Berhulucamp Jempol NS adalah Pusat Latihan & Rekreasi. Terciptanya kem ini adalah dari cetusan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Bermulanya terlibat dengan kerja - kerja sukarelawan Rakan Muda semenjak 1994 lagi bersama Pejabat Belia dan Sukan Jempol. Dari situlah pengalaman kami kutip. Sekarang Rakan Muda dah tiada lagi tetapi semangat Sukarelawan Rakan Muda itu masih tebal dalam jiwa ini. Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kerana mendidik kami sehingga hari ini.
Thursday, May 28, 2009
Budak Arp Join Y2y Melaka
Friday, May 08, 2009
Jom Ikut Kami

Nak tau Hebatnya Kem lambaian Danau kepunyaan Pak Let. Sila klik www.infokld.blogspot.com
Nak tahu program - program terkini Rakan Muda Jempol. Sila scroll ke bawah di dalam blog ni. Ada jadual Program yang boleh anda ikut serta.
Saturday, April 25, 2009
Peserta Jati Diri Bersemangat
Teringat kenangan Nur Bukit Unggul. Nanyilah lagu bawah ni, secara automatik, memori tersebut akan keluar dalam ingatan anda itu- ingatkan pesanan bangmir. So tutuplah dulu radio dibawah tu kalau nak dengar lagu ini. Nak Tengok Gambar klik kat laman web Persatuan Rekreasi Jempol atau klik kat sini " www.rakanmudajempol.blogspot.com " . Untuk maklumat anda. Gambar kem ini akan di tambah setiap hari. Oleh itu selalulah lawati blog tersebut.
LASKAR PELANGI
mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah,
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya
laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia
cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia
Monday, April 20, 2009
Program Rakan Muda Jempol
8hb - 10hb Mei 2009
Tempat : Resort Suria Terengganu Darul Iman
Peserta di perlukan 40 orang
Penyertaan 18 tahun - 25 tahun
Free jer
Berminat hubungi Kak CT 013 2232209
Minat nak Pergi ! Hubungi Cepat ok !
9hb Mei 2009 ( Sabtu )
Jam 8 pagi di Kompleks Rakan Muda Jempol
Sapa - sapa boleh hantar pasukan.
Jom kita Xplorace Ok. Nak join Cepat hubungi Shahrizal 019 3715260
( Satu lagi Projek Budak - budak ARP Jempol - Cayalah)
.
Program Kem Komuniti Y2Y!
29hb - 31hb Mei 2009
Kem Lambaian Danau Jasin
Terbuka kepada remaja 15- 25 tahun
Nak Join ?. Call bangmir cepat ok.
.
Kami dah tutup penyertaan!
Bertolak jam 10 pg hari jumaat. Solat di Seremban ok. Makan Sendiri2.
012 - 3694057
( kemaskini 23/4/09 )
Anjuran
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol
dengan kerjasama
Persatuan Rekreasi Jempol ( PRJL )
Tempat Nur Bukit Unggul Eco Resort Sepang Selangor
Terbuka kepada sesiapa sahaja berminat 17 - 25 tahun
Yuran RM3 sahaja !!!!! Bia betul
Tarikh tutup penyertaan 20hb April 2009 - Cepat!!!! - Cepat hubungi bangmir
Thursday, March 26, 2009
Penubuhan Rakan Muda Sekolah Di Jempol
- ( Ini adalah gambar Orang2 Kuat KBS yang memperjuangkan ARP di Malaysia antaranya Cik Mariam Tobias, Cik Ann, Cikgu Zul dan En. Lee )
Saturday, March 21, 2009
Jom Sertai Program Terkini Rakan Muda
Cool Text Maker
Asean Youth Program~ leadership camp
2-5 April 2009
kt Gopeng Perak,
sume ditaja,free of charge (trnsport,meals,fees)
dapat sijil,selection utk wakil M'sia
had umo: 19-23 taun
Program kepimpinan, secara perkhemahan.
tarikh: 2-5 April 2009 (khamis hingga ahad)
tempat: nomad dari Gopeng ke Cameron Highlands
semuanya ditanggung (makan/minum,pengangkutan,yuran)
Hubungi Hazman - 017 9158994 atau layari Blog Hazman ( Klik sini )
1. FUTSAL CHALLENGE RAKAN MUDA PERINGKAT PARLIMEN SILAM
PADA 28hb - 29hb MAC DI DEWAN MASYARAKAT, LAHAD DATU, SABAH.
Layari : www.krmsilam.blogspot.com atau klik di sini KRM SILAM
3. PROGRAM RAKAN MUDA JIRAN MUDA PERINGKAT BAHAGIAN TAWAU SABAH DI ADAKAN PADA 02hb - 07hb APRIL 2009 DI RANGGU VILLAGE HOLIDAY, TAWAU, SABAH - Free
RAKAN MUDA KUALA PILAH NS
1. Kursus Asas Belia Bepersatuan
Tarikh : 27-29 Mac 2009
Tempat : Janda Baik, Pahang
2. Kursus Asas Belia Belum Bepersatuan
Tarikh : 3-5 april 2009
Tempat : Ulu Bendul
Untuk menyertai dan mendapat maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Belia & Sukan K.Pilah 06-4811328 atau hubungi Muhamat Bin Idris 013-6466369. Terima Kasih.
PROGRAM RAKAN MUDA JEMPOL.
1. Bengkel Belia tidak berpersatuan
27-29 Mac 2009 : Budak2 Arp digalakkan join sama.
2. " Program Jom Shuffle " yang akan di adakan pada 11hb April. Program ini Special sikit sebab event ini dianjurkan sendiri oleh budak2 ARP Jempol . Cayalah u all. Kepada para shuffle yang ingin tunjukkan bakat anda di Kompleks Rakan Muda Jempol. Sila bawa CD. Pendaftaran di buka sekarang. JOM SHUFFLE....
3. " Perkhemahan Jatidiri Bangsa "

24-27 April 2009.
Tempat Kem Lambaian Danau Jasin Melaka.
Water comfiden,Kayak,Orientering,main compass, trekking.... maklum kata banyak xtvt lasak jer.Penyertaan di buka kepada sesiapa berminat berumur16 tahun keatas.
Free juga.... MESTI BEST.... Semua support!!!!!!!!! nak tau lanjut klik kat sini
www.rakanmudajempol.blogspot.com
RAKAN MUDA KUALA SELANGOR
( Klik pada Banner )
Tuesday, March 17, 2009
Jom Shuffle Jempol
Mini Xplorace. Siap beri taklimat lagi pada kami. Malahan meeting tersebut di pengerusikan sendiri oleh budak - budak ARP Perak. Hebat ! Hebat ! .... dia orang ini. Macam tak percaya la pulak diaorang berani. Semangat macam inilah yang kami nak. Selang seminggu tu pula Team Aslam pulak mencadangkan mengadakan EVENT Jom Shuffle... lagi havock...... Amboi - amboi kauorang nie dah mengalahkan sukarelawan - sukarelawan kami nie. So atas persetujuan, maka Bangmir, Kakngah dan Aidil ( Panel ARP JEMPOL ) serta Team Aslam telah bersetuju mengadakan meeting tersebut di Kompleks Rakan Muda Jempol. Macam tak percaya lagi. Meeting di pengerusikan sendiri oleh Budak - budak ARP Pingat Perak. Ngeri la pulak bangmir tengok budak - budak nie. Bersemangat giler dan berani menyuarakan pendapat. So Xplorace di tangguhkan dulu sebab Program Pejabat Belia dan Sukan Jempol terlalu banyak tetapi yang bertuahnya " JOM SHUFFLE ' di teruskan juga sebab time tu program boleh di selitkan. Setelah perbincangan hampir 2 jam maka Event tersebut di tetapkan pada Hari Sabtu 11 April 2009 di Kompleks Rakan Muda Jempol. Untuk maklumat anda, Event ini bukanlah satu pertandingan tetapi ia sekadar mencari , menghimpunkan dan mempersembahan kehebatan team shuffle di Jempol ini. Kata Aslam lagi , ia juga dibuka kepada remaja yang berada di luar Jempol. Lagi pun program ini, bagi menguji kemampuan dan kebolehan kami dalam menganjurkan sebarang event, temasya , pertandingan dan sebagainya selaras dengan Komponen Kemahiran ARP yang di lakukan sekarang. Terima kasih kepada Badan Operasi ARP Kompleks Rakan Muda kerana memberi kepercayaan kepada kami. Penyertaan terbuka kepada remaja / pelajar berumur bawah 25 tahun. Sila dapatkan borang penyertaan melalui blog ( KLIK SINI ) www.rakanmudajempol.blogspot.com . ANDA BERANI ?... Jom Shuffle. Hubungi mereka seperti iklan di atas ok. FREE jer.... Sila bawa lagu masing - masing.......Kepada BLOGGER - BLOGGER yang selalu lawati blog ini, Harap dapat war - warkan Program Shuffle mereka ini ok. Kami memerlukan promosi iklan dari blog - blog anda. Video di bawah nie kami ambil dari Team CINTABBOY. Hebat diaorang nie. Cayalah bang. Nak tengok blog diaorang klik kat sini CINTABBOY

Permohonan Online Ikbn , Perguruan , UPU dan IPTA
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan akan membuat pengambilan pelajar baru untuk Sesi 2/2009 Kemasukan Julai 2009.
Permohonan secara online ini terbuka kepada semua belia Warganegara Malaysia yang berumur 18-30 tahun bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat sijil (SKM) TAHAP 1 hingga 3, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM 5), JKKP dan Suruhanjaya Tenaga di Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan MALAYSIA dalam bidang-bidang berikut:
- Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
- Teknologi Kejuruteraan Automotif
- Teknologi Kejuruteraan Awam
- Teknologi Kejuruteraan Elektrik
- Teknologi Kejuruteraan Elektronik
- Teknologi Perkhidmatan Personal
- Teknologi Tekstil dan Apparel
- Teknologi Kejuruteraan Marin
- Teknologi Makanan
- Teknologi Fotografi
- Teknologi Maklumat
Syarat Utama Permohonan
- Umur 18 - 30 tahun
- Tamat Tingkatan 5
- Sihat & belum berkahwin
Kemudahan Yang Disediakan
- Tiket penerbangan bagi pelajar dari dan ke Sabah dan Sarawak.
- Elaun bulanan RM100 - RM300 sepanjang tempoh pembelajaran.
- Penginapan, makan minum dan pakaian disediakan.
Tarikh Tutup Permohonan : 19 April 2009 (Ahad)
Kepada yang berminat, sila layari laman web Kementerian Belia dan Sukan di alamat http://www.kbs.gov.my
Untuk mengetahui permohonan untuk kemasukan Online ke UPU dan IPTA serta Permohonan perguruan sila klik pada www.rakanmudajempol.blogspot.com
Friday, March 13, 2009
Perjumpaan & Xtvt ARP Terkini
1. Trip ke Karnival Keusahawanan di Senawang pada hari Sabtu 21hb Mac 2009.
Kami perlukan seramai 3 bas. So budak2 ARP di wajibkan pergi dan ia juga terbuka kepada sesiapa sahaja remaja / pelajar yang minat untuk join sama. Sila hubungi kami secepat mungkin. FREE jer.... Kami nak bawak u all jalan2. Bas bertolak dari Kompleks jam 11pagi. Pakai baju merah ok. Bia ramai perasaan kita.
2. Bengkel Belia tidak berpesatuan - 27-29 Mac 2009 : Budak2 Arp digalakkan join sama - Free jer. Bengkel ini juga terbuka kepada belia dan beliawanis Jempol. Call kami kalau nak join.
3. " Program Jom Shuffle " yang akan di adakan pada 11hb April. Program ini Special sikit sebab event ini dianjurkan sendiri oleh budak2 ARP Jempol . Cayalah u all. Kepada para shuffle yang ingin tunjukkan bakat anda di Kompleks Rakan Muda Jempol. Sila bawa CD. Pendaftaran di buka sekarang. JOM SHUFFLE....
4. " Perkhemahan Jatidiri Bangsa yang mungkin diadakan pada hujung April di Gunung Datok atau di Kem Lambaian Danau Jasin Melaka. Penyertaan di buka kepada sesiapa berminat juga. Free juga.... MESTI BEST....
5. Xplorace anjuran Geng - Geng ARP Jempol. Hebat betul bdk2 ARP Jempol. Suka buat EVENT. Mungkin pertengahan April. Ia adalah satu pertandingan. Terbuka kepada sesiapa yang berminat
Wednesday, March 04, 2009
" I Can Feel It "
Apapun hari ini , kami banyak berkongsi ilmu dan pengalaman di mana slot - slot yang di persembahankan amat berguna kepada peserta. Terima kasih juga tak terhingga kepada Cik Marian, Puan Anfatny Ann Rutel dan barisan urusetia yang melayan kami dengan begitu baik sekali. Keakraban antara peserta antara negeri amat di puji. Masing - masing boleh berkongsi maklumat dan pengalaman dalam memperjuangkan ARP ke peringkat yang lebih tinggi lagi.... Oklah.... nampaknya masa tidak mengizinkan kami kerana esok setiap peserta akan mempersembahankan tugasan " Practice Session " . So banyak tugasan perlu di siapkan. Kita jumpa esok. Bye...
Thursday, February 26, 2009
Bengkel 'Training The Trainers' ARPRM
* Bagi badan - badan operasi yang banyak menghantar komen dan cadangan kepada kami sebelum ini melalui email , Jangan risau akan kami sampaikan masalah anda itu. Memang saya dah banyak terima cadangan dan komen anda. Terima kasih atas sokongan anda semua.
" Kami adalah Blog ARP Pertama di Malaysia yang sentiasa AKTIF melaporkan berita dan maklumat terkini ARPRM sejak 2006. "
" Klik di bawah untuk hantar sebarang Komen , Cadangan dan sebagainya. Jangan lupa bagi tahu ARRPM mana yer.
Sunday, February 22, 2009
Perkhemahan Jati Diri Remaja
Wednesday, February 18, 2009
Larian Kemanusian Palestin Jempol 2009
Wednesday, February 11, 2009
Semakan Permohonan SMK Teknik 2009
Nampaknya la ni, ramai dah nak pindah sekolah gara - gara keputusan PMR tempoh hari. Hai sian nya sebab terpaksa pindah sekolah lain. Terpaksalah berpisah dengan kawan - kawan baik mahupun guru - guru yang disayangi. Ada yang mohon sekolah yang lebih baik macam MCKK atau MRSM dan sekolah2 gah pada result2 SPM nya. Pada mereka tahniah. Kami juga difahamkan ada beberapa budak ARP Jempol yang telah bertukar sekolah berdasarkan blog2 peribadi mereka.... Sedihnya.... Rindu pulak T kat diaorang nie sebab dikalangan peserta Arp Jempol memang dia orang ni sahabat karib pulak tu. Apapun jangan lupakan kami di Jempol ini yer. Manalah tahu dah dapat kawan2 baru kat tempat baru tu..
Opss bagi mereka yang ingin menyemak keputusan kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional Tahun 2009 sudah dibuka ( bermula 10/02/2009 sehingga 06/03/2009). Semua calon lepasan PMR 2008 yang memohon boleh menyemak di laman web berikut.
Klik sini >> Aplikasi Semakan Online SM Teknik / Vokasional 2009
Maklumat ini, kami ambik dari blog salah seorang guru SMK Lui Barat yang bernama TUAN TULIS ( nama samaran kot ) - http://mivec.wordpress.com/m . Ada masa jenguklah cikgu nie. Bukan pegi rumahnya atau sekolah SMKLB tapi cuma KLIK jer blog cikgu tu..... he..he..he..mekasih cikgu
Opss Jangan lupa Lawat Laman Web Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat kerana ada Artikel mengenai ARP Jempol lah. Jangan Tak klik
Wednesday, February 04, 2009
Bestnya Xpdc Berkelah
www.customz-teenagerz.blogspot.com dan www.sekolahmenengahpalongduo.blogspot.com/
atau terbaru ialah www.streetstyloboyz.blogspot.com. JANGAN TAK KLIK K.
Bagi sesiapa nak tahu citer2 bangmir dan tulisan rakan - rakan dekbet lehlah klik kat sini www.prostarjempol.blogspot.com
* Bagi rakan - rakan yang telah dipaksa bawa kereta tu...PRJL mintak maaf banyak2 sebab tiba - tiba jer peserta melambak2 lak. Itupun kami dah gugurkan ramai peserta yang nak ikut last minute.Tak sangka pula penyertaan mendapat sambutan menggalakan walaupun bayaran RM50 di kenakan.
Sunday, January 18, 2009
Xpdc Berkelah Kecoh !
Semalam Sabtu, 17hb Jan 2009, keadaan agak Kecoh apabila Persatuan Rekreasi dan Badan Operasi ARPRM Jempol mengadakan perjumpaan peserta Xpdc Air Terjun Berkelah Maran Pahang di Kompleks Rakan Muda Jempol jam 10 pagi. Ini adalah gara - gara para trekker dan ahli persatuan yang lambat mendaftar diri untuk menyertai xpdc tersebut maka timbullah rasa tidak puas hati di kalangan mereka. Apa tidaknya, pada permulaannya sambutan agak lembab maklumlah dah lama iklan di war2kan tetapi macam biasalah di saat akhir walaupun program itu berbayar, namun sekarang remaja Jempol dah tahu keywordnya, kalau XPDC bunyinya sure program tersebut LAYAN GILER. Semalam sahaja kite dah terima hampir 72 orang mendaftarkan diri untuk sertai xpdc tersebut dan sebahagianya iaitu 62 orang daripada jumlah tersebut dah bayar deposit....ALAMAKKKKKKKKKKKK......... Bas MUAT cuma 4o orang jer. Hai pening kita orang.... Memang sah..budak - budak jempol memang dahagakan program - program lasak dan adventure ini. Maklumlah dah lama tak pergi mas
( Bangmir - Jangan lupa bawak Rendang Ayam Inun Coboi yer )
Nak tengok gambar - gambar air terjun berkelah sila klik disini
Thursday, January 08, 2009
Jom Xpdc Air Terjun Berkelah Maran
Jom ikut Xpdc Air Terjun Berkelah Maran Pahang pada 23hb - 26hb Januari 2009 ini anjuran Persatuan Rekreasi dengan Kerjasama Kelab Rakan Muda Daerah Jempol. Bagi sesiapa kaki xtvt lasak dan camping, apa tunggu lagi jom sertai kami. Yuran penyertaan adalah RM50 untuk ahli Persatuan Rekreasi Jempol
dan peserta ARP ( yang dah dapat Gangsa & Perak sahaja) dan bukan Ahli PRJL adalah RM60. Penyertaan terbuka pada mereka yang berminat tak kira di mana anda berada asalkan 14 tahun ke atas. Bayaran ini meliputi tambang Bas, Lori, Insurans, khemah,guide, ubatan dan lain2 lagi. Kalau nak di ikutkan yuran tersebut memang tak cukup sebab tambang bas sahaja dah mahal. Harap - harap adalah yang sudi membantu dana kami tu. Cadangan pergi mungkin hari Jumaat malam Sabtu jam 9 malam. Berkumpul di Kompleks Rakan Muda Jempol. Tapi kami lum wat keputusan lagi sebab meting hari itu cuma membincangkan Xpdc Belumut Siri 3. Tapi Xpdc tersebut di
batalkan di sebabkan Tiket Perjalanan Keretapi dah hampir habis. Maklumlah Raya Cina. So kami tak nak tanggung kesedihan peserta T. Mungkin lain kali kite pegi ok. Bayaran ini tidak termasuk makanan. Jadi makanan dan peralatan masak peserta kena bawa sendiri dari rumah lah. Cadangan elok u all buat team. Satu team 5 - 6 orang. Lantik ketua. Penyertaan akan ditutup pada 17/1/09. Satu taklimat khas akan diadakan pada semua peserta atau wakil ( ketua team ) pada hari sabtu 7/1/09 jam 10 pg di Kompleks Rakan Muda Jempol. Jemputlah datang. Borang penyertaan bolehlah di perolehi melalui laman web Persatuan Rekreasi Jempol iaitu di ( klik di sini ) www.rakanmudajempol.blogspot.com . Bayaran yuran atau deposit RM20 hendaklah di bayaran secepat mungkin agar nama anda disenaraikan segera dalam BAS. Tempat memang best. Anda mungkin teruja melihat keindahan air terjun yang cantik dan indah itu. Sebab itu kam ipilih Berkelah. Rasanya ada team Dekbet dah gi servey 2 kali kawasan tersebut. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi bangmir di 012 369 4057. Maklumat2 terkini xpdc akan di salurkan di laman rasmi PRJL di www.rakanmudajempol.blogspot.com . So selalu2 lah klik web itu ok. Apalagi JOM IKUT.....
Tuesday, January 06, 2009
Terima Kasih Akak Rosma
Bermula Disember 2008 lepas, Cik Rosmawati atau di kenali sebagai Akak Rosma di kalangan adik - adik ARP Jempol telah menamatkan tugasnya di Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jempol. Kami Badan Operasi ARPRM Jempol ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Kak Rosma kerana banyak membantu menyelaraskan segala program - program ARP dan Program2 Rakan Muda di Daerah Jempol ini. Jasa beliau sangat besar dalam mewarnai segala xtvt rakan muda di daerah ini. Beliau juga telah melahirkan ramai pemegang Gangsa dan Perak Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Bagi sesiapa yang mengenali Akak Rosma, memang kenal akan sifat murah senyuman nya itu, mudah di kenali dan sentiasa sedia membantu apabila di perlukan. Kami Team Dekbet juga sangat senang apabila bekerja dengan beliau. Semoga akak Rosma tidak melupai Rakan Muda Jempol ok lebih - lebih lagi budak - budak ARP. Bila senang, join2lah kami ya. Semoga Akak Rosma akan berjaya di tempat kerja yang baru. Terima Kasih Akak Rosma.( Bangmir - Kauorang tak pernah tgk Kak Rosma marah. Kalau dia marah lagi lebar senyumnya. Orang Baik katakan.... he..he..he.. - Jeram Serting Ulu......... )
Thursday, January 01, 2009
Terima Kasih Anda !
.
( Kepada budak2 ARP Jempol yang dapat keputusan Cemerlang PMR 2008 tempoh hari - Tahniah daripada bangmir dan Team Dekbet. Bangmir bangga dengan pencapaian anda . So sebagai hadiah terimalah lagu ini ok. Hayatilah senikatanya. " Seorang budak yang ingin berpindah ke sekolah baru tapi rasa serba salah " - alamak sedihnya..... Pada the Best tu..T bangmir belanja SATAY lak.... Kite jumpa kat BBS. Kapten Mirol dari akan contact u all. TAHNIAHHHHHHHHHH............
Zul Kamal & irma suzana pun dengar citer dapat result baguz juga.....
Kalau nak dengar lagu budak ini, Sila STOP dulu radio kat blog ini ok.
Wednesday, December 31, 2008
Blog ARP SMKSJ
Semalam just cari - cari web baru ARP kat Search Blogger, manalah tahu kalau ada yang terbaru.Tetiba terlihat satu blog ARP jiran kami iaitu Blog ARP Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jempol. WOW! Hebat....sapa penulis BLog ini. Berita di blog itu pula sangat padat dengan aktiviti - aktiviti ARP sekolah mereka. Tahniah pada guru - guru yang terlibat. Kami akan LINK kan blog ini. Semoga penulis sentiasa menyalurkan maklumat2 terkini ok. Nak tengok blog tersebut sila klik pada LOGO di atas atau klik di sini www.arpsmksj.blogspot.com





