Tuesday, June 27, 2006

APOLAK PROGRAM PAS NIE


Assalammualaikum...
Amboi2 biler kitaorang dah pergi barulah ramai nak tanya...kenapa tak ajak?,takda inform kito pun?,alar pergi taknak ajak orang,?....macam-macam lagi. Tapi biler kiter dah poe barulah nak ikut. Apapun eser paham u all ada kerja. So sebab itulah tak ajak sebab kami nie penganggur mingguan. Ala kalau u all nak pergi mana2 ajak jer kami...kami leh arrange punya. Maklumlah kami nie sukarelawan. Pada Makcik Atun... Tks sebab selalu gak lawat laman kami. Makcik nie tinggal mana?. Ala kalau makcik ada artikel Rekreasi line-linelah kat sini. Gambar nie adalah tempat setinggan terkini kami. Sian menumpang katakan. Betul juga kata fahmi. Duduk sini sonang boto. Air takyah bayar. Teragak nak mandi, minam atau cebok. Ambik jer. Dokek boto ngan campsite kami. Tapi biler dikenangkan. Ia amat bahaya. So bagi kawan2 lain yang nak g sini. Harap pertimbangkan balik ciri2 campsite yang hendak dicari ya. Bagi team KL.Tks sebab sedekahkan kami garam,kubih,sawi,kicap,kacang sikit,Sardin dan Sos tiram lagi. Banyak pahala abang2 dan kakak2 semua.Semua tu dah habih kami sebat. Siap transfer lagi kat team lain pas tu. Rasanya budak UPM Bangi. Rugilak balik awal.kalau khemah kami lum musnah dek fami tentu kami sambung lagi 3 hari. Bukan apo dah abih idea berborak ngan diaorang tu. Faizal lak manjang membuto jor. jam 11 malam mulo dia dah masuk khemah berborak dalam khemah jer. Siap landing2 lagi. Pastu Looolap.....Banyak gambar tak cantik lah. Bukan apo sebab kamera murah katokan...siap pinjam kat alang ser.Orang lain kamera digital terkini...awak pakai digital analog punya yang lamo tu. Siap seletape laie tempat bateri dio. Copek pulak bateri habis. Apapun ada banyak lagi gambar akan eser masukkan dalam Slot Gambar Kenangan ARPRM. Jangan lupa klik yo.... So bulan lepas apopulak program kito ya. Apapun mungkin kami slow sikit sebab budak2 dah setat exam.. Takda lah camping lagi. Lagipun sukarelawan dah mula C-buk hujung2 tahun nie kot.... Semoga u all succes selalu.

BERKELAH...


Gambar ini di ambil di Air Terjun Berkelah. Kami mandi kat bawah jer. Bukan apa takut nak mandi kolam kat atas tu. Takut ado Dinasor. Kolam kat atas tu memang dalam giler. Golap jor airnya. Takda sapa yang berani mandi. Budak2 KL pun tak mandi kat situ. Pada malam tu , hujan bukan main lebat. Campsite kami lak dekat tul dengan kolam. Ngeri jugak tengok sebab air kolam tu berombak2. Tapi kalau budak2 geng yang kuat menyelam dan pantang tengok air dalam ni... pasti tiruk punya.

Monday, June 26, 2006

KE AIR TERJUN BERKELAH LA PULAK....

Assallamualaikum...... Salam Arp
Hai hari tu ingat dah dapat join program Prostar Jempol wat g gunung Datok.... Dan2 cancel la pulak.... So takdala program.... Macam biasa setiap bulan kalau takda program eser akan gimas tak senang duduk. Eser pun leh wat program persendirian gak... So macam orang tak betul....selesai jer solat isyak hari jumaat lepas.... terus jer bungkus barang (GEAR) dan call fami n faizal ajak g Air Terjun Berkelah Maran Pahang. Apa lagi diaorang lak tengah tension sebab terpaksa batalkan program Gunung Datok tu .... apabila dpat ofer macam tu hai bersetuju terus...Berehy...(kata Orang Kelantan )... Lepas jer info diaorang eser pun telipon gak member lama Nuang dulu nama dia KECIK. Bak kata orang mintak nasihat dan penunjuk arah. Kecik nie pakar gak dalam mana2 bab hutan dan gunung dalam malaysia nie. Tapi malam tu hujan lebat betul... Ani lak ( Perunding Rekreasi ) team kami menasihati supaya program itu di tunda saja sebab tak SYERSHUAI mengikut keadaan.So maka kami 3 beradik ni bertolaklah keesokkannya.Tks Kak Ani.... Abu lak takdapat ikut sebab dia g tolong piloi wat katering....melepaslah kau abu...rugi..... So pergilah kami jam 9.30 pagi sabtu naik keta. Nyaris gak kami tak singah Tasek Bera. Sampai sana singgah makan kat Restoran Berkelah. Then setelah kautim ngan Zeti anak tauke kedai makan tu ( Baik Budaknya ) dia pun call abang lin untuk ambik kami nie. Siap naik proton saga lagi masuk dalam tu hutan tu... Sampai dalam kawasan rekreasi tu ramai gak orang camping. Kami jugak tercenggang sebab air kat bawah tu mak ai kocik jor... askar pun ado camping. Kami pun mulalah trekking. Macamlah pernah sampai kat situ. Eksen saja jalan macam tau jer trek. Tapi alhamdullilah sampai jugak kami ke Air Terjun Berkelah walaupun masa trekking tu ada gak member dah taklarat sebab tak pasti ada ke tak air terjun tinggi tu. Maklumlah refer internet jer. Sampai jer .Mak ai lawanya. Tapi taklah tertinggi macam Air Terjun Jelawang Dabong. Apapun setiap tempat ada kelebihannya. Dulu ada gak pergi Jerangkang masa ngan team lama DCA Subang. Sama jugak...pergi situ main harung jer berdasarkan peta dalam telipon. Apapun Air Terjun Berkelah memang cantik . Trekking pun hampir 1 jam 30 minit+++merapu, berehat,bergambar,minum2,baring2,lolap2,dan tension rasa macam tak sampai. Kami bermalam 2 hari jer. Hari pertama kira oklah sebab ada team lain gak camping situ. Tapi malam isnin tu kami bertiga jer camping kat situ. Nyaris tak jumpa apa2. Apapun allah sentiasa bersama kami. Itulah prinsip kami apabila pergi kemana2. Rasa rugi lak sebab tak ajak rakan2 lain. So bagi kawan2 yang tak penah g... Apa lagi ada jer trip BerKELAH Maran Pahang...PERGI sajalah.... tempat memang best.Air memang dalam2. Tapi kolam kat atas tu kami tak berani nak mandi...bukan apo tengok semacam jer golap...Takut gak kok ado Dinasor dalam tu...Buatlah dia Ngap sekali...Bereh.....Hari isnin barulah kami balik.Siap g Kuantan lagi beli keropok.... Malam jam 8.40 kami sampai kampung. Bukan apa tadi singgah lu solat kat Masjid Bandar Seri Jempol.. Kesimpulannya satu hari nanti pasti kami akan bawa budak2 ARPRM Jempol ke situ gak....

Friday, June 23, 2006

GUNUNG DATOK CANCEL

Assalammualaikum....

Berdukacita di maklumkan bahawa Program Pelajar Tersingkir Dari Aids dan Hiv di Gunung Datok telah dibatalkan atas sebab - sebab tertentu. Nampaknya abang Faizal kau dengan berat hati terpaksa membatalnya walaupun dah dapat sponser bas tak econ lagi...... Apapun bangmir merakamkan ucapan terima kasih kepada bang faizal dan bang fahmi serta kunco2nya kerana berkerja keras nak wat program ini tetapi disaat akhir di batalkan.. Bang faizal jugak dah info sekolah - sekolah pasal pembatalan program ini. Harap Maaf.... Takdo Camping lah kito.
Apapn sekali lagi TIMA KASIH SMKDM Bahau sebab selalu sokong kami.....

Tuesday, June 20, 2006

SEMBANG GUNUNG DATOK

Assalammualaikum.... dan Salam Arp semua.

Abang Faizal N Abang Fahmi macam mana ?. Program ' Perkhemahan Remaja Tersingkir Dari Aids dan Hiv ok tak. Ada lum peserta. Apa pun respek gak bangmir ngan kauorang. Macam Fahmi ini adalah program yang ke 3 kot dia uruskan. Sebelum ini 2 program bersama Kolej KHUITO. Faizal lak...hai jangan tersangkut lagi macam program kat Gunung Angsi. Apapun tahniah sebab u all dah pandai wat program - program untuk remaja. Buat lak tu Free jer. Takda upah.... Sukarelawan katakan. Pening kepala nak adjust kos. Make sure ada 40 orang. Kalau tak payah kita. ..Bas lagi,nak sewa tapak,upah guide dan sebagainya. So apa agaknya plan ke 2 u all kalau takda gak budak. Kawan - kawan lain janganlak ' Berdiam Diri Jer' tolong diaorang nie. Jangan main ikut jer. Belajar - belajar lak. Oklah bagi yang nak ikut tu ....jangan lupa hubungi kami. Masih ada kosong. Program OK. Banyak pengetahuan yang akan kauorang dapat. Pas nie...sure nak camping ngan kami takda kot sebab dah musim EXAM. Tak kan nak camping jer. Buku nak jugak kena tengok. Tapi camping juga perlu sebab ilmu ketahanan mental dan fizikal takda diajar kat sekolah. Pulau Tioman at masa nie hujan jer.... Pagi mula hujan. Flight lak nasib baik tak delay. Insyaalah hari rabu kite berjumpa di N9. Syok kalau dapat balik kampung nie. Dapat jumpa parent dan kawan - kawan. Ha...ARPRM JEMPOL lak.. lama tul abang amir x jumpa u all. Kena arrange perjumpaan gak nie. Bukan apa takut u all lupa kat kami. Hanip,Fahmi,Siti Azrena,Fatehah,Asmah dan Muzalifa pula jangan lupa STUDY SPM. Fatehah..... Hai C buk nampak ngan kelas Kompang?. Bagi yang lain jangan lupa siapkan Gangsamu tu.... Ok.......

( Okey tak lama lagi ada Laman Web Untuk Kompleks Rakan Muda Jempol tapi lum siap lagi. Dalam Proses. nak lawat www.kompleksrakanmudajempol.blogspot.com/ Hai hari2 lagu bertukar. Sebelum ini lagu RATU Teman Tapi Mesra, Then Lagu PETERPAN. Hari ini tukar lagu KELABU - Adibah Nor- Ok tak .)

Salam Dari Bangmir
Pulau Tioman.

Saturday, June 17, 2006

TERIMA KASIH SEMUA...

( Peter loipan - Piloi , bgmusa,Abu,Abgman)
Assalammualaikum dan Salam Arp dari Jempol..

Nampaknya laman ini semakin ramai yang melawatinya. Terima kasih diatas komen u all berikan. Eh...ada tanya macam mana nak join Team Dekbet nie.... Wah nampaknya nak join program tak susah...Sapa - sapa sahaja leh join asalkan termampu dan tahan ngan kami semua. Tapi nak jadi ahli team kami susah kit. Sebab u all biasanya bangmir yang monitor dulu sama ada leh di bawa masuk team ini atau tidak. Tapi nak senang jadilah PESERTA APRRM JEMPOL lu. Itu sebagai basic ( asas ). Bangmir nak tengok sama ada dia larat atau tidak wat kerja - kerja sukarela nie. Tapi kalau pemalas dan peloso ( cakp orang N9) baik tak payah jadi ahli dekbet. Kami ni tak tau penat. Buat kerja secara ikhlas dan percuma. Malahan kami sendiri keluar duit apabila wat program untuk adik - adik. Kerja takleh berkira sangat. Kalau boleh cakap ' boleh' kalau tak boleh terus terang cakap ' tak boleh'. Mana datangnya DEKBET tu... Tanya Abang anip kau. Selama hampir 5 tahun inilah orang orang yang selalu bantu bangmir dalam kerja - kerja sukarelawan kat mana - mana pun. Kami ada ahli baru.Tahun ini kami dah ambil Fahmi Hensem, Hanip Arp ,Aiman Kecik dan terbaru Naim Medic. Nama Fahmi jer dalam team kami ada 3. Fahmi Besar,Fahmi Kecik dan Fahmi Hensem....( Sori Abu! sekarang bukan kau jer seorang Hensem). Tapi nama - nama Fahmi nie memang rajin2 orangnya. Lebih - lebih lagi Fahmi Kecik. Tapi dia join kami kalau dia free jer sebab mak ia dianie memang c buk kit. Tingkatan 6 atas katakan. Fahmi besar pula orangnya lagi rajin, pening - pening kit dan kelakar rupanya. Fahmi Hensem pula kami panggil sebab budak2 girl kata dia hensem... tah betul ke tak... Dia nie dah join kami hampir 3 tahun tapi cuma aktif dalam ARP jer masa tu.Tapi sekarang kami dah masukkan dia dalam team ini. So bila disimpulkan ada 2 orang yang ada nama Hensem. Hanip Arp lak memang rajin.Tapi dia jarang - jarang join kami sebab orang baru . Manakala Naim Medic sebab dia suka jadi Doktor apabila pergi xpdc dan Kem Perkhemahan. Aiman Kecik nama sebenarnya Syafik dia kecik jer. Becok sikit mulut. Tingkatan 2 Sekolah Menengah Batu Kikir. Ok lah apapun kite jumpa kat GUNUNG DATUK minggu depan. Tak sabar nak jumpa diaorang nie..... Bye

Tuesday, June 13, 2006

PROGRAM GUNUNG DATOK 23-25 JUN

Salam Semua.....
Ada program terbaru.. Berprostar Jempol kat Gunung Datuk Rembau N.S. Wah naik gunung lagi kito. Tapi gunung nie cuma 2900 kaki lebih kurang. Naik pun penat jugak. Tapi ramai treker g kat sana sebelum naik gunung - gunung yang lebih tinggi lagi. Rm30 siap ngan pengangkutan,insuran,sijil,bayaran tapak,bayar guide, cas naik gunung,toilet dan sebagainya. Ha.... bagi yang join bangmir gi gunung Ayam Dabong Kelantan tu bolehlah bawa BEG BALIK KG sebab camp sitenya dekat jer. Boleh bawa beg. Kedai makan pun ado. Jeram dia kira ok gak. Taklah macam Air Terjun Gunung Stong atau Jelawang. Makanan bawa sendiri. Bukan apa kalau siap ngan makan tak cukup bayaran macam tu. So apalagi moh lah kito poe. Ado jugak ilmu kito dapat sebab program ini banyak kearah maklumat Aids dan Hiv. Team Dekbet pun ado gak yang pergi tu. So taklah boring sangat macam kauorang ikut bangmir g dabong dulu. Berminat bolehlah ikut ya. Tel abang faizal di talian Maxis 6516656 atau info bangmir pun boleh gak. Insyaallah kalau takda aral melintas bangmir pun akan ikut serta. So kenalah balik dari Pulau Tioman nie cepat sikit kot. Apapun syabas kepada Abang Faizal dan Abang Fahmi ( B) sebab arrange kan program ini. Semoga u all lebih ber+ pengalaman. So info kat kawan2 lain ya. Assalam....

Saturday, June 10, 2006

ADO PROGRAM TAK ?

Assalammualaikum dan salam Arp...

Aduh hujung bulan nie eser cuti lagi. So takdaa lak program ataupun camping. So kalau ado mano - mano team camping nak pelawa leh gak ikut. Boring gak kalau duduk diam jer cuti - cuti nie. Apapun selamat ber
SCHOOL LAH bagi yang akan bersekolah. Wah budak - budak PLKN pun balik hari ini... Emmmm Tentu ada program sebab diaorang dah habis. Abu Hensem n Piloi hai....tak kan nak simpan jer ilmu PLKN yang kau belajar 3 bulan kat c 2. Watlah camping ker.... tak pun kite g camping kat belakang gumah bangmir....
K semoga u all betaraf PLKN.

Salam Tioman...

Friday, June 02, 2006

Dabong lagi....

Salam Trekker.....
Malam nie tak keluar. Duduk gumah jer. Petang tadi pergi jap Kompleks Rakan Muda sebab nak clearkan diari dan pasport budak2 yg dapat gangsa tu. Jumpa hanip arp kat pasar malam. Fahmi hensem lak katanya ke melaka. Bercuti ngan family.... So hari ini penat dah hilang. Seorang - seorang jer basuh kemah. Tengahari tadi nyaris gak nak g camping kat Gua Batu Maloi. tapi....... k lah. Bagi pelawat ke laman ini kalau ada sebarang tulisan/komen/cerpen jangan segan silu hantarkan kepada bangmir. Nak komen ?. klik jer komen kat bawah ruang tu. Tapi kalau nak kongsi cerita hantarlah direct ke email bangmir kembara@yahoo.com. Hari ini lupa lak nak beli paper. Bukan apa sebab nak tengok news pasal accident train tu. Lupa lak nak tanya Hamdan bukan apa dia tu tak lekang dari paper newsnya.Hai kalau tak nyaris bangmir masuk paper. Mananya tidak...bukak jer pintu ketapi tu tiba - tiba jer ada orang mengerang kesakitan. Dalam hutan pulak tu.... Hairan gak macam mana ketapi leh berhenti kat tengah2 hutan. Takkan bahau ada hutan tebal. Ada jugak member kita siap turun dari ketapi dan jalan dalam semak tu yg disangkanya bahau siap di bantu oleh pakcik dalam ketapi tu...." turun baik - baik ya dik "... Rupanya belum lagi sampai kemayan. Hai masa bangmir tengok orang tu. Mak ai takut giler... penuh darah kat muka dia. Masa tu takda orang taupun. So bangmir pun lari dalam ketapi menghala ke kantin. Inform orang2 ktmb. Apalagi berlari mereka ikut bangmir. Mengikut kata staf tu .. Pilot train dah langgar 2 orang.Pilot nampak ada 5 orang yang sedang melintas mungkin seorang tu dah bawah ketapi atau tercampak jauh dari landasan. Mangsa langgar tu dibawa naik ketapi untuk dihantar ke Bhau. Budak - budak kiter nie pulak terpaksa alihkan beg-beg ke tempat lain . Ialah kami nyaris - nyaris nak turun. Syukur pada tuhan...bukan apa ingatkan masa terlihat mangsa tu bangmir ingatkan budak - budak grop kita...lebih-lebih lagi pakaian hafizh sebijik macam brother kena langgar tu... ketapi kami yang sepatutnya sampai jam 3.30pagi akhirnya sampai jam 6.34 pagi. Siap ambulan lagi tunggu... So itulah serba sedikit cerita xpdc kiter. Bagi yang lain tentu ada ceritanya sendirikan?. apapun selamat jumpa lagi...
( hai malam tadi mohan call - mintak nombor batman )

Sembang Dabong

Selamat Pagi Semua..... Ado sakit - sakit Badan?...
Pagi ni si Naim ( Medik kat Dabong ) datang gumah bangmir nak mintak no telipon budak - budak g xpdc tu.Rindu katonya. Biasalah kalau kite kat sana pagi2 nie sure tengah masak dalam kabus kan. Berkabus jer pagi - pagi nie kat sana. Mcam kat luar negara. Apo nak cerito ya..... La ado telipon masuk jap.. (9.43pagi - 9.45pg - terputus lak). Rupa - rupanya James telipon bangmir... Sirrrrrrrrr... Hai James - james. Kau memang penghibur kamilah. Walaupun badan kurus dan first time camping dan tak pernah langsung naik gunung tapi hati kau KERAS. Kau memang kuat semangat dan mempunyai mental yang kukuh. Nasib baik hanya kaki kau jer melecet sikit. Harap pas nie james tau apo itu 'melecet dan seliuh ' ya. Taklah si Batman tu asyik kena tipu kat kau jer. Bangmir jugak nak mintak maaf kat kauorang sebab banyak xtvt ditangguhkan sebab Hujan jer 2 hari tu tambahan pula jurulatih seorang jer. Itupun nasib baik ada 5 orang trekker yang tolong bagmir iaitu abang faizal,bangmat,bang Combat, fahmi hensem dan hanif. Tima kasih bangmir ucapkan. Pada Cikgu Pang dan Brother Husain dari Sek. Puteri Sak Adong Bachok kelantan terima kasih kerana menjemput kami menyertai malam bakat kauorang. Happy sikit budak - budak nie. Bagi yang nak balik awal tu sebab tak tahan nak duduk kat situ..... Hai lepas jugak kauorang sampai hari rabu kat situ. Boleh lak kat tahan ya. Pengajarannya kat situ Jangan buat keputusan semasa kita dalam keadaan tidak ' Stabil ' bahaya ya. Kuat kan semangat apabila kita dalam kesusahan. Jangan cepat panik dan mengelabah ya. Biasalah Camping- adventure katakan. Yang bawa beg - beg besar ( Balik Kg ) bangmir percaya pas nie sure bila cikgu kata gi camping... TAUBAT kauorang takkan bawa beg kampung tu. Geng Hamdan dan Hanip ( Asyik masak jer ) thanks ya sebab pandai menyesuaikan keadaan. Kau orang pun pandai meng cool kan keadaan. HAMDAM - wow!! banyak bangmir dengar tentang ke Bestkan kau. Teruskan sikap itu. Ramai jugak yang kata" abang -abang kat sekolah dia nie ada garang sikit tapi bila kat sini dia memang baik betul dan suka tolong orang ". Hanif,farah, nordina,adilah - no komen- Thanks a lot ( makan jer ++++++ ). Tiba - tiba (10.06pg) james call lagi katanya" sory sir my money not enough sir...next time i call u again sir. Bye sir" . Okey james bye. Oh ya Mohan,Arun,inhiran thanks ya sebab bantu budak - budak nie angkut beg. Ringan betul tulang u all nie. lebih lebih lagi si Mohan tu.. Ingat bangmir kat kau sebab kau nie tak tau penat.Altaf- Pakistan Boys thanks sebab masakkan nasik untuk geng - geng g gunung ayam dan pandai pulak meng cool kan bangmir semasa bagmir risaukan budak - budak nie yang tak balik - balik dari dari gunung ayam masa malam tu. Hai risau tul bangmir kat kauorang nie... Ialahlah naik gunung pukul 9pagi. Tapi jam 12 pagi keesokkan harinya tak jugak balik - balik. Tapi bila dengar suara u all masa balik pagi tu....barulah lega. Cikgu Mail ( dia kecik jer ) - ehem2x... Ada cerita tersendiri pasal++++++++. Hati - hati cikgu. Oh ya...Mak sedara 2 orng tu si Atiq dan Mas ( saiz sama ). Kauorang walaupun banyak bercerabih dan bercakap tapi kerja jalan gak. Thanks sebab masakkan gulai budak2 nie. EE dan Tan.... u all walaupun tak banyak cakap ( kecuali EE ) tapi COOL jer.... Hafizh Aziz ( trekker)..Apo program kau lepas nie.Bang mir ingatkan kaulah yang jatuh dalam semak semasa keretapi kiter berhenti kat dalam hutan tu langgar orang. Barderau darah bangmir bila tengok muka orang tu berdarah sebab pakaian dia hampir sama dengan kau. Ialah kan kau yang selalu duduk kat tepi pintu keretapi tu( nanti kita cerita ). Thangga Chie... yang 4 orang tu - hai kauorang nak ker join lagi kalau ada xpdc macam nie. Bagi Reshami pula WOW! u nie Hebat.... Teruskan semangat u tu. Yang lain2 pulak. U all pun best gak. So harap u all dapat banyak pengalaman semasa xpdc itu.Kalau ada program kat sekolah tu. Jangan tak join. Pengalaman susah nak di cari kalau asyik duduk gumah jer. K.....

Thursday, June 01, 2006

Suka - Duka di Dabong


Assalammualaikum.....dan salam trekker.....

Mak ai sakit - sakit badan dibuatnya kan. Hari ini jer bangmir tido dari pagi sampailah ke tengahari... So macam mana xpdc kali ini..Sure u all TAUBAT tak nak ikut bangmir kan...
Apapun bangmir RESPEK kat kauorang. Ialah macam mana u all boleh sampai ke Base Camp Baha dan naik ke Gunung Ayam ( 4985 kaki ) tu...Bayangkan semasa u all daftar kat stesen ketapi bahau tu,u all dah risaukan bangmir. Mana tidaknya. Ramai yang first time naik gunung dan lebih ramai lagi yang first time g Camping.... Pastu ramai pulak yang bawa beg BALIK KAMPUNG.... Apapun HAIRAN jugak ya lepas jugak kauorang bawa beg - beg besar tu naik atas. Tapi kauorang dah membuktikan pada bangmir satu bidalan " Hendak Seribu Daya Taknak Seribu Dalih ". U all memang BAGUS. Ada Semangat Kental. NAmun wat masa ini bangmir takdapat nak citer lebih sebab malam nie bangmir kena hadiri meting pasal xpdc kauorang itu hari. Maklumlah kena bedahsiasat.... Nanti kiter cerite lagi pasal kauorang naik Gunung Ayam sampai balik Pagi dan Pasal Ketapi kite langgar orang.... k Assalam

Friday, May 26, 2006

HARI YANG PENAT

Hari ini memang memenatkan... Pagi lagi aku dah bangun...Then pergi tempat kerja jap. Pastu akulah orang pertama yang check in kat airport Tioman.... ( tak sabar nak balik la tu ).. Jam 8,45 pagi 9MTAK Landing BerJaya Air 180 dari Subang. Hai hari ini Captain Syaid dan Haidil bertugas. Lepas borak - borak ngan diorang....apa lagi kata Captain... kiter graklah... Passenger cuma ada 5 orang jer termak Crew 9 orang... Jam 9 pagi. Engine Startup...Najib kat atas lah yang benarkan.... Sapa lagi.Jam 9.05 aku pun take off.... Sampai subang jam10.10 pagi... tepat pulak tu si kapten haidir cakap...Pas turun Captain Syaid Babai kat aku..."Jangan lupa balik lak " Katanya. Wah bestnya dapat balik ke tempat lama bekerja...10 tahun ku kat situ dulu... Ni dah masuk 6 bulan aku tak tengok subang..Tak sempat nak g melawat diaorang sebab ada apointment jam 12.00 dengan doktor Salleh kat Shah Alam... So naiklah bas METRo RM2.50 sebab nak g Sri Petaling ambik keta. Sampai kat SENTRAL jumpa pulak si Megat, Rizal dan AZAH (Hq). Diorang ada wat hari Bertemu Pelanggan dengan Kementerian Pengangkutan. Pendekkan cita lepas Medical Checkup... kena pulak g satu lagi hospital wat X - Ray.. Susah tul.... K lah.... Pastu kena g Campbell untuk beli barang - barang Camping untuk esok.... Mahal lak pulak.
Balik dah petang...Kat Seremban sempat singgah makan dengan Atun n Ani. Lama tul tak jumpa diaorang. Sekarang diaorang dah keja. So jarang dapat join program - program Ser... Siap g Giant nak cari SUMBU lampu...Tapi tak ado..... Pastu SATE KAJANG.... Mula- mula ser nak belanja tah macam mana....rezeki ani.....ado lak Tauke yang bayar kami....So macam mano tu.... Kiro Saya belanja Uncle ( Lupo lak namonya ) yang bayar...Hai Atun jaga sikit berat..... tu... Laju semacam jer Sate tu kau bedal.... Ani pulak...camtu jer GEMUK dia..... Sihat la tu....PAst hantar diaorang pulang...Aku balik ler....Jam 1.20 pagi barulah sampai dan sempat gak menaip... K lah sok ser nak jalan jauh.....Banyak tanggung jawab kena pikul.... Apa nak wat dah nasib......
Assalam....

CARA NAK KOMEN..

Assalam....

Ada orang kata.... macam mana nak komen bang...
Ok... Kauorang klik " COMMENT " . Then kau taip gosip. lepas habis komen/gosip yang kauorang taip tu Then kau pilih ( tick ) perkataan ANONYMOUS . Afterthat kau tiru tulisan yang dia suruh tiru tu.... pastu tu SAVE And PUBLISH... Senangkan.....
OPS..... Komen takkan keluar terus...tunggu sehingga saya benarkan...
Tima kasih

Amir
Orang Tioman

Tuesday, May 23, 2006

MAKLUMAT XPDC DABONG

Assalammualaikum...
Semua peserta di minta mendaftarkan diri pada hari jumaat dari jam 8.30 Malam 26hb / Mei 2006 kat Stesen Keretapi Bahau. Ketapi akan bertolak pada pukul 1015 malam dan sampai di stesen Dabong jam 5.17 pagi hari sabtu. Sila gunakan BEG SANDANG. Satu lagi jangan lupa solat isyak dulu. Salam Mak Ayah sebelum nak pergi. Balik sini kite bertolak dari Dabong 31hb/5/06 jam 0855 malam dan di jangka sampai Stesen Bahau hari Khamis 1hb Jun / 05 jam 3.31 pagi. Harap u all tak susah mak/ayah seeloknya kite lepak kat Stesen Ramai - ramai. Pas solat Subuh barulah balik ke rumah masing - masing....Amacam.... Bangmir masih lagi kat Pulau Tioman... Sorilah takdapat jumpa u all awal - awal sebab ada meting kena hadiri kat pulau nie. Ingat nak balik lepas meting naik bot... Tapi petang x da bot lo.... So kena naik flight turun Subang sebab ada appointment pasal kerja jugak... Then kena turun CAMPBELL nak beli barang Camping untuk U All. Nampaknya kak intan kaulah terpaksa hulu hilir uuskan program ini.... Thanks.... K nanti ada info lawatilah laman ini ya...

Bangmir
Pulau Tioman.

Saturday, May 20, 2006

Sekolah Menengah Datok Mansor

Assalam...hari ini eser menghabiskan masa meng - updatedkan laman web ni. Nampaknya laman ni dah bertukar baju. Bukan apo tak taulah apo silapnya yang ser tokan sampai laman ni jadi yok yek....
Pasal xpdc....wat masa ini Sek. Datok Mansor Bahau hantar 3 team. Kira oklah. Cikgu Param ( Selamat Hari Guru ! Cikgu) banyak mempromosikan xpdc ini. Ada sekolah lain takdapat hantar sebab kata mahal sangat. So bila kami dah potong - potong yang selesa - selesa so tinggallah RM65 jer...Gi kelantan tu. Naik bas pun dah RM38 jer g sehala. Inikan siap pergi balik,panjat gunung,tinggal kat situ 5 hari dan macam - macam lagi. Relies Tension beb.... ( kami bukannya wat bisness) . Kalau takpercaya tanyalah rakan - rakan yang pernah g sana berapa diaorang kenakan yuran. ( bukan ada sponser ya ).Percayalah SYOK ! Cantik Terpegun.... Jangan lupa bawa kamera yang ada kodaknya.... Digital?....mana kau nak cas... Apapun Thanks kat SMDM.....
( kak intan hulu hilir uruskan program....sian )

Wednesday, May 17, 2006

Kalau bab posing gambar..memang bergayo budak - budak nie....Tapi gambar ser selalu mis sajor.
MAKLUMAT PERALATAN DAN MAKANAN.

Barang makanan yang perlu dibawa setiap trekker.
( Elok ambik kat gumah jer )

1. Sardin tin kecil – 2
2. Ayam tin kecil -2
3. Daging Tin kecil – 1
4. Maggie – 5 bungkus
5. Ikan Masin – 2 ekor jer
6. Telur – 3 biji – bubuh dlm kotak/tray telur
7. Perencah Nasi Goreng – 2 bungkus
8. Garam – 10 Sudu – Ikat dlm plastic
9. Gula – 10 Sudu – ikat dalam plastic
10. Milo / Tea – terpulang
11. Bawang besar – 2 labu
12. Bawang Putih – 2 Labu
13. Roti Krim – 3 Bantal – untuk mendaki
14. Beras – ½ kilo
15. Lada api / cili – Sapa yg berminat
16. Snek / coklat – Beri tenaga masa mendaki
17. Minyak masak 1 botol kecil mineral bagi
satu kumpulan sahaja.

Barang persendirian yang perlu dibawa setiap trekker.

1. Pakaian lasak/ringkas /sopan.
2. Kasut /selipar
3. Buku nota kecil dan Pen
4. Pisau Lipat yang besar beli kat kedai RM2
5. Lampu picit / Bateri
6. Ubatan persendirian.
7. Tali nak sangkut baju sidai
8. Kain solat / Telekung - WAJIB
9. Guni Plastik – alas masa solat ( Plastik sampah hitam pun boleh )
10. Lilin 6 batang
11. Sudu/garpu/pinggan / kole ( cawan )
12. Peralatan bersuci

dan segala peralatan yang dirasakan perlu untuk perkhemahan. Sila masukkan barang ini kedalam Plastik Sampah Hitam – elak basah. Barangan yang perlu ada dalam setiap kumpulan / 6- 7 orang dalam satu kumpulan

1. Peralatan memasak contoh kuali kecil , periuk kecil , cerek kecil masak air , kepingan getah – untuk bahan masak, mancis api, sudip , lilin dan apa – apa yang dirasakan perlu.Sekiranya ada Khemah sila bawa. Bagi yang tiada khemah sila info kami awal.

Cadangan :
Seeloknya setiap peserta membawa Rendang ayam ker/ Daging ker suruh mak masak so pada hari sabtu tu kite cuma masak nasi jer.. sebab dah penat. So sebelum pegi tu hari khamis tu kauorang bolehlah tangkap ayam.. Menu masakan telah disusun oleh penganjur tetapi u all boleh buat menu sendiri kalau nak lagi sedap. Terpulang kepada setiap kumpulan.


INGATAN / AMARAN :

SETIAP PESERTA BUKAN DIGALAKKAN TETAPI DIWAJIBKAN MEMBAWA BEG SANDANG SAHAJA. BEG NAK BALIK KAMPUNG TIDAK DIBENARKAN. SATU LAGI JANGAN TERLALU BANYAK BARANG HENDAK DIJINJING PASTIKAN HANDFREE KERANA KITA AKAN MENDAKI MEMBAWA BEBANAN. KURANGKAN BARANG YG TIDAK DIPERLUKAN.

Pendaftaran selepas solat isyak di Stesen Keretapi Bahau Jam . Bertolak jam 10.00 malam 26/5/06 menaiki keretapi Xpress Wau dan balik dijangkakan sampai di bahau jam 3.30 pagi hari khamis 1hb Jun 06. Sebarang Pertanyaan sila hubungi Penyelaras ARPRM En. Amir 012 3694057 / Penyelaras PROSTAR En. KamarulZaman 013 6050 858. atau

lawati : www.anugerahremajaperdana.blogspot.com/

Monday, May 15, 2006

Ramai Tanyo Sapo tu Bangman ????

Hai ado gak yang lawati laman nie tanyo ser Sapo Tu Bang Ik Man... Ha dio tu Penyelaras Prostar Daerah Jempol .Kawan Ser tang Sekolah Rendah lagi kat Pekan Batu Kikir.... Gambar dio yang tongah menyangkung pandang arah kanan tu... tak taulak kenapo dio wat camtu. Eser dari dulu sampai sekarang selalu wat program ngan dio. Tinggal kami berdua jer species yang masih aktif dalam bab - bab xpdc dan camping semenjak tahun 1994. Yang lain dah bersara sebab tertentu. Boleh dikatakan ada program yang melibatkan xpdc dio mesti ikut ser.Wife dia Kak Suraya ( kawan ser gak masa sekolah ) sporting tullah. Tapi jangan terperanjat. Kak suraya pernah naik Gunung Ayam...( Respek giler ). Bukan apa itulah First Gunung dia naik dalam hidupnya dan itulah last Gunung dia turun dalam hidupnya ( Serik kot ) tapikan kenapa budak pakai baju merah Cap biru...(Anip Dekbet ) tu ...?..pelik - pelik.... Yang mengayakan tangan tu namonya ABU UBAIDAH atau kito panggil dio Abu Hensem ( walaupun tak hensem) - sori bu.....Akak Liza ( kuyup nampak )... Last sekali akak Nor... Kenapa dia pandang keatas ya?.....

Tiket Ke Dabong akan dibeli..

Assalammualaikum....Hai masih lagi menungu pihak2 sekolah menghantar senarai peserta. Cuma yang dapat tahu ialah sekolah Datok Mansor. Harap diaorang hantar satu bas...senang cerito. Perjumpaan Sabtu nie kat Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol jam 3 petang 2ohb nie jadi.Akak Intan akan Cover sebab bangmir masih lagi kat Pulau Tioman nie...susah tul bilo dah jauh nie... Apa pun kalau ada apa- apa bolehlah terus call/sms kat talian seperti diatas. KTMB beri cuma 15% jer. dulu dapat gak 35%... Minyak mahal kot.... Abang Ik Man akan uruskan dengan KTMB.BangMan kau jangan lak tak balik dari Kelantan (kursus katonya) pastu dia akan gi genting highland lak Kursus Air lai... Ayo macam - macam Ik man nie kursus...Okey ado berito nanti ser info yo...

Friday, May 12, 2006

Barang Makanan yang perlu dibawa

Elok satu kumpulan ada 6 orang. So leh SAVE budget. Berikut adalah enarai barang makanan yang perlu dibawa. Menu bergantung pada kumpulan u all. Kalau nak sedap leh bawa KFC,lesun batu,Belender ke, Mikrowave ker... So abang dah setkan makanan. Jadi bila masak semua sama. Kauorang leh ambik kat gumah. Nak beli?..... Beli yang paling murah....Jangan membazir.

Sardin kecik 2 tin, Ayam tin kecik 2 tin,Daging tin 1,Maggie 5 bungkus,Ikan masin 3 ekor, Telur 3 biji,Perencah nasi goreng 2,Garam 1o sudu ( masuk dalam plastik ikat ),Gula 10 sudu,Bawang merah 2 labu,bawang putih 2 labu,Tea/milo , Roti krim 3 bantal -makan masa mendaki gunung ayam, Coklat2 Paling penting beri tenaga,Beras 1/2 kilo,Minyak masak satu kumpulan 1 botol air mineral,then kauorang leh bwk makanan lain - lainlah. terpulang...tapi biasanya budak - budak nie sentiasa kenyang jer....

Barang dapur...ops kauorang dalam kumpulan pikirlah sendiri. tapi janganlah bawa kuali sampai 6,. satu cukup,periuk,cerek,sudip,tayar getah ( potong kecik - kecik ) ...alahai kauorang semua dah expert....
Lampu picit,ubatan dan botol air mineral jangan lupa...

Cadangan baik buat macam bangmir...Suruh mak buat rendang. hari - hari makan rendang.....