Monday, June 23, 2008

Mungkin Gunung Datok Rembau ?.

( Gambar Shahrizal , Izat dan seorang Pakcik ( pencari petai ) di atas puncak )
.
Hari Jumaat lepas 20hb - 21hb Jun 2008, bangmir bersama Abu, dan 2 orang budak Senior ARP iaitu Izat ( Perak ) dan Shahrizal ( Gangsa ) telah pergi tengok trek Gunung Datok. Al maklumlah dah lama tak pergi mendaki gunung walaupun baru 3 minggu lepas mendaki Gunung Brinchang. So hari tu kebetulan cuti dan takda nak wat apa - apa, maka bangmir pun ajaklah diaorang ini camping kat Gunung Datok Rembau. Hari sabtunya pula kami pergi mendaki. Al hamdullilah sampai juga atas puncak ngan satu team aweks2 cina. Cun giler. Yang bestnya kami jumpa MAWAS kat atas puncak tu. Besar giler beb. Warna hitam. Inilah first time bangmir jumpa Mawas dalam edisi - edisi perkhemahan dan xpdc . Mengikut kata seorang pakcik tu yang dah berpuluh2 kali mendaki Gunung Datok, peluang nak jumpa binatang jenis tu, memang susah sekali. Bukan apa nampak macam gorila. Seram sejuk jugak. Tapi nasib baik ada beberapa orang pendaki vateran kat puncak tu.So macam berani lah. Bulan nie, boleh dikatakan tiap - tiap minggu bangmir tidur dalam hutan. Nasib baiklah budak - budak ini jenis berani. Mana tidaknya kami berempat jer yang camping kat Base Camp Gunung Datok. Tujuan kami pergi ke sana adalah untuk reky kawasan sebagai satu perancangan kami mengadakan " Perkhemahan ARP Jempol " tidak lama lagi. So bagi sesiapa budak ARP atau badan - badan Operasi ARP di malaysia nie yang berminat nak join sama....sangatlah kami alu - alukan. Harap kita dapat berkumpul bersama - sama dengan budak - budak ARP satu Malaysia dan bertukar - tukar ilmu . Sure Happening kan. Lagi pun KBS pun belum buat lagi perkhemahan terbesar ARP untuk tahun ini. Kalau ada pun terhad sahaja. Tarikh belum tahu lagi. Mungkin masa cuti sekolah. So check it out!!!!! . Nak tahu cerita kami mendaki tu, lehlah klik kat Blog Team Dekbet

No comments: