Thursday, June 26, 2008

Tahniah SMKBBS


Kami daripada Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jempol mengucapkan tahniah dan syabas kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting ( SMKBBS ) kerana pada Hari Isnin 30hb Jun 2008 yang lalu, sekolah anda buat julung kalinya telah mencatatkan sejarah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda selepas SMKLB. Terima Kasih kepada Pengetua sekolah SMKBBS kerana sudi menerima kunjungan kami dan tak lupa juga kepada Cikgu Zuraini kerana bertungkus lumus cuba untuk mengadakan majlis ini. Kepada En. Mohamad Rosdi Bin Mahmud iaitu Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol terima kasih tak terhingga daripada bangmir kerana datang juga pada majlis tersebut walaupun bangmir difahamkan bahawa beliau bercuti pada hari tersebut dan baru sahaja balik dari Perak selepas habis berkursus. Thanks Bos !. ( rasanya inilah majlis terakhir buat En. Rosdi di Jempol sebelum...... )

Pada penerima Pingat Perak dan Gangsa,Tahniah ! Tahniah ! Tahniah daripada bangmir dan rakan - rakan Team Dekbet. Ini telah membuktikan bahawa Sekali lagi sekolah SMKBBS telah dapat melahirkan seramai 22 orang penerima pingat Gangsa dan Seorang Penerima Perak di dalam Daerah Jempol ini. Syabas kami ucapkan kepada Naim dan Izzat kerana andalah orang yang pertama mendapat Pingat Perak Anugerah Rakan MudaMalaysia di dalam Daerah Jempol ini. Alhamdullilah , kebetulan bangmir pula cuti pada hari tersebut maka dapatlah bangmir uruskan penyampaian anugerah itu bersama - sama guru bertugas di belakang pentas. Walaupun berada di belakang tabir, namun apabila cikgu bertugas mengumunkan nama - nama peserta pingat, rasanya bangmirlah yang paling happy kat belakang pentas tu. Best dengar apabila satu persatu anak - anak didik bangmir di panggil naik ke pentas untuk menerima pingat. Semua ini adalah hasil titik peluh anda sendiri. Sebab itulah anda berpuas hati kerana ia adalah hasil usaha sendiri. Bangmir tahu, walaupun ARPRM Jempol memang agak ketat dalam prosedur pemilihan penerima pingat sehinggakan ada yang tak dapat, kerana kami tak nak lebih kurang namun yang Pasti Badan Operasi ARPRM Daerah Jempol hanya menjalankan amanah yang di beri. Itulah kualiti namanya bukan kuantiti yang kita mahu.

No comments: