( Yang kat atas tu gambar Kibal sedang membaiki khemah baru - baru ini di kompleks Rakan Muda Jempol. Beliau dah beransur sihat. Alhamdullilah )
Berhulucamp Jempol NS adalah Pusat Latihan & Rekreasi. Terciptanya kem ini adalah dari cetusan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Bermulanya terlibat dengan kerja - kerja sukarelawan Rakan Muda semenjak 1994 lagi bersama Pejabat Belia dan Sukan Jempol. Dari situlah pengalaman kami kutip. Sekarang Rakan Muda dah tiada lagi tetapi semangat Sukarelawan Rakan Muda itu masih tebal dalam jiwa ini. Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kerana mendidik kami sehingga hari ini.
Friday, June 06, 2008
SMKSJ Buka Cawangan ARPRM
( Yang kat atas tu gambar Kibal sedang membaiki khemah baru - baru ini di kompleks Rakan Muda Jempol. Beliau dah beransur sihat. Alhamdullilah )
Friday, May 23, 2008
Selamat Pengantin Baru Abang Hanip dan Akak Z
( Hanip sorilah ya...terpaksa masukkan cerita kau nie kat laman web sebab ramai yang tanya... Harap saham tak turunlah kot...he..he...he..)
* Nak tengok gambar - gambar dan cerita Kenduri Kawin Abang Hanip klik lah di laman web TEAM DEKBET di sini ya.
Thursday, May 15, 2008
Kad Rakan Muda untuk Jempol
Oh ya. Tujuan kami buat perjumpaan semalam adalah nak menerangkan tentang xpdc yang bakal dibuat pada hujung bulan ini selama 4 hari 3 malam ke Cameron Highland dan mendaki Gunung Brinchang sempena cuti sekolah. Rasanya ramai tak dapat pergi kerana MAHAL!.... katanya. Pening bangmir. Bukan apa...rasanya rugi betul kalau u all tak pergi trip ini. Program ini bersifat santai dan sempena cuti sekolah. Malahan jadual yang dibuat taklah macam kursus disebabkan program ini anda yang bayar. So tempat masih ada kosong. Kalau nak cepat info. Kalau nak di ikutkan Kos RM 70 yang kami tawarkan itu memang tak cukup. Kami dah kira budjet seorang hampir sampai RM98 tapi itupun kami ada gunakan dana - dana sikit yang kami ada untuk tampung xpdc tersebut. Oklah.... C u again kat Cameron ok. Rugi sapa tak ikut.
Tuesday, May 06, 2008
Program Arp Cuti Sekolah
Mengikut Abang Man ( Ketua Xpdc) , kita mungkin akan naik Gunung Brincang dan raund satu Cameron secara trekking( bolehlah curi strawberi ). Berkhemah di Tapak Perkhemahan Perhutanan Cameron. Dengar cerita budak PROSTAR Cameron pun akan join sekali. WAH
Happening lah sikit....Bayaran sure lah dikenakan. Ia meliputi Kos pengangkutan dari Bahau - Cameron highland, Sewa Tapak khemah, Guide, ansuran, Solid fuel, khemah, Sewa Van , Bayaran masuk dan macam - macam lagi. Kami anggarkan RM70.00 ( tak termasuk makanan ) dulu ya tapi taklah sampai RM100. Kami bukan buat bisness.So Adakah Anda Berminat?. Cepat dapatkan borang penyertaan. Kami cuma nak bawak 40 orang jer. Malas nak angkut ramai - ramai macam gi Belumut dulu atau pergi ke Gunung Ayam Kelantan. Siapa cepat bayar, dia dapat pergilah. Tarikh tutup penyertaan adalah 20hb Mei 2008. Nak tahu lebih lanjut tel bangman di 013 6050858 atau bangmir sendiri 012 3694057 atau email kepada bangmir di kembara_dca@yahoo.com . Rugi siapa tak ikut sebab ramai budak - budak gile Dekbet ikut sekali lagipun dengan bayaran RM70 kauorang leh lepak kat Cameron selama 3 hari. Mana nak dapat beb. ( Facy / Team Dekbet pun kena bayar ya ). Lawatilah laman web KELAB PROSTAR JEMPOL ( klik di sini ) di www.kelabprostarjempol.blogspot.com
Pesanan :
HARAP JANGAN BAWAK BEG MACAM PARAMUGARI TU YA ! INGAT TU ....
Monday, May 05, 2008
Majlis Penyampaian ARPRM di SMKLB
( Amboi si Fadli ngan si Aslam tu macam Saintis la pulak )
( Nak tengok gambar xtvt ini lagi. Sila klik pada "Gambar dan News Terkini ARP ok. )
Saturday, May 03, 2008
Meh - Meh Tui Lui Ditunda
( Bersemangat budak ARP Lui nak buat program untuk kau orang tapi akhirnya kena tangguh lak )
Monday, April 28, 2008
Program Grafiti Rakan Muda Jempol


Friday, April 25, 2008
Hadi Accident Pulak!!
So apabila mendengar berita si Hadi tersebut, hari Rabu tu , bangmir pun bergegaslah balik ke kg selepas habis kerja. Petangnya itu bangmir pergi melawat Hadi di Hospital Besar Jempol bersama Aidil, Fami B dan abang Musa yang kebetulan mereka baru habis program bersama PBSM. Di Hospital juga terdapat Ariff SMKSJ dan beberapa budak ARP yang membuat lawatan. Hadi patah kaki kanan. Katanya hari khamis, beliau akan di hantar ke Kuala Pilah. Diharap Hadi akan cepat sembuh. Pada budak - budak ARP mahupun remaja di luar sana harap jaga diri baik - baik apabila berada di jalanan. Sayangilah nyawa anda ya....
Wednesday, April 16, 2008
Kibal beransur sihat
Saturday, April 12, 2008
Minat Adventure ! Anda Di Jemput DAtang ! !
Budak Lui Buat Program Baikkkk punyer....
Petang ini juga kami ada wat perjumpaan ARP untuk membentuk jawatankuasa 2008. Kali ini Kapten ARP ialah Amirol, Leftenan pula adalah PUTRA. Bendahari ialah Shikin. Izat telah bangmir keluarkan dari jawatan Kapten kerana dia telah di terima sebagai TEAM DEKBET. Apapun bagi jawatan - jawatan lain kami akan pilih pada perjumpaan ahad ini 20hb selepas program xtvt Nyamuk. Oleh itu bangmir menjemput semua peserta lama dan baru ARP untuk datang pada ahad ini ok. Sapa yang Belum daftar sebagai ahli, anda di jemput datang pada hari tersebut . Sebarang pertanyaan bolehlah SMS pada bangmir di 012 369 4057. Nak tahu program - program ARP dan Pejabat Belia dan Sukan Jempol si klik di sini www.anugerahrakanmuda.multiply.com
(Best betul sebab dapat jumpa budak - budak ARP hari ini . Semua dah godang - godang )
Tuesday, April 08, 2008
Kursus Rekreasi luar Tahap II 2008
Friday, April 04, 2008
Kibal Peserta ARP Jempol - Exsiden
Semalam khamis kebetulan bangmir OFF pulak,bangmir pun baliklah ke kg. Cadangnya bangmir dan rakan - rakan kibal dari kg nak melawat beliau di Hospital Kuala Pilah.Tiba- tiba nenek kibal info yang beliau sudahpun di hantar ke Seremban untuk rawatan susulan maka kami pun bercadang untuk melawat beliau pada hari ini jumaat lepas solat kerana nak menunggu rakan2 lain balik dari sekolah . Namun masih tidak kesempatan kerana makciknya memberitahu pada pukul 10 pagi tadi yang kibal akan menjalani beberapa pembedahan susulan bermula jam 2.30 ptg hinggalah jam 7 malam. So tak dapatlah juga kami melawatnya hari ini. Apapun bangmir sempat juga melawat Amar di rumahnya pagi tadi. Beliau nampaknya tidak mengalami kecederaan serius cuma luka - luka sedikit tetapi nampak macam masih lagi keadaan trauma kerana kejadian tempoh hari. Apapun bangmir mengharapkan agar Kibal akan terus cepat sembuh supaya dapat mengikuiti program - program bangmir ya. Harapan bangmir pada rakan - rakan lain agar kita sama - sama berdoa agar kibal cepat sembuh sedia kala..... dan bangmir mengharapkan anda dapatlah memberikan kata - kata semangat kepada beliau....sedih bangmir bila dengar suara dia di telepon apabila dia bercerita tentang nasib dirinya itu masa hadapan.
So SMS lah Kibal di 013 2597295. Beliau perlukan sedikit semangat dari anda semua. Tak rugi u all SMS sebaris dua kata - kata hikmah pada beliau. Ingatlah...Kibal memerlukan sokongan dari kawan2nya.Hanya kawan- kawanlah yang dapat menghiburkan kibal ketika ini di kala kibal terbaring di atas katil hospital.... Sure kibal tersenyum apabila menerima sebaris SMS dari anda. Pada anda yang ingin menghantarkan kata - kata pesanan pada kibal . Sila klik ' comment ' di bawah.
Wednesday, March 19, 2008
Selamat Menyambut Maulid Nabi
Ucapan Selamat Menyambut Maulidur Rasul dari Bangmir dan Team Dekbet Jempol.
Nak tahu siapa Team Dekbet?. Kliklah di sini TEAM DEKBET JEMPOL
Permohonan Jawatan Kadet Juruterbang.
Antara syarat -syaratnya ialah
Berumur 18 - 26 tahun , lulus SPM dan mendapat 6 kepujian termasuk bahasa malaysia dan minimun 4B dalam matematik , fizik dan Bahasa inggeris. Tawaran ini juga di buka bagi pemegang Diploma dan ijazah( syarat diploma dan ijazah pun ada ) .Sesiapa yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut sila emailkan kepada bangmir untuk bangmir hantarkan maklumat detail jawatan tersebut okey sebab syarat - syarat dia bangmir tak larat nak tulis kat sini.
Sunday, March 16, 2008
Borang Permohonan online IPTA & Maktab Perguruan 2008
|
|
Klik ke Permohonan Kemasukan IPTA 2008
https://online2.mohe.gov.my/spm/
Permohonan Maktab Perguruan 2008
Klik Di Sini Ok
Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM / Setaraf Sesi Akademik 2008/2009
https://online2.mohe.gov.my/stpm/
Permohonan online ke ipta / politeknik / uitm / maktab perguruan
http://www.freewebs.com/cikgulah/index.htm
Permohonan online ke pusat pengajian tinggi 2008
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/index.php?lang=
Permohonan online kemasukan ikbn 2008 ( institut kemahiran belia negara)
http://interaktif.kbs.gov.my/ikbnweb/public/index.php?mid=1
Permohonan online Uitm
http://www.uitmonline.edu.my/
Thursday, March 13, 2008
Sirkit Cabaran Mendaki Gunung Negeri Sembilan

Wow...ini ada berita hangat dan memang di tunggu oleh pengiat Rekreasi dan pencinta Gunung Ganang di Negeri Sembilan. Bangmir baru dimaklumkan oleh abang fami bahawa Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Penggalakkan Pelancongan Negeri Sembilan ( UPENS ) akan mengadakan satu xtvt mendaki 4 gunung terbaik di Negeri Sembilan. Program Sirkit Cabaran Gunung Negeri Sembilan ini akan mendaki Gunung Datok di Rembau, Gunung Tampin , Gunung Telapak Buruk Jelebu dan Gunung Angsi Kuala Pilah. So bagi yang berminat bab - bab daki gunung dan memang dahagakan program hardcore ini bolehlah melayari laman web rakan bangmir iaitu Abang Fami di www.gstarzarm.multiply.com/untuk mendapatkan borang.
Bagi bangmir, program ini memang best sebab dah lama betul Negeri Sembilan tak menganjurkan program - program berbentuk Rekreasi lebih - lebih lagi mendaki gunung yang sekali empat ini. Tahniah di ucapkan pada penganjur. So apalagi. Cepat dapatkan borang penyertaan sekarang ok. Jangan berlengah lagi. Cepat ajaklah kawan - kawan ok.
Sunday, March 02, 2008
Monday, February 25, 2008
Mana Perginya Program2 Arprm Jempol?
Friday, February 01, 2008
Lawatan Menteri Belia Dan Sukan ke Kuala Pilah
Bangmir difahamkan pada 4hb Februari 2008 hari Isnin ini, YB Dato' Sri Azalina Dato Othman Said iaitu Menteri Belia dan Sukan Malaysia akan melawat Kuala Pilah untuk program belia Daerah serta Majlis Pertauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat NS. Di Jempol pula kami telah menghantar 2 orang wakil penerima Pingat Gangsa iaitu saudara Amar dan Saudari Fatehah kerana semasa majlis pertauliahan di Seremban tempoh hari, nama mereka tidak tersenarai walaupun sudah menyiapkan semua komponen. Namun ada hikmahnya kerana pertauliahan kali ini di Kuala Pilah amat berbeza sekali kerana mereka berdua beruntung disebabkan Menteri Belia dan Sukan Malaysia sendiri yang akan menyerahkan pingat itu kepada mereka. So bangmir dan warga Team ARP Jempol mengucapkan tahniah kepada Amar dan Fatehah begitu juga kepada peserta ARP dari daerah lain di NS yang akan menerima Pingat ARP pada hari Isnin ini.Oleh itu bagi remaja dan belia yang berhampiran Kuala Pilah, Jom kita ramai - ramai datang ke Kompleks Rakan Muda Daerah Kuala Pilah untuk memeriahkan majlis tersebut. Ajaklah kawan - kawan ya. www.prostarjempol.blogspot.com
