Thursday, May 24, 2007

Logo Baru Rakan Muda 2007





Rakan Muda Berwajah Baru Dengan Pelaburan RM50 Juta

Komentar Oleh Jeswan Kaur

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) - Dua belas tahun kemudian, kerajaan sekali lagi melakukan pelaburan besar bagi memperbaharui program Rakan Muda yang gagal mencapai matlamat asalnya.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 29 Okt 1994 melancarkan program remaja Rakan Muda yang ditunggu-tunggukan dengan pelaburan sebanyak RM176 juta. Program Rakan Muda bertujuan menyediakan hala tuju dalam hidup bagi golongan remaja di negara ini dan membantu mereka membentuk jati diri serta keyakinan dalam menghadapi cabaran masa depan.

Sejauh mana ia mencapai matlamatnya masih menjadi tanda tanya. Bagaimanapun, Rakan Muda diberi nafas baru, dengan kos untuk menghidupkannya semula dianggarkan sebanyak RM50 juta.

Dengan begitu banyak duit pembayar cukai dilabur dalam Rakan Muda, kita hanya boleh berharap Fasa 2 Rakan Muda akan menempuhi kejayaan bukan seperti pendahulunya. Adalah diharapkan yang Kementerian Belia dan Sukan telah menjalankan kajian terperinci bagi memastikan penjenamaan semula Rakan Muda mampu memikat kumpulan sasaran, iaitu mereka yang berusia antara 10 dan 25 tahun.

Tidak diragui Rakan Muda merupakan projek kerajaan bagi muda-mudi. Oleh itu adalah penting pelaksanaannya diatur dengan baik bagi memastikan kejayaannya.

No comments: