Berhulucamp Jempol NS adalah Pusat Latihan & Rekreasi. Terciptanya kem ini adalah dari cetusan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Bermulanya terlibat dengan kerja - kerja sukarelawan Rakan Muda semenjak 1994 lagi bersama Pejabat Belia dan Sukan Jempol. Dari situlah pengalaman kami kutip. Sekarang Rakan Muda dah tiada lagi tetapi semangat Sukarelawan Rakan Muda itu masih tebal dalam jiwa ini. Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kerana mendidik kami sehingga hari ini.
Tuesday, May 08, 2007
LARIAN KEMASYARAKATAN KOMUNITI JEMPOL
Pada 13hb Mei 2007 hari Ahad jam 7 pagi ...MOH kito gamai - gamai poe belolah ( Larian Amal ) anjuran Kelab Komuniti Jempol kat kawasan masing-masing. Jawatankuasa Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jempol telah pun bersetuju untuk bersama - sama menyertai program tersebut. Oleh itu bangmir mengajak semua ahli ARPRM dan sukarelawan Jempol datang ramai - ramai pakai baju merah dan berpakaian sukan kita lari ramai- ramai. Bagi budak LUI diaorang leh join program kat Padang Awam Lui Barat dan Budak Serting pulak leh join program ini di Padang Awam Serting 2 Raja Alias. Kita telah menempatkan pegawai - pegawai ARP untuk menandatangani DIARI GANGSA untuk Slot Sukan nanti. So jangan lupa bawa diari yer.Banyak hadiah dan cabutan bertuah semasa program itu berlangsung. Oh ya air minuman jangan lupa bawak. Mana lah tau kok takdo sponser air ker...kang kok haus. Ajaklah kawan - kawan yang lain join program ini. Peryertaan adalah terbuka kepada sesiapa yang berminat. Tapi seeloknya kiter pakat ramai - ramai pakai baju merah walaupun kawan kiter tu bukan ahli ARP. Hai ada pulak geng-geng kiter terpaksa bertugas pulak kat Pusat Akidah Jelebu la pulak pada tarikh tersebut. . PENGUMUMAN: So perjumpaan minggu ketiga ( Sabtu ) 19/5/07 DIBATALKAN sebab kiter dah gantikan program ini.
Antara pegawai terlibat 1. Kawasan BBS - Abang Piloi dan Abang Abu Hensem 2. Kawasan LUI - Akak Z dan Team sukarelawan LUI. ( Yang babai tu bertudung putih ) * Kak Ani kau tak nak turun sekali ker.........
No comments:
Post a Comment