan kami. Terima kasih banyak2. Katanya mereka akan ke Gua Mulu dan menjalankan kerja2 khidmat Masyarakat. So kepada Abang Fami jaga diri baik2 masa naik bot tu. Katanya 12 jam perjalanan ke Mulu. So Abang Amir rasa mungkin dia dah ada dalam BELON sekarang semasa artikel ini ditulis....he...he...he....Kirim salam kami pada orang2 SARAWAKIAN dan ARP MALAYSIA yer...bestnya dapat naik belon......

Monday, August 13, 2007

Kursus ARP Pelajar Cemerlang

Alhamdullilah pada 11hb - 12 Ogos 2007, Kursus ARP Pelajar Cemerlang yang dianjurkan oleh Pusat Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jempol telah berlangsung dengan jayanya. Walaupun kami membuka penyertaan kepada 47 orang yang semuanya adalah penerima Gangsa di Jempol ini namun yang dapat hadir adalah seramai 35 orang seperti yang kami kehendaki. Thanks pada u all semua kerana u all telahpun membanggakan kami kerana berjaya menyudahkan komponen2 ARP untuk Gangsa. Oleh itu sebagai hadiahnya kami anjurkan program bercorak Akademik SMART Study di mana penyertaan adalah percuma, khas untuk anda.Terima kasih kepada semua fasilitator dan jurulatih yang telah membantu program ini terutama fasilitator merangkap pengurus program iaitu abang Fami, Akak Rosma, Abang Aidil , Ustaz Hafiz, Abang Kemkom Fahmi, Kakngah, Faizal dan tak lupa juga pada Urusetia yang banyak membantu persiapan program sepanjang program ini berlangsung iaitu Abang Faizul ( Piloi) dan akak Induk. So baru u all taukan bahawa dikalangan kami adalah orang2 yang bijak pandai semasa di zaman persekolahan mereka dulukan.Jadi mereka memang layak berkongsi pengalaman dan teknik belajar yang betul untuk diajar kepada u all pula.Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Mohamad Rosdi Mahmud Pegawai Belia dan Sukan Jempol yang banyak membantu menjayakan program2 ARP Jempol. Tak lupa juga kepada sponser2 murah hati terutama Pakcik Maamor dan isteri ( Tauke Kantin Kompleks Rakan Muda Jempol ) yang bermurah hati mensemponser sebahagian kos makan minum peserta, terima kasih banyak2 pakcik Maamor dan Isteri kerana sudi membantu bagi menjayakan program ini. Terharu abang amir dibuatnya semasa ingin membayar duit makan peserta tempoh hari. Apapun inilah ARP Jempol, walaupun kami bukannya berduit dan kaya sangat tapi program boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja khas untuk ARPRM DAERAH JEMPOL. Ini semua adalah komitmen kuat dan sokongan padu semua jurulatih2 sukarelawan ARP Jempol dan TEAM DEKBET yang sedia membantu bila2 masa sahaja apabila diperlukan. FREE pulak tu!!!. Terima kasih diucapkan. Akhir sekali bangmir berharap a all semua belajarlah rajin2 dan STUDY SMART. Dapatkan keputusan cemerlang sekaligus boleh banggakan ibu dan bapa kita okey. ( Ingatkan lagu Kasih Ayah dan Ibu serta lagu 1,2,3,4,).. Then jangan lupa solat 5 waktu dan selalu berdoa pada yang maha esa. Okeylah nanti kita jumpa lagi K. OPSSSS!!!. Minggu ketiga ini , mungkin ada program kemerdekaan. So tunggu sahaja lampu hijau dari Kak Rosma yer...

Bagi sesiapa yang nak tengok gambar klik pada ' program2 terkini atau nak senang klik
KAT SINI.
Di laman web ini juga bangmir sertakan jugak Laman Laman Web Motivasi dan Teknik Belajar Smart Study untuk tatapan buat pelajar semua okey.

Monday, August 06, 2007

Bulan Kemerdekaan ARP Jempol

( Tks pada ARP yang datang pada 4/8/07 kerana pasang Jalur Gemilang sama2 )

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! Tanggal 31 bulan Og0s 57...hari yang mulia hari bahagia...... Mulai sepanjang bulan Ogos ini, ARP Jempol akan menganjurkan ARP Bersama Bulan Kemerdekaan Malaysia . So pelbagai acara sudah diatur, seperti Kibar jalur Gemilang, Ceriakan Jalur Gemilang di KRMJ, Seminar Peperiksaan ARP, Bacaan Yassin Sempena Peperiksaan dan Merdeka , Malam Sajak Merdeka dan sebagainya.

UCAPAN MERDEKA / GREETING HAPPY NATIONAL DAY's ' MALAYSIA' 31 Ogos 2007

Anda juga boleh menghantar ucapan Hari Merdeka kepada sesiapa sahaja dan ucapan anda ini akan dipaparkan di laman web ini. Okey tu. Sila tulis nama, daripada mana, ucapan dan hantarkan ke alamat email bangmir iaitu kembara_dca@yahoo.com atau kalau susah sangat klik kat bawah ini, add comment serta enter dan pilih post comment. then taiplah ucapan di box leave your comment . Selepas sudah menaip jangan lupa tick pada box
Anonymous dan klik pada Publish Your Comment okey... Nanti ucapan anda akan dipaparkan di laman web ini. Hayatilah kemerdekaan ini....

* Anybody want's to send the greeting
Happy National Day to MALAYSIA , Please leave your message here. Click comment ( below of this paragraph ). Thanks
.
ANTARA UCAPAN KEMERDEKAAN DARI RAKAN2 ANDA
.
Ask0m n saLam keMerdekaaN...Pad0 sum0 warge ARP,samo2 laH kito meraiKan BULAN KEMERDEKAAN ni yor..TanamKan siFat cinTakan negaro kit0 ni,daN haYatiLah jas0 perjuAng2 kemeRdekaan yg mmbuaTkan negaro kito ni amaN daN daMai sehiNggo ke ari Nie..sekiaN,waSsaLam...MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!(topok lah tgn sket..huhuhuhu)' MALAYSIA BOLEH,ARP BOLEH'CHaiY0kKK!!!
FATEN NUR ELLYANIE BT CHE YAHYA
930211-05-5230
BANDAR SERI JEMPOL

Selamat hari kebangsaan kepada warga rakan muda malaysia frm:JKoE di atas Yar....

Kami mewakili rakan2 PJKN 2007 di Jempol mengucapkan Salam Merdeka ke 50 tahun.... from Joe Sayang Malaysia Dak Lui....

kepada semua warga malaysia expecially kepada warga APR JEMPOL...SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YG KE-50....semoga pd thn nie sumua rakyat malaysia sentiasa bersatu ke arah MALYSIAKU GEMILANG....

from:Muzalifa Kamaruddin serting 2 n9

Majlis Bacaan Yassin ARP Sempena Peperiksaan

( urusetia program sibuk membincangkan program - program ARP )
.
Assalammualaikum,
Dengan ini , bangmir mewakili Pusat Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jempol mempelawa dan mengajak kepada semua budak2 ARP Jempol,Team Dekbet , rakan - rakan lain untuk datang ke Majlis Bacaan Yassin ARP bersama2 peserta kursus ARP Pelajar Cemerlang siri 3 pada 11/8/07 Sabtu ini jam 4.00 petang di Surau Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol. Semoga kita mendapat hidayah dan manafaat agar memperolehi keputusan yang cemerlang dan terbaik dalam peperiksaan akhir tahun,PMR dan SPM ini. Jom datang ramai2 okey.... info kawan2 lain yer.... sapa - sapa leh join... lagi ramai lagi baguz

Saturday, August 04, 2007

Kursus ARP Pelajar Cemerlang

Pada 11hb - 12hb ni, Pusat Operasi ARPRM Jempol telah bersetuju untuk menganjurkan Kursus ARP Pelajar Cemerlang yang akan di adakan di Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol. Peserta kursus adalah terdiri daripada Peserta2 ARPRM Jempol yang dijangkakan bakal menerima Pingat Gangsa. So ini adalah sebuah hadiah buat mereka. Kami taknak lah orang kata ARP Jempol asyik buat camping dan xtvt outdoor kerana nak tumpukan komponen2 Pingat Gangsa jer tanpa mengambil berat tentang pelajaran anak2 buah nye. Rasanya ini adalah kali ke tiga kami buat kursus2 motivasi free untuk peserta2 ARP dengan menggunakan Tabung Simpanan ARP kami tu. Alhamdullilah duit yang kita kumpulkan bersama hasil jualan2 barangan yang dijual untuk tabung ARP akhirnya dapat juga digunakan untuk program ini. Walaupun budjet chiput tapi kami besyukur kerana ramai jurulatih /Facy ARP Jempol sedia menghulurkan tenaga dan bantuan. So seramai 46 orang orang telah terpilih berdasarkan Diari Gangsa yang dah siap dan nak siap serta dilihat dari kekerapan kehadiran peserta pada perjumpaan2 mingguan ARP setiap bulan. So pada nama yang dah tersenarai jangan lupa tarikh akhir hantar Buku Diari Gangsa pada hari isnin ni 6hb Julai jam 10.00 malam. Bagi peserta yang rasanya layak untuk pergi kursus ini berdasarkan diarinya yang yakin okey, tetapi nama tak tersenarai harap dapat menghubungi bangmir cepat okey. Walaubagai manapun keputusan sama ada anda pergi atau tidak adalah berdasarkan Buku Diari Gangsa Anda tu siap 80% atau tidak. Buat masa ini kami cuma menyenaraikan 46 orang sahaja. Tetapi itu belum comfirm dapat pegi atau tidak yer. So kenalah hantar buku pada Abang Fahmi kat Kompleks Rakan Muda okey sebelum hari selasa.Abang Fahmi yang akan membuat keputusan ama ada anda layak atau tidak join program ini yer. So bagi sesiapa nak tahu senarai nama peserta yang tersenarai sila klik di sini http://anugerahrakanmuda.multiply.com/journal/item/7 . Kita jumpa Hari Sabtu ini jam 2 petang.

Tuesday, July 24, 2007

Cintailah Alam ' Kitar Semula '

( Rajin diaorang nie kutip sampah bermula dari Hospital Seri Jempol lagi)




Pada hari Ahad 22hb juga, hari yang sama. Kami ARP Jempol telah sama2 mengadakan gotong royong mengutip sampah di sepanjang laluan trek kami hinggalah ke Taman Bunga Seri Jempol.Di taman bunga pula, bangmir telah memberi penerangan tentang pentingnya Program Kitar Semula. Tong Biru untuk Tin & Plastik , Tong Coklat untuk Kertas manakala Tong Oren untuk Kaca. Ingat tu!. Program ini di buat bagi menambah jam untuk peserta yang mengambil komponen Khidmat Masyarakat. Bagi sesiapa nak tengok gambar2 program tempoh hari
Kliklah saya program hari itu

Monday, July 23, 2007

Kursus Khemah kat Dataran Salem Majlis Daerah Jempol




Pada Ahad 22hb Julai , Bangmir dan kawan2 Team Dekbet telah mengadakan Kursus Pengurusan Khemah bagi peserta arp yang mengambil komponen kemahiran tersebut. Ramai yang join sampai 63 orang.Kebetulan masih ramai budak ARP yang belum menghabiskan slot ini. Cadangan asal kita akan mula program jam 9 pagi tetapi disebabkan hari ujan maka

pr
ogram di lewatkan jam 10.30. Pelepasan peserta dibahagikan mengikut kumpulan. So diaorang kena cari check point yang telah ditetapkan. Kami wat camping kat DATARAN SALEM Bandar Baru Jempol. Cantik jugak View kat situ. Macam berada di luar negara jer. Tapi sayangnya kat situ takda Tandas dan bekalan air. Kalau tak dah lama budak2 ARP wat camping 3 hari 2 malam di situ. So diharap pihak Majlis Daerah Jempol dapat mengadakan kemudahan tersebut.Rugi tu kalau tak dibuat sebab tempat tu sesuai dijadikan Camp Site. Bangmir mengucapkan terima kasih pada abang Aidil,abang fahmi,abang anip Dekbet, abang abu, abang piloi,Kak rosma,dan kakngah kerana sudi datang membantu. Abang Man jugak datang dengan anak - anaknyer macam biasa. Bagi sesiapa nak tengok gambar2 program hari tu kliklah ' Program2 Terkini ARPRM '


Saturday, July 21, 2007

PERADUAN ARP ! HADIAH LUMAYAN ?

BERAPAKAH JUMLAH ORANG DI DALAM GAMBAR INI?. Dah dapat cubalah teka. Nak hadiah...Opppsssi bukan di blog inilah tapi bagi sesiapa yang nak mencuba nasib untuk mendapatkan hadiah misteri dari Pusat Operasi ARPRM Jempol NS, jangan lupa klik kat ruangan PATUT KLIK ' Psssttt....gosip2 Dekbet Team '' kerana di situ ada peraduan menarik untuk anda sertai okey.

* tapikan berapa orang yer yang terdapat dalam gambar ini kan....serabut di buatnyer.... he..he..he... poning palo den....