Friday, May 25, 2007

MASAM MANIS PROGRAM JATIDIRI KESUKARELAAN

( Sudah tugas apa nak wat kan )
( Mula2 mereka agak malu tapi lepas 4 hari...)
( Senaman bersama Abang Sam )( Pertemuan pertama )
.
Bestnya Program PJKN Jempol 2007. Itulah kata- kata budak2 yang sertai program ini. Seramai 145 orang remaja Daerah Jempol telah menyertai program Kesukarelaan Nasional yang dianjurkan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Jempol di Kompleks Rakan Muda Jempol. Tentu banyak kenangan manis yang telah tercipta sepanjang u all menyertai kami. Kebetulan Fasilitator,jurulatih dan urusetianya terdiri daripada Team Dekbet yang memang giler - giler orangnya. Yang syoknya juga boleh di katakan setiap petang sepanjang program ini berlangsung, Radio Negeri FM ( Negeri Sembilan ) akan bersiaran langsung bersama seorang Fasilitator kami iaitu Paklong yang terkenal di slot Suara Felda Negeri FM melaporkan tentang perkembangan perjalanan program secara terus ke konti Radio Seremban. Apapun bagi yang baru berjinak - jinak dengan kesukarelaan ini, jangan berhenti setakat itu sahaja., joinlah team kami. Banyak aktiviti kesukarelaan yang sedang menanti buat kalian semua. Bagi Kampung Pachitan Port Dickson, bangmir tak tau lah apakah rahsia yang telah mereka gunakan sehinggakan semua peserta termasuk urusetia PJKN menanggis semasa meninggalkan kg tersebut untuk Program Keluarga Angkat. Sapa2 yang nak kongsi cerita di blog bangmir nie, antalah ke email bangmir ya. Insyallah nan ti bangmir paparkan dalam ini.

Bagi yang nak CD gambar2 ( ada >500 Gambar ) dari Kamera Digital, silalah hubungi abang Fahmi cuma RM5. Bagi CD Video program PJKN mungkin siap 14hb nie ya..... Harga RM8 untuk satu.
Kauorang kalau duduk seorang2 tu, dengar2lah lagu Keluarga Bahagia ya....
.
Tentu you ingat Senaman Pagi Bangmir. Nak Tengok Video tu KLIK http://rakanmudajempol.multiply.com/video/item/1

No comments: