Berhulucamp Jempol NS adalah Pusat Latihan & Rekreasi. Terciptanya kem ini adalah dari cetusan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Bermulanya terlibat dengan kerja - kerja sukarelawan Rakan Muda semenjak 1994 lagi bersama Pejabat Belia dan Sukan Jempol. Dari situlah pengalaman kami kutip. Sekarang Rakan Muda dah tiada lagi tetapi semangat Sukarelawan Rakan Muda itu masih tebal dalam jiwa ini. Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kerana mendidik kami sehingga hari ini.
Tuesday, April 08, 2008
Kursus Rekreasi luar Tahap II 2008
Friday, April 04, 2008
Kibal Peserta ARP Jempol - Exsiden
Semalam khamis kebetulan bangmir OFF pulak,bangmir pun baliklah ke kg. Cadangnya bangmir dan rakan - rakan kibal dari kg nak melawat beliau di Hospital Kuala Pilah.Tiba- tiba nenek kibal info yang beliau sudahpun di hantar ke Seremban untuk rawatan susulan maka kami pun bercadang untuk melawat beliau pada hari ini jumaat lepas solat kerana nak menunggu rakan2 lain balik dari sekolah . Namun masih tidak kesempatan kerana makciknya memberitahu pada pukul 10 pagi tadi yang kibal akan menjalani beberapa pembedahan susulan bermula jam 2.30 ptg hinggalah jam 7 malam. So tak dapatlah juga kami melawatnya hari ini. Apapun bangmir sempat juga melawat Amar di rumahnya pagi tadi. Beliau nampaknya tidak mengalami kecederaan serius cuma luka - luka sedikit tetapi nampak macam masih lagi keadaan trauma kerana kejadian tempoh hari. Apapun bangmir mengharapkan agar Kibal akan terus cepat sembuh supaya dapat mengikuiti program - program bangmir ya. Harapan bangmir pada rakan - rakan lain agar kita sama - sama berdoa agar kibal cepat sembuh sedia kala..... dan bangmir mengharapkan anda dapatlah memberikan kata - kata semangat kepada beliau....sedih bangmir bila dengar suara dia di telepon apabila dia bercerita tentang nasib dirinya itu masa hadapan.
So SMS lah Kibal di 013 2597295. Beliau perlukan sedikit semangat dari anda semua. Tak rugi u all SMS sebaris dua kata - kata hikmah pada beliau. Ingatlah...Kibal memerlukan sokongan dari kawan2nya.Hanya kawan- kawanlah yang dapat menghiburkan kibal ketika ini di kala kibal terbaring di atas katil hospital.... Sure kibal tersenyum apabila menerima sebaris SMS dari anda. Pada anda yang ingin menghantarkan kata - kata pesanan pada kibal . Sila klik ' comment ' di bawah.
Wednesday, March 19, 2008
Selamat Menyambut Maulid Nabi
Ucapan Selamat Menyambut Maulidur Rasul dari Bangmir dan Team Dekbet Jempol.
Nak tahu siapa Team Dekbet?. Kliklah di sini TEAM DEKBET JEMPOL
Permohonan Jawatan Kadet Juruterbang.
Antara syarat -syaratnya ialah
Berumur 18 - 26 tahun , lulus SPM dan mendapat 6 kepujian termasuk bahasa malaysia dan minimun 4B dalam matematik , fizik dan Bahasa inggeris. Tawaran ini juga di buka bagi pemegang Diploma dan ijazah( syarat diploma dan ijazah pun ada ) .Sesiapa yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut sila emailkan kepada bangmir untuk bangmir hantarkan maklumat detail jawatan tersebut okey sebab syarat - syarat dia bangmir tak larat nak tulis kat sini.
Sunday, March 16, 2008
Borang Permohonan online IPTA & Maktab Perguruan 2008
|
|
Klik ke Permohonan Kemasukan IPTA 2008
https://online2.mohe.gov.my/spm/
Permohonan Maktab Perguruan 2008
Klik Di Sini Ok
Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM / Setaraf Sesi Akademik 2008/2009
https://online2.mohe.gov.my/stpm/
Permohonan online ke ipta / politeknik / uitm / maktab perguruan
http://www.freewebs.com/cikgulah/index.htm
Permohonan online ke pusat pengajian tinggi 2008
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/index.php?lang=
Permohonan online kemasukan ikbn 2008 ( institut kemahiran belia negara)
http://interaktif.kbs.gov.my/ikbnweb/public/index.php?mid=1
Permohonan online Uitm
http://www.uitmonline.edu.my/
Thursday, March 13, 2008
Sirkit Cabaran Mendaki Gunung Negeri Sembilan

Wow...ini ada berita hangat dan memang di tunggu oleh pengiat Rekreasi dan pencinta Gunung Ganang di Negeri Sembilan. Bangmir baru dimaklumkan oleh abang fami bahawa Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Penggalakkan Pelancongan Negeri Sembilan ( UPENS ) akan mengadakan satu xtvt mendaki 4 gunung terbaik di Negeri Sembilan. Program Sirkit Cabaran Gunung Negeri Sembilan ini akan mendaki Gunung Datok di Rembau, Gunung Tampin , Gunung Telapak Buruk Jelebu dan Gunung Angsi Kuala Pilah. So bagi yang berminat bab - bab daki gunung dan memang dahagakan program hardcore ini bolehlah melayari laman web rakan bangmir iaitu Abang Fami di www.gstarzarm.multiply.com/untuk mendapatkan borang.
Bagi bangmir, program ini memang best sebab dah lama betul Negeri Sembilan tak menganjurkan program - program berbentuk Rekreasi lebih - lebih lagi mendaki gunung yang sekali empat ini. Tahniah di ucapkan pada penganjur. So apalagi. Cepat dapatkan borang penyertaan sekarang ok. Jangan berlengah lagi. Cepat ajaklah kawan - kawan ok.
Sunday, March 02, 2008
Monday, February 25, 2008
Mana Perginya Program2 Arprm Jempol?
Friday, February 01, 2008
Lawatan Menteri Belia Dan Sukan ke Kuala Pilah
Bangmir difahamkan pada 4hb Februari 2008 hari Isnin ini, YB Dato' Sri Azalina Dato Othman Said iaitu Menteri Belia dan Sukan Malaysia akan melawat Kuala Pilah untuk program belia Daerah serta Majlis Pertauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat NS. Di Jempol pula kami telah menghantar 2 orang wakil penerima Pingat Gangsa iaitu saudara Amar dan Saudari Fatehah kerana semasa majlis pertauliahan di Seremban tempoh hari, nama mereka tidak tersenarai walaupun sudah menyiapkan semua komponen. Namun ada hikmahnya kerana pertauliahan kali ini di Kuala Pilah amat berbeza sekali kerana mereka berdua beruntung disebabkan Menteri Belia dan Sukan Malaysia sendiri yang akan menyerahkan pingat itu kepada mereka. So bangmir dan warga Team ARP Jempol mengucapkan tahniah kepada Amar dan Fatehah begitu juga kepada peserta ARP dari daerah lain di NS yang akan menerima Pingat ARP pada hari Isnin ini.Oleh itu bagi remaja dan belia yang berhampiran Kuala Pilah, Jom kita ramai - ramai datang ke Kompleks Rakan Muda Daerah Kuala Pilah untuk memeriahkan majlis tersebut. Ajaklah kawan - kawan ya. www.prostarjempol.blogspot.com
Thursday, January 17, 2008
Rakan Muda Macam Sama

Kalau dibandingkan dengan kedua - dua gambar ini , rasanya macam sama kot. Tapi realitinya mereka ini memang seorang pengiat sukarelawan yang aktif. Bagi bangmir, rupanya seakan sama kalau si aidil tu ada rambut. Puas pulak bangmir mencari gambar - gambar lama aidil yang ada rambut. So bangmir ambiklah gambar yang abang aidil pakai topi. Kalau nak tau sapa yang pakai baju biru tu lawatilah laman webnya di http://muhamadazmi.multiply.com/Xpdc Gunung Ledang & Gua Batu Maloi Cancel
( Boringnya...ingat naik Angsi jerlah macam biasa nak ilang tension katakan)
Lawatilah Web Dekbet di www.prostarjempol.blogspot.com - Hangat klIk DiSiNi
Wednesday, January 09, 2008
Perjumpaan Pertama 2008
Assalammualaikum,
uka kepada peserta ARP yang lama sahaja. Bagi pelajar yang baru nak sertai , buat masa ini , kami belum lagi membuka sebarang permohonan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum. Sila hebahkan di Sekolah anda.( Nak tau kisah - kisah Dekbet Team kliklah Kamera tu yer )
Saturday, January 05, 2008
Karnival Rakan Muda 2008
Assalammualaikum,Salam & A very GOOD Day.
Sekretariat Rakan Muda MMU Melaka will organizing the “KARNIVAL RAKAN MUDA 2008″.There would be lots of activities involving with sports,health,drawing competition, graffity competion, 3 on 3 Basketball competitions, recycle campaign and lots more exciting activities. With that we would like to invite those people who are interested to join us as a working COMMITTEEs.Feel free, VISIT & REGISTER WITH US. This is the details :-
Venue : Sekretariat Rakan Muda Room ( Plaza Siswa, Groundfloor )
Time : 9am - 5pm
Date : 17 & 18 December 2008
Any enquiries contact us :-
(1) Abdul Barri (0136286794)
(2) Arif (0123439219)
(3) Anis Adilla (0177266672 / anisadilla@rakanmuda-mmu.org )
Tuesday, January 01, 2008
Selamat Tahun Baru 2008
Alhamdullilah, Syukur pada nikmat Allah kerana akhirnya dapat juga kita merasai Tahun 2008. Apapun bagi bangmir dan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jempol, merasakan tahun 2007 telah banyak meninggalkan kenangan manis kepada kami. Mana tidaknya ARP Jempol dapat melahirkan 80 orang Pingat Gangsa dan 2 Pingat Perak. Paling mengembirakan kami ramai rakan di kalangan Team Dekbet sudah mula beransur2 menyertai KELAB LAIN seperti Abang Atan dengan Akak Intan malahan Kak Ros , Hanip Dekbet , Kak Z dan yang akhir sekali adalah Abang Musa yang sudah pun hampir menyertai kelab tersebut. Alhamdullilah. Masih ingat lagi kami pada bulan September tahun 2007, juga telah memberi harapan lega kepada kami mengenai desas desus Pegawai Belia dan Sukan Jempol iaitu En. Mohamad Rosdi yang akan bertukar ke station lain akhirnya ditangguhkan. Bagi kami itu sudah cukup mengembirakan pada warga ARP dan Team Dekbet kerana En. Rosdi memang seorang yang cukup mengambil berat tentang ARP ( Bukan Bodek Bos, tapi realiti ) malahan
beliau sentiasa bersama2 bekerja dengan barisan sukarelawan dalam penganjuran apa - apa jenis program pun. Kalau kami balik pukul 2 pagi , beliau pula akan balik lebih lewat dari kami. Alhamdullilah kerana En. Rosdi akhirnya tidak jadi pindah, kalau tidak banyak perancangan program tersangkut. Harapan kami , agar En. Rosdi dapat meneruskan visi - visinya untuk tahun 2008 bersama kami lagi.Rasanya pada tahun 2007 juga, budak - budak ARP Jempol naik muak menyertai program2 anjuran ARP atau Pejabat Belia dan Sukan Jempol ( PBSD ) yang melambak - lambak. Mana tidaknya, PBSD telah banyak memberi ruang untuk peserta ARP menyertai segala program pejabat. Lagipun Badan operasi ARP dan PBSD Jempol tidak putus2 menganjurkan pelbagai program untuk remaja dan peserta ARP ( anda boleh rujuk xtvt arp ). Kepada barisan sukarelawan Rakan Muda Jempol. Segala khidmat anda membantu menjayakan program2 , kem motivasi , perkhemahan dan xpdc secara FREE, jasamu itu amat kami hargai.Tidak ketinggalan juga kepada remaja - remaja Jempol yang s
entiasa melayari laman web interaktif ini bagi mendapatkan maklumat untuk menyertai program2 PBSD Jempol , penyertaan anda dengan kami , telah membantu kami mengurangkan masalah sosial di Daerah Jempol ini sekaligus anda telah menjadi DUTA PBSD Jempol dalam mewar - warkan program2 kami. Web ini juga telah memberi satu kemudahan kepada remaja belia Jempol untuk mengetahui perkembangan program Rakan Muda di Daerah ini khususnya .Malahan ia sangat gemar dilayari oleh peserta - peserta ARP yang luar dari Daerah Jempol bagi mendapatkan informasi - informasi Skim Rakan Muda dan ARP yang berguna kepada mereka. Pada tahun 2008 ini juga, kami sudahpun merangka beberapa program menarik pada peserta ARP Jempol dan ANDAl. So apa lagi. Jangan tak join kami. Selalu2 lah Klik pada Web ARP ini. Pada semua Peminat Blog ini. Terima kasih atas sokongan anda. Andalah telah membuatkan Ranking WEB ini Famous di Yahoo dan Google. Untuk maklumat anda pada tahun 2008 ini , moderator blog telah mengubah beberapa format untuk semua rangkaian WEB ARP . Terima Kasih Untuk Anda Atas Sokongan pada kami. Selamat Tahun Baru 2008.Sunday, December 30, 2007
Klinik Memanjat Tembok Tiruan Arp
Saturday, December 29, 2007
Salam Takziah Kpd Pengarah Belia & Sukan NS
* Kejadian ini juga telah mengingatkan bangmir peristiwa 6 tahun lepas, di mana setiap hari, rakan sekerja bangmir iaitu Akak Mai selalu membawa anak buahnya ke tempat kerja. Wajah budak lelaki yang berumur 12 tahun tu memang berseri2 kalau dipandang.Bangmir pun tak tau kenapa.Setiap kali bangmir hendak solat, mesti Kak Mai akan menyuruh anak buahnya itu berjemaah dengan bangmir bersama2.Anak buahnya itu memang suka bersolat dengan bangmir setiap kali tibanya waktu sembahyang. Tapi bangmir masa tu hairan setiap kali beliau rukuk' dan sujud mesti ada kedengaran sesuatu bunyi yang pelik. So bangmir pun tanya pada beliau Kenapa tulang Arif ada bunyi2?. Dengan wajah seri dan senyumnya itu , beliau mengatakan dia ada penyakit. Tapi diapun tak tau. Beliau juga selalu bertanya pada bangmir , apakah yang kita dapat kalau kita selalu bersolat. Tapi yang paling bangmir ingat sekali dia mengatakan sekiranya Arif mati nanti , Arif kalau boleh nak dalam kubur sejuk. So bangmir pun bertanyakan kepada Kak Mai kenapakah tulang Arif ada berbunyi2 setiap kali rukuk masa bersembahyang. Kak Mai dengan nada perlahannya memberitahu bahawa Arif tidak lama hidup kerana beliau mengidap Leukimia. Arif pun tidak tahu perkara itu. Tersedu bangmir mendengarnya. Rasa mcam nak rebah. Kenapalah budak yang sebaik macam ini, tuhan sangat sayang padanya. Namun sekarang , Arif yang 6 tahun lepas sudah tiada lagi untuk selama - lamanya. Maafkan bangmir Arif kerana bangmir tidak dapat melawat Arif di saat Arif dalam keadaan Nazak pada penghujung Februari 2001. Semoga Arif dan Syafik di tempatkan bersama2 orang yang beriman.
Monday, December 24, 2007
Jom Kenali Team Dekbet
Sunday, December 16, 2007
Kem Gaya Hidup Rakan Muda
Perhatian kepada Penerima Gangsa / Perak 2007 :
Satu perjumpaan kepada semua Penerima Gangsa/ Perak ARP 2007 akan diadakan pada hari Isnin, 17hb Dis 2007 jam 10.30 pagi di Kompleks Rakan Muda Jempol. Sila info pada semua penerima Gangsa/ Perak. Oh ya, hari ini juga Ahad 16 Dis 2007 peserta ARP Jempol satu bas buat Khidmat Masyarakat kat Kampung Tengkek. Kerja baik2 okey. Sori bangmir tak dapat serta sebab ado program lain.
Sunday, December 09, 2007
Tahniah ! U Are The Best
Berikut adalah senarai nama peserta yang menerima Anugerah Rakan Muda Malaysia.
Penerima Pingat Perak Anugerah Rakan Muda
1. Mohd Naim B Zahari - SMKASM
2. Muhammad Izzat Abu Zaharian - SMKBBS
Penerima Pingat Gangsa Anugerah Rakan Muda
Sek. Men. Keb. Bandar Baru Serting
1. Putra Mohd Zakir
2. Dzul Fahmi Ahmad
3. Zul Kamal Md Azahri
4. Mohd Saffrizain
5. Amirol Zaiery Nazari
6. Nas Mustaqim Walad
7. Farah Wahida Bt Hasbullah
8. Mohd Zulfadzli B. Mohd Nordin
9. Shairazi Aslam
10. Nurizzati Hassan
11. Nurnabilah Miskam
12. Puteri Aishah
13. Nurhafizah
14. Mohd Shah Rizal B. Md Zamri
15. Muhammad Izzahier
16. Nooraida Farain
17. Irma Suzana
18. Siti Fairus Md Ali
19. Nor Adha Fatihah
20. Nurul Aiman
21. Siti Nor Fatehah Kamarul Baharin
22. Nor Asnawi Anas
23. Norsidah Mohd Amin
24. Norazlina Mohamad
Sek. Men. Kebangsaan Lui Barat
25. Norashikin Bt Zulkifli
26. Norsuhana Bt Buyong
27. Nurhidayu Bt Sulaiman
28. Siti Fatimah
29. Siti Salwa
30. Lily Hamizan
31. Suzana Johari
32. Norazura Ismail
34. Norliza Abbas
Sek. Men. Kebangsaan Bandar Baru Seri Jempol
35. Noorizan Bt Zulkepli
36. Firdaus Shhariman
Sek. Men. Kebangsaan Batu Kikir
37. Muhammad Zulhusni
Sek. Men . Teknik Juaseh
38. Mohamad Iqbal Asyraf B. Tajudin
Saya bagi pihak Pusat Operasi Anugerah Rakan Muda Jempol dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jempol NS mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada pengetua dan guru - guru yang terbabit dalam menjayakan program ini terutama Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting, Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat , Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jempol , Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir dan Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Juasseh. Tak lupa juga juga kepada Mr Ong( wakil Bahau ) yang dapat melahirkan ramai pemegang Gangsa.Tahniah .
Saturday, December 08, 2007
Majlis Penganugerahan Anugerah Rakan Muda 2007
Tuesday, December 04, 2007
Senarai Peserta Ke Rompin Pahang
Program Y2Y Rakan Muda Dun Jempol
Pada 25hb - 27hb Nov 2007 selang sehari kami buat xplorace maka berlangsung pula Program Y2Y Dun Jempol yang di sertai seramai 126 orang. Program ini masih di buat di tempat yang sama tetapi pihak PBSD Jempol telah menyewa 2 tempat berasingan iaitu bagi dewasa 20 tahun keatas, peserta di tempatkan di Kemunting Beach Resort dan Peserta bawah 20 tahun mereka akan menginap di D' Nelayan Beach Resort Pengkalan Balak. Banyak slot di kendalikan oleh konsultan yang telah dilantik oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan ( lupa pula bangmir apa nama konsultan tu ). Mereka adalah pakar2 kaunseling. Apapun pada Paklong ( juruhebah Radio NS - Suara Felda ) dan Cikgu Azmanmewakili facy Pejabat Belia dan Sukan Jempol u all pun hebat juga sampai te
rbahak2 budak di buatnya.Apapun tahniah kepada peserta kerana menunjukkan minat pada kursus tersebut. So kalau ada program jangan lupa join . Selalu2 lawati web ini untuk mengetahui program2 terkini okey. Oh ya bagi buat masa ini bangmir tak dapat menyediakan laporan Y2Y Dun Palimen yang diadakan pada 17hb- 21hb Nov 2007 di tempat yang sama kerana kebanyakkan gambar tidak dapat di muatkan ke blog bangmir kerana teknikal.Mungkin u all boleh baca laporan di Web Bdk2 Arp , itupun kalau mereka ada kesempatan untuk tulis. Harap Maaf. Lagi pun minggu ini , bangmir dan Team Dekbet akan ke Langkawi bermula hari ini hinggalah 8hb Dis 2007 sempena Program Lawatan Belia. So kebetulan pula LIMA DE LANGKAWI berlangsung masa tu. So kami akan berehat seketika dengan laporan2 Rakan Muda Jempol. Jumpa Lagi...Chau.... Xplorace Cabaran Rakan Muda Jempol
Tahniah kepada pemenang Xplorace Cabaran GayaHidup Rakan Muda pada 24hb Nov 2007 tempoh hari. Ganjaran RM500 tempat pertama rasanya berbaloi setelah berhempas pulas mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan untuk menghabiskan 7 cabaran Gaya Hidup Rakan Muda yang telah disusun oleh jawatankuasa xplorace Pejabat Belia dan Sukan Jempol. Setiap checkpoint telah disediakan ujian dan penalti. Mula2 u all kena
susun paper, then kena panjat tembok tiruan , berlari macam orang tak betul untuk pergi ke petunjuk 7-11 sambil mengangkut sampah2 mengikut 3 komponen alam sekitar, then bersukan, terpaksa pulak bersilat dekat supermarket sememangnya pagi itu orang ramai, di ikuti menari zapin dengan berpakaian perempuan di pasar - sure malu giler kat situ sebab makcik2 ramai beli sayur. Bukan setakat itu sahaja u all kena masak burger dah habiskan serentak, then berlari lagi ke Kebun Buah Naga untuk buat khidmat masyarakat dan akhir sekali terpaksa pungah taik kambing manakala separuh ahli pula terpaksa perah susu kambing....he..he..he.. Sebenarnya kalau nak diikut perancangan awal, bangmir nak buat lagi teruk daripada itu tapi disebabkan peserta terlalu ramai hampir 100 orang, maka dengan nasihat Pegawai Belia Dan Sukan Jempol En. Mohamad Rosdi maka bangmir dan abang aidil memendekkan perjalanan dan ujian tersebut. Terima kasih kepada semua urusetia Dekbet iaitu atan, intan, edie, piloi, naim, izat, Fahmi B, Kakngah, Moja, CT, Bangman, dan Kak Ani. Tak lupa juga pada rakan2 lain iaitu Makcik Normah ,Penari Profesional kami iaitu Aslam ARP dan kawannya itu dan Jurulatih2 Silat Undangan kami. Oh ya kepada Pakcik Anoi dan team ...Tima kasih banyak2 kerana benarkan kami menggunakan Kambing dan Kebun Naga. Akhir sekali pada Penyelaras Cabaran Rakan Muda Jempol iaitu Penggerak Rakan Muda PBSD Jempol, Kak Rosma terima kasih banyak2 kerana benarkan bdk2 ARP bangmir join. Tahniah diucapkan pada pemenang kerana bersusah payah namun lega kerana menang . Hadiah tempat pertama ialah RM500, Kedua RM300 dan Ketiga RM200. Setiap pemenang juga akan menerima Pingat dan T-Shirt.( Pada Geng Naga Berasap - Tahniah sebab u all berjaya mengalihkan Sotong2 Busuk ke bekas2 yang disediakan menggunakan mulut disebabkan u all kena penalti )
Sunday, December 02, 2007
Kursus Asas Kesukarelaan Jempol 2007
program2 anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jempol. Tapi bangmir dah info kat diaorang agar menghubungi Pejabat Belia Dan Sukan daerah masing2 kerana kebanyakan program adalah sama. Tapi kalau ada pejabat2 belia dan sukan daerah lain yang nak info program2 mereka di web ini, bangmir sangat mengalu - alukan. Oklah hari ini maka berakhirnya program Kursus Asas Kesukarelaan di Kompleks Rakan Muda Jempol yang bermula 28hb Nov - 2 Dis 2007. U all nak tau pada mulanya program ini terbuka kepada 120 peserta saja tapi tah macam mana pada masa hari pendaftaran hampir 200 orang datang nak sertai program tersebut. Apa lagi peninglah Pegawai Belia dan Sukan di buatnya. bangmir masih ingat lagi Makcik Normah menjerit masa tengok berduyun2 remaja sekitar Jempol datang walhal masa pendaftaran dah tutup. Itu pun kami dah reject ramai peserta . Sampai ada parent yang bengang ngan bangmir sebab tak benarkan anak mereka join program tersebut ( Sori yer makcik ) . Namun, atas keperihatian En. Mohamad Rosdi Pegawai Belia Dan Sukan
Jempol yang tidak mahu menghampakan peserta yang berlebih2 tu maka beliau pun telah beri lampu hijau kat kami agar terima sahaja peserta2 tersebut walaupun semua peralatan dah habis di beri pada 120 peserta terawal. Bukan apa, kesian tengok diaorang datang dari jauh bawak beg besar2, dengan penuh bersemangat , kalau kita reject sian la pulak. Apapun syabas pada semua urusetia dan facy terlibat kerana berjaya menguruskan perjalanan program tersebut. Pada peserta Kursus Asas Kesukarelaan Jempol, Sorilah bangmir tak dapat join sepenuhnya di sebabkan bangmir ada tugasan di luar NS. Apapun insyallah kalau takda arah melintang bangmir akan join Program Kem Gaya Hidup Rakan Muda di Tanjung Penyamun Peyabong Rompin Pahang pada 12-15hb Dis 07 ini okey. So jom kita gegarkan pula suasana di situ ya. Dengar khabar ramai Team Dekbet ikut serta. Lagipun ini Projek Bang Hanip. Jumpa Di sana yerrrrrrrrrrrrr............
( Bangmir terima banyak sms yang memberi komen tentang program Kursus Asas Kesukarelaan ni. Terima kasih di atas pandangan dan komen yang diberikan itu. Pada Apeng bekas peserta PJKN : Cikgu! katakan itu tidak benar!!!! terima kasih kerana join kami lagi)
Monday, November 12, 2007
Program Rakan Muda Jempol 2007

Nak tau program - program Rakan Muda Jempol sila scroll ke bawah sikit jer atau klik kat kain rentang atas tu. Rugi sapa tak Join kami.....
Tuesday, November 06, 2007
Kad Keahlian Rakan Muda


Thursday, November 01, 2007
Minyak Wangi Egyptian Potion
Program Terkini Rakan Muda
Program Y2Y. Program menarik untuk disertai oleh remaja berumur 15 - 18 tahun. Akan di adakan di Resort PNK Pantai Kelebang Melaka. PERCUMA. Sesiapa yang berminat sila hubungi kami cepat. Boleh ajak kawan2 lain. Budak2 ARP diwajibkan pergi.....
(3) 24hb Nov 2007
Xplorace Rakan Muda Jempol ( Tarikh Baru)
(4) 25hb - 27hb Nov 2007
Program Y2Y DUN Jempol. Program menarik untuk disertai oleh remaja berumur 18 -25 tahun. Akan di adakan di Resort PNK Pantai Kelebang Melaka. 2 hari 1 malam di Resort manakala selebihnya Camping Beb. Best Giler. PERCUMA. Sesiapa yang berminat sila hubungi kami cepat. Banyak xtvt menarik diselitkan dalam program ini. Kami memerlukan seramai 160 orang. Jom ikut !. Ambik borang cepat
Kursus Kesukarelawan Rakan Muda Jempol 2007
Tarikh 28hb Nov - 2hb Dis 2007. Terbuka kepada berumur 18 - 25 tahun. Penyertaan dialu - alikan kepada sesiapa yang berminat. Percuma. Banyak aktiviti bersangkutan RESCUE dan pertolongan cemas seperti renang,perubatan,keselamatan,rentas tali, searching dan xtvt2 lasakdan mencabar. Tempat Kompleks Rakan Muda Jempol NS dan sekitar Jempol. Dapatkan borang penyertaan sekarang. kami perlukan 120 orang. Ajaklah kawan2 okey.
(6) Pada 4hb - 8hb Disember 2007
Macam biasalah setiap tahun, kami akan bawa sukarelawaan2 Jempol pergi ke berjalan2 sebagai satu bonus. Tahun lepas bangmir bawak pergi ke Gunung Belumut Kluang Johor tapi kali ini kita ke LANGKAWI. Program ini adalah satu bonus bagi sukarelawan2 Rakan Muda Jempol yang selama ini tak penat2 memberi khidmat secara percuma bagi menjayakan program2 Rakan Muda Jempol secara. Oleh itu sebagai bonus, Pejabat Belia dan Sukan Jempol akan membawa anda ke Langkawi. Di fahamkan juga budak2 Perak pun akan dipelawa join sekali....
(7)Kem Gaya Hidup Rakan Muda
Terbuka kepada Geng2 ARPRM yang dapat Gangsa dan Perak. Ini macam satu bonuslah juga pada u all kerana dapat menyiapkan komponen2 Anugerah Remaja Perdana.Pelbagai xtvt lasak diselitkan dalam program ini. Diadakan pada 12hb - 15hb Disember 2007. Keutamaan diberikan kepada budak2 ARP Jempol khususnya. Program akan diadakan di Penyabung Endau Rompin . Penyertaan adalah PERCUMA...
(8) Kursus Panjat Tembok Tiruan Siri 1
Diadakan pada 15 - 16hb Disember 2007 .Terbuka kepada mereka berumur 15 - 25 Tahun. Memperkenalkan asas pendakian. Program ini akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Jempol. Percuma !. Ajaklah kawan2 K.
(9) Klinik Panjat Tembok Tiruan Siri 2
Program ini adalah program kesinambungan dari siri 1. Ia akan diadakan pada 22hb - 23hb Dis 2007.Sesiapa yang berminat boleh call kami okey. FREE.
(10) Program AutoShow
Diadakan pada 31hb Dis 2007.
So kesimpulanya bulan November dan Disember takdalah perjumpaan ARP okey. Ini kerana dua bulan tersebut telah di penuhi dengan pelbagai program untuk anda ARP Jempol dan Remaja Jempol khususnya. Untuk maklumat anda program2 ini bukan di khaskan sahaja kepada peserta ARP Jempol malahan ia terbuka kepada sesiapa yang berminat.Bagi anda di luar sana yang bukan ARP sekiranya berminat sila hubungi Pejabat Belia dan Sukan Jempol 06 - 4581 399, Akak Rosma 06 4585 000 atau abangmir sendiri 0123694057.
Friday, October 26, 2007
Dekbet TeAm RaYoR SaKaN
Tuesday, September 25, 2007
HANTAR UCAPAN HARI RAYA
Bagi sesiapa yang nak menghantar Ucapan Selamat Hari Raya secara EXSKLUSIF ke dalam web ini. Sila hantarkan ucapan tersebut kepada alamat email saya iaitu kembara_dca@yahoo.com . Setiap ucapan akan di siarkan di laman web ini. Kalau nak hantarkan kad siap ngan gambar anda sekali pun lagi baik.Nanti saya downloadkan ke sini. Kalau pandai reka kad2 raya lagi cantik. Ucapan tu janganlah terlampau panjang ok. Informlah kat kawan2 lain yer. Satu lagi nak mudah , anda cuma pilih jer kad - kad yang terdapat dalam web kawan2 kita ini dan hantarkan ke email saya kembara_dca@yahoo.com . Antara web2 yang menyediakan Kad Raya Elektronik ada saya sediakan dibawah. Anda cuma klik dan pilih jer.
Antara Kad - Kad Elektronik Hari Raya :
1. Jom Hantar Kad @ 2. Meh Send Kat Yop @ 3. Hantarlah Kad Dik @ 4. Kad Gayor Sapo?
* Di laman web ini bangmir selitkan 11 buah lagu2 hari raya ...Selamat Mendengar )
