Thursday, June 12, 2008

Program Y2Y di Jeram Toi


Pada 13-16hb Jun 2008, Pejabat Belia dan Sukan Jempol menganjurkan Program Y2Y Jempol di Jeram Toi Jelebu NS. Program ini terbuka pada belia dan beliawanis berumur 18-25 tahun. Di fahamkan seramai 80 orang remaja dari Belia Felda Serting dan Felda Palong di pilih untuk menyertai program anjuran PBSD Jempol ini. Ramai juga Jurulatih ARP terlibat. Rasanya tempat ini menarik nampaknya. Apapun jangan lupa , kami akan masukkan cerita - cerita program tersebut pada minggu hadapan ok . Oh ya, rasanya banyak lagi program menarik untuk anda belia dan beliawanis di Jempol akan meyusul selepas ini. Semuanya untuk anda. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui program - program Pejabat Belia dan Sukan Jempol dengan lebih lanjut , sila hubungi Pejabat Belia dan Sukan Jempol di talian 06 4581 399. Jumpa di sana ok.

No comments: