( Amboi si Fadli ngan si Aslam tu macam Saintis la pulak )
( Nak tengok gambar xtvt ini lagi. Sila klik pada "Gambar dan News Terkini ARP ok. )
Berhulucamp Jempol NS adalah Pusat Latihan & Rekreasi. Terciptanya kem ini adalah dari cetusan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Bermulanya terlibat dengan kerja - kerja sukarelawan Rakan Muda semenjak 1994 lagi bersama Pejabat Belia dan Sukan Jempol. Dari situlah pengalaman kami kutip. Sekarang Rakan Muda dah tiada lagi tetapi semangat Sukarelawan Rakan Muda itu masih tebal dalam jiwa ini. Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kerana mendidik kami sehingga hari ini.


|
|
Klik ke Permohonan Kemasukan IPTA 2008
https://online2.mohe.gov.my/spm/
Permohonan Maktab Perguruan 2008
Klik Di Sini Ok
Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM / Setaraf Sesi Akademik 2008/2009
https://online2.mohe.gov.my/stpm/
Permohonan online ke ipta / politeknik / uitm / maktab perguruan
http://www.freewebs.com/cikgulah/index.htm
Permohonan online ke pusat pengajian tinggi 2008
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/index.php?lang=
Permohonan online kemasukan ikbn 2008 ( institut kemahiran belia negara)
http://interaktif.kbs.gov.my/ikbnweb/public/index.php?mid=1
Permohonan online Uitm
http://www.uitmonline.edu.my/

Bangmir difahamkan pada 4hb Februari 2008 hari Isnin ini, YB Dato' Sri Azalina Dato Othman Said iaitu Menteri Belia dan Sukan Malaysia akan melawat Kuala Pilah untuk program belia Daerah serta Majlis Pertauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat NS. Di Jempol pula kami telah menghantar 2 orang wakil penerima Pingat Gangsa iaitu saudara Amar dan Saudari Fatehah kerana semasa majlis pertauliahan di Seremban tempoh hari, nama mereka tidak tersenarai walaupun sudah menyiapkan semua komponen. Namun ada hikmahnya kerana pertauliahan kali ini di Kuala Pilah amat berbeza sekali kerana mereka berdua beruntung disebabkan Menteri Belia dan Sukan Malaysia sendiri yang akan menyerahkan pingat itu kepada mereka. So bangmir dan warga Team ARP Jempol mengucapkan tahniah kepada Amar dan Fatehah begitu juga kepada peserta ARP dari daerah lain di NS yang akan menerima Pingat ARP pada hari Isnin ini.Oleh itu bagi remaja dan belia yang berhampiran Kuala Pilah, Jom kita ramai - ramai datang ke Kompleks Rakan Muda Daerah Kuala Pilah untuk memeriahkan majlis tersebut. Ajaklah kawan - kawan ya. 
Kalau dibandingkan dengan kedua - dua gambar ini , rasanya macam sama kot. Tapi realitinya mereka ini memang seorang pengiat sukarelawan yang aktif. Bagi bangmir, rupanya seakan sama kalau si aidil tu ada rambut. Puas pulak bangmir mencari gambar - gambar lama aidil yang ada rambut. So bangmir ambiklah gambar yang abang aidil pakai topi. Kalau nak tau sapa yang pakai baju biru tu lawatilah laman webnya di http://muhamadazmi.multiply.com/
Assalammualaikum,
uka kepada peserta ARP yang lama sahaja. Bagi pelajar yang baru nak sertai , buat masa ini , kami belum lagi membuka sebarang permohonan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum. Sila hebahkan di Sekolah anda.
Assalammualaikum,Salam & A very GOOD Day.
Sekretariat Rakan Muda MMU Melaka will organizing the “KARNIVAL RAKAN MUDA 2008″.There would be lots of activities involving with sports,health,drawing competition, graffity competion, 3 on 3 Basketball competitions, recycle campaign and lots more exciting activities. With that we would like to invite those people who are interested to join us as a working COMMITTEEs.Feel free, VISIT & REGISTER WITH US. This is the details :-
Venue : Sekretariat Rakan Muda Room ( Plaza Siswa, Groundfloor )
Time : 9am - 5pm
Date : 17 & 18 December 2008
Any enquiries contact us :-
(1) Abdul Barri (0136286794)
(2) Arif (0123439219)
(3) Anis Adilla (0177266672 / anisadilla@rakanmuda-mmu.org )
Alhamdullilah, Syukur pada nikmat Allah kerana akhirnya dapat juga kita merasai Tahun 2008. Apapun bagi bangmir dan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jempol, merasakan tahun 2007 telah banyak meninggalkan kenangan manis kepada kami. Mana tidaknya ARP Jempol dapat melahirkan 80 orang Pingat Gangsa dan 2 Pingat Perak. Paling mengembirakan kami ramai rakan di kalangan Team Dekbet sudah mula beransur2 menyertai KELAB LAIN seperti Abang Atan dengan Akak Intan malahan Kak Ros , Hanip Dekbet , Kak Z dan yang akhir sekali adalah Abang Musa yang sudah pun hampir menyertai kelab tersebut. Alhamdullilah. Masih ingat lagi kami pada bulan September tahun 2007, juga telah memberi harapan lega kepada kami mengenai desas desus Pegawai Belia dan Sukan Jempol iaitu En. Mohamad Rosdi yang akan bertukar ke station lain akhirnya ditangguhkan. Bagi kami itu sudah cukup mengembirakan pada warga ARP dan Team Dekbet kerana En. Rosdi memang seorang yang cukup mengambil berat tentang ARP ( Bukan Bodek Bos, tapi realiti ) malahan
beliau sentiasa bersama2 bekerja dengan barisan sukarelawan dalam penganjuran apa - apa jenis program pun. Kalau kami balik pukul 2 pagi , beliau pula akan balik lebih lewat dari kami. Alhamdullilah kerana En. Rosdi akhirnya tidak jadi pindah, kalau tidak banyak perancangan program tersangkut. Harapan kami , agar En. Rosdi dapat meneruskan visi - visinya untuk tahun 2008 bersama kami lagi.Rasanya pada tahun 2007 juga, budak - budak ARP Jempol naik muak menyertai program2 anjuran ARP atau Pejabat Belia dan Sukan Jempol ( PBSD ) yang melambak - lambak. Mana tidaknya, PBSD telah banyak memberi ruang untuk peserta ARP menyertai segala program pejabat. Lagipun Badan operasi ARP dan PBSD Jempol tidak putus2 menganjurkan pelbagai program untuk remaja dan peserta ARP ( anda boleh rujuk xtvt arp ). Kepada barisan sukarelawan Rakan Muda Jempol. Segala khidmat anda membantu menjayakan program2 , kem motivasi , perkhemahan dan xpdc secara FREE, jasamu itu amat kami hargai.Tidak ketinggalan juga kepada remaja - remaja Jempol yang s
entiasa melayari laman web interaktif ini bagi mendapatkan maklumat untuk menyertai program2 PBSD Jempol , penyertaan anda dengan kami , telah membantu kami mengurangkan masalah sosial di Daerah Jempol ini sekaligus anda telah menjadi DUTA PBSD Jempol dalam mewar - warkan program2 kami. Web ini juga telah memberi satu kemudahan kepada remaja belia Jempol untuk mengetahui perkembangan program Rakan Muda di Daerah ini khususnya .Malahan ia sangat gemar dilayari oleh peserta - peserta ARP yang luar dari Daerah Jempol bagi mendapatkan informasi - informasi Skim Rakan Muda dan ARP yang berguna kepada mereka. Pada tahun 2008 ini juga, kami sudahpun merangka beberapa program menarik pada peserta ARP Jempol dan ANDAl. So apa lagi. Jangan tak join kami. Selalu2 lah Klik pada Web ARP ini. Pada semua Peminat Blog ini. Terima kasih atas sokongan anda. Andalah telah membuatkan Ranking WEB ini Famous di Yahoo dan Google. Untuk maklumat anda pada tahun 2008 ini , moderator blog telah mengubah beberapa format untuk semua rangkaian WEB ARP . Terima Kasih Untuk Anda Atas Sokongan pada kami. Selamat Tahun Baru 2008.
Pada 25hb - 27hb Nov 2007 selang sehari kami buat xplorace maka berlangsung pula Program Y2Y Dun Jempol yang di sertai seramai 126 orang. Program ini masih di buat di tempat yang sama tetapi pihak PBSD Jempol telah menyewa 2 tempat berasingan iaitu bagi dewasa 20 tahun keatas, peserta di tempatkan di Kemunting Beach Resort dan Peserta bawah 20 tahun mereka akan menginap di D' Nelayan Beach Resort Pengkalan Balak. Banyak slot di kendalikan oleh konsultan yang telah dilantik oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan ( lupa pula bangmir apa nama konsultan tu ). Mereka adalah pakar2 kaunseling. Apapun pada Paklong ( juruhebah Radio NS - Suara Felda ) dan Cikgu Azmanmewakili facy Pejabat Belia dan Sukan Jempol u all pun hebat juga sampai te
rbahak2 budak di buatnya.Apapun tahniah kepada peserta kerana menunjukkan minat pada kursus tersebut. So kalau ada program jangan lupa join . Selalu2 lawati web ini untuk mengetahui program2 terkini okey. Oh ya bagi buat masa ini bangmir tak dapat menyediakan laporan Y2Y Dun Palimen yang diadakan pada 17hb- 21hb Nov 2007 di tempat yang sama kerana kebanyakkan gambar tidak dapat di muatkan ke blog bangmir kerana teknikal.Mungkin u all boleh baca laporan di Web Bdk2 Arp , itupun kalau mereka ada kesempatan untuk tulis. Harap Maaf. Lagi pun minggu ini , bangmir dan Team Dekbet akan ke Langkawi bermula hari ini hinggalah 8hb Dis 2007 sempena Program Lawatan Belia. So kebetulan pula LIMA DE LANGKAWI berlangsung masa tu. So kami akan berehat seketika dengan laporan2 Rakan Muda Jempol. Jumpa Lagi...Chau....
Tahniah kepada pemenang Xplorace Cabaran GayaHidup Rakan Muda pada 24hb Nov 2007 tempoh hari. Ganjaran RM500 tempat pertama rasanya berbaloi setelah berhempas pulas mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan untuk menghabiskan 7 cabaran Gaya Hidup Rakan Muda yang telah disusun oleh jawatankuasa xplorace Pejabat Belia dan Sukan Jempol. Setiap checkpoint telah disediakan ujian dan penalti. Mula2 u all kena
susun paper, then kena panjat tembok tiruan , berlari macam orang tak betul untuk pergi ke petunjuk 7-11 sambil mengangkut sampah2 mengikut 3 komponen alam sekitar, then bersukan, terpaksa pulak bersilat dekat supermarket sememangnya pagi itu orang ramai, di ikuti menari zapin dengan berpakaian perempuan di pasar - sure malu giler kat situ sebab makcik2 ramai beli sayur. Bukan setakat itu sahaja u all kena masak burger dah habiskan serentak, then berlari lagi ke Kebun Buah Naga untuk buat khidmat masyarakat dan akhir sekali terpaksa pungah taik kambing manakala separuh ahli pula terpaksa perah susu kambing....he..he..he.. Sebenarnya kalau nak diikut perancangan awal, bangmir nak buat lagi teruk daripada itu tapi disebabkan peserta terlalu ramai hampir 100 orang, maka dengan nasihat Pegawai Belia Dan Sukan Jempol En. Mohamad Rosdi maka bangmir dan abang aidil memendekkan perjalanan dan ujian tersebut. Terima kasih kepada semua urusetia Dekbet iaitu atan, intan, edie, piloi, naim, izat, Fahmi B, Kakngah, Moja, CT, Bangman, dan Kak Ani. Tak lupa juga pada rakan2 lain iaitu Makcik Normah ,Penari Profesional kami iaitu Aslam ARP dan kawannya itu dan Jurulatih2 Silat Undangan kami. Oh ya kepada Pakcik Anoi dan team ...Tima kasih banyak2 kerana benarkan kami menggunakan Kambing dan Kebun Naga. Akhir sekali pada Penyelaras Cabaran Rakan Muda Jempol iaitu Penggerak Rakan Muda PBSD Jempol, Kak Rosma terima kasih banyak2 kerana benarkan bdk2 ARP bangmir join. Tahniah diucapkan pada pemenang kerana bersusah payah namun lega kerana menang . Hadiah tempat pertama ialah RM500, Kedua RM300 dan Ketiga RM200. Setiap pemenang juga akan menerima Pingat dan T-Shirt.
program2 anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jempol. Tapi bangmir dah info kat diaorang agar menghubungi Pejabat Belia Dan Sukan daerah masing2 kerana kebanyakan program adalah sama. Tapi kalau ada pejabat2 belia dan sukan daerah lain yang nak info program2 mereka di web ini, bangmir sangat mengalu - alukan. Oklah hari ini maka berakhirnya program Kursus Asas Kesukarelaan di Kompleks Rakan Muda Jempol yang bermula 28hb Nov - 2 Dis 2007. U all nak tau pada mulanya program ini terbuka kepada 120 peserta saja tapi tah macam mana pada masa hari pendaftaran hampir 200 orang datang nak sertai program tersebut. Apa lagi peninglah Pegawai Belia dan Sukan di buatnya. bangmir masih ingat lagi Makcik Normah menjerit masa tengok berduyun2 remaja sekitar Jempol datang walhal masa pendaftaran dah tutup. Itu pun kami dah reject ramai peserta . Sampai ada parent yang bengang ngan bangmir sebab tak benarkan anak mereka join program tersebut ( Sori yer makcik ) . Namun, atas keperihatian En. Mohamad Rosdi Pegawai Belia Dan Sukan
Jempol yang tidak mahu menghampakan peserta yang berlebih2 tu maka beliau pun telah beri lampu hijau kat kami agar terima sahaja peserta2 tersebut walaupun semua peralatan dah habis di beri pada 120 peserta terawal. Bukan apa, kesian tengok diaorang datang dari jauh bawak beg besar2, dengan penuh bersemangat , kalau kita reject sian la pulak. Apapun syabas pada semua urusetia dan facy terlibat kerana berjaya menguruskan perjalanan program tersebut. Pada peserta Kursus Asas Kesukarelaan Jempol, Sorilah bangmir tak dapat join sepenuhnya di sebabkan bangmir ada tugasan di luar NS. Apapun insyallah kalau takda arah melintang bangmir akan join Program Kem Gaya Hidup Rakan Muda di Tanjung Penyamun Peyabong Rompin Pahang pada 12-15hb Dis 07 ini okey. So jom kita gegarkan pula suasana di situ ya. Dengar khabar ramai Team Dekbet ikut serta. Lagipun ini Projek Bang Hanip. Jumpa Di sana yerrrrrrrrrrrrr...........