Naik muak bangmir kau mengadap komputer seminggu ini. Ini semua gara2 VCD PJKN tu la. So sekarang dua - dua VCD ( VCD PJKN kat KRMJ & VCD Keluarga Angkat ) dah mula dijual. So harga RM8. Bukan apa sebahagian duit akan di sumbangkan ke dalam tabung ARP macam biasa. Bukan apa ura- ura mengatakan ARP akan wat Camping sebelum pelajar - pelajar sekolah exam. Tapi camping suka2 macam sebelum ni dah takdalah tapi kami nak wat Camping Exam la pulak. Lama tul Team Dekbet tak wat kem kecemerlangan pelajar . So Lokasi sudah di kenal pasti. Kami nak sponser cuma 30 orang jer budak2 ARP yang aktif. Perjumpaan untuk bulan depan ( Julai ) mungkin akan di tunda tapi tak comfirm lagi. Tunggu jerlah...sebab ramai Team Dekbet yang sibuk rasanya. Apapun latihan kompang macam biasa tetap ada. Untuk maklumat anda , Badan Operasi ARP Seremban akan wat kursus untuk peserta2nya di Kompleks Rakan Muda Jempol pada 6hb- 8hb Julai ini. Selamat datang ke Jempol di ucapkan..
Berhulucamp Jempol NS adalah Pusat Latihan & Rekreasi. Terciptanya kem ini adalah dari cetusan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Bermulanya terlibat dengan kerja - kerja sukarelawan Rakan Muda semenjak 1994 lagi bersama Pejabat Belia dan Sukan Jempol. Dari situlah pengalaman kami kutip. Sekarang Rakan Muda dah tiada lagi tetapi semangat Sukarelawan Rakan Muda itu masih tebal dalam jiwa ini. Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kerana mendidik kami sehingga hari ini.
Monday, June 25, 2007
Wednesday, June 20, 2007
CD PJKN JEMPOL 2007 DAH SIAP
Gambar ni di ambil masa kami gotong royong
di Kg Pachitan. Syok tengok gambar nie, Cuba u all
klik kat gambar nie. Leh tgk saiz besar2
.
Kali ni wat CD untuk PJKN memang merugikan. Kos semuanya untuk buat lebih kurang RM367.00. Kena beli hardisk baru, wayar penyambung baru, tape 4 keping, then kena baiki Laptop sebab format lari ...hai macam2 lagi. Itupun nasib baik IK Man beri pinjam VideoCam dia sebab Videocam bangmir dah rosak masa akhir PJKN kat Kg Pachitan sebab ramai sangat yang menangis masa hari tu. Malangnya sepatutnya hari rabu dah siap dan2 bila cuba nak edit dekat komputer rumah kat kg En. Virus pulak hentam bangmir punya software Pinnacle. So kena bawa balik ke KL dengan Video2 Cam Ik Man semula untuk copy balik. Sebab terlalu banyak sangat gambar dan video menarik so bangmir tak tau nak cut. Kalau cut nanti jadi tak best. Banyak betul memori indah bila tengok CD tu. Wat masa ini kami ada 3 CD. 2 CD untuk Video ( PJKN kat KRMJ dan PJKN kat Pachitan ) dan 1 lagi CD untuk gambar2 sahaja yang di ambil mengunakan Kamera Digital. Ada 700 image/gambar tu beb. Harga CD Video satu RM8 dan CD Gambar RM5. So kalau nak hari SELASA 25hb Jun 2007 ingat siap kot. Kalau nak calling2 bangmir yer. Separuh duit tu kami masukkan macam biasa ke Tabung ARP. Bukan apa senang nak wat camping lain kali. Ok
Monday, June 11, 2007
Kolokium dan Konvensyen PROSTAR Kebangsaan 2007
Pada 8hb - 11hb Jun 2007 berlangsungnya Konvensyen PROSTAR Kebangsaan 2007 di UPM Bangi Selangor. Kali ini, PROSTAR Selangor menjadi tuan rumah untuk acara tersebut selepas Kuala Lumpur pada tahun 2005. Bagi PROSTAR N9 kami bersyukur kerana Peserta PROSTAR N9 ( PROSTAR Jempol ) telah memenangi Anugerah Bintang PROSTAR Kebangsaan 2007. Anugerah itu sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan PROSTAR MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia kepada ahli yang aktif dalam melakukan kerja2 kesukarelaan tanpa ada had sempadannya, manakala PROSTAR Seremban pula telah mendapat Juara dalam kategori Anugerah Inovasi Pendidikan Kesihatan Remaja 2007. Apapun untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang masam manis dan cerita - cerita sensasi Konvensyen tersebut jangan lupa klik pada www.kelabprostarjempol.blogspot.com . PROSTAR N9 mengucapkan ribuan terima kasih kepada PROSTAR Selangor kerana memberikan layanan baik kepada kami sepanjang program itu berlangsung.
Friday, June 08, 2007
Komen Bekas Peserta PKSN 2003
PJKN tue ingatkn saya pd PKSN yg dulu.. memang tak rugi bg sesiapa yg pergi., buktinya saya still gunakn ilmu yg saya dpt dr PKSN hingga kini.. mmg terbuktila program ni mmg meninggalkan kesan kpd setiap peserta.. pengalaman, ilmu dan pengajaran yg diperolehi mmg amat bererti. terima kasih utk semua tenaga pembimbing, pengajar dan boleh jg dikatakan sbgi pendidik yg tdk pernah rasa penat dlm melakukan program2 yg begini. Harapannya, semangat mcm ini tidak pernah padam dan akan ada lebih bnyk lg program2 yg lbh menarik di masa hdpn.. apa yg saya pasti, saya amat berterima kasih kpd PKSN untuk kenangan, pengalaman dan ilmu yg amt berguna walau saya berada di mana pun jua.. Allah mempertemukan saya dgn sesuatu yg bermanfaat dan amt berguna.. semestinya amy bersyukur. semoga sentiasa success dlm apa jua perkara. salam untuk semua.
From,
Bekas Peserta PKSN Lui Barat...
Klik pada http://gstarzarm.multiply.com/ ruangan dari abang SAM pasal PJKN
From,
Bekas Peserta PKSN Lui Barat...
Klik pada http://gstarzarm.multiply.com/ ruangan dari abang SAM pasal PJKN
Friday, May 25, 2007
MASAM MANIS PROGRAM JATIDIRI KESUKARELAAN
Bestnya Program PJKN Jempol 2007. Itulah kata- kata budak2 yang sertai program ini. Seramai 145 orang remaja Daerah Jempol telah menyertai program Kesukarelaan Nasional yang dianjurkan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Jempol di Kompleks Rakan Muda Jempol. Tentu banyak kenangan manis yang telah tercipta sepanjang u all menyertai kami. Kebetulan Fasilitator,jurulatih dan urusetianya terdiri daripada Team Dekbet yang memang giler - giler orangnya. Yang syoknya juga boleh di katakan setiap petang sepanjang program ini berlangsung, Radio Negeri FM ( Negeri Sembilan ) akan bersiaran langsung bersama seorang Fasilitator kami iaitu Paklong yang terkenal di slot Suara Felda Negeri FM melaporkan tentang perkembangan perjalanan program secara terus ke konti Radio Seremban. Apapun bagi yang baru berjinak - jinak dengan kesukarelaan ini, jangan berhenti setakat itu sahaja., joinlah team kami. Banyak aktiviti kesukarelaan yang sedang menanti buat kalian semua. Bagi Kampung Pachitan Port Dickson,
bangmir tak tau lah apakah rahsia yang telah mereka gunakan sehinggakan semua peserta termasuk urusetia PJKN menanggis semasa meninggalkan kg tersebut untuk Program Keluarga Angkat. Sapa2 yang nak kongsi cerita di blog bangmir nie, antalah ke email bangmir ya. Insyallah nan ti bangmir paparkan dalam ini.
Bagi yang nak CD gambar2 ( ada >500 Gambar ) dari Kamera Digital, silalah hubungi abang Fahmi cuma RM5. Bagi CD Video program PJKN mungkin siap 14hb nie ya..... Harga RM8 untuk satu.
Kauorang kalau duduk seorang2 tu, dengar2lah lagu Keluarga Bahagia ya....
.
Tentu you ingat Senaman Pagi Bangmir. Nak Tengok Video tu KLIK http://rakanmudajempol.multiply.com/video/item/1
Thursday, May 24, 2007
Logo Baru Rakan Muda 2007













Rakan Muda Berwajah Baru Dengan Pelaburan RM50 Juta
Komentar Oleh Jeswan Kaur
KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) - Dua belas tahun kemudian, kerajaan sekali lagi melakukan pelaburan besar bagi memperbaharui program Rakan Muda yang gagal mencapai matlamat asalnya.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 29 Okt 1994 melancarkan program remaja Rakan Muda yang ditunggu-tunggukan dengan pelaburan sebanyak RM176 juta. Program Rakan Muda bertujuan menyediakan hala tuju dalam hidup bagi golongan remaja di negara ini dan membantu mereka membentuk jati diri serta keyakinan dalam menghadapi cabaran masa depan.
Sejauh mana ia mencapai matlamatnya masih menjadi tanda tanya. Bagaimanapun, Rakan Muda diberi nafas baru, dengan kos untuk menghidupkannya semula dianggarkan sebanyak RM50 juta.
Dengan begitu banyak duit pembayar cukai dilabur dalam Rakan Muda, kita hanya boleh berharap Fasa 2 Rakan Muda akan menempuhi kejayaan bukan seperti pendahulunya. Adalah diharapkan yang Kementerian Belia dan Sukan telah menjalankan kajian terperinci bagi memastikan penjenamaan semula Rakan Muda mampu memikat kumpulan sasaran, iaitu mereka yang berusia antara 10 dan 25 tahun.
Tidak diragui Rakan Muda merupakan projek kerajaan bagi muda-mudi. Oleh itu adalah penting pelaksanaannya diatur dengan baik bagi memastikan kejayaannya.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 29 Okt 1994 melancarkan program remaja Rakan Muda yang ditunggu-tunggukan dengan pelaburan sebanyak RM176 juta. Program Rakan Muda bertujuan menyediakan hala tuju dalam hidup bagi golongan remaja di negara ini dan membantu mereka membentuk jati diri serta keyakinan dalam menghadapi cabaran masa depan.
Sejauh mana ia mencapai matlamatnya masih menjadi tanda tanya. Bagaimanapun, Rakan Muda diberi nafas baru, dengan kos untuk menghidupkannya semula dianggarkan sebanyak RM50 juta.
Dengan begitu banyak duit pembayar cukai dilabur dalam Rakan Muda, kita hanya boleh berharap Fasa 2 Rakan Muda akan menempuhi kejayaan bukan seperti pendahulunya. Adalah diharapkan yang Kementerian Belia dan Sukan telah menjalankan kajian terperinci bagi memastikan penjenamaan semula Rakan Muda mampu memikat kumpulan sasaran, iaitu mereka yang berusia antara 10 dan 25 tahun.
Tidak diragui Rakan Muda merupakan projek kerajaan bagi muda-mudi. Oleh itu adalah penting pelaksanaannya diatur dengan baik bagi memastikan kejayaannya.
Tuesday, May 15, 2007
SELAMAT HARI BELIA 2007
.
BELIA PENERAJU KEMERDEKAAN GEMILANG
BELIA PENERAJU KEMERDEKAAN GEMILANG
Petang ni jam 3.00 petang Geng - geng ARPRM Jempol akan pergi ke Bukit Jalil sempena Sambutan Hari Belia Negara 2007 Peringkat Kebangsaan. Dengar citer 2 bas. Geng Persatuan Belia 4B Serting Ulu yang menjadi harapan kami di sini. Kak Rosma kau pulak dah pergi awal - awal. Malam tadi call , dia kata ada kat UPM. Kos apalah yang diambik kat UPM tu agaknya. Sambung star D ker..... So jumpa di Bukit Jalil ya.... Kalau nampak geng2 pakai baju warna merah bas flat N...tu mungkin budak bangmir la tu.....
Monday, May 14, 2007
GEMPAR - BERITA SENSASI DAN PANAS
TEAM DEKBET DI MASUKKAN KE PUSAT PEMULIHAN AKHLAK !!!
Assalammualaikum dan salam arprm,
Gempar! bangmir di beritahu bahawa beberapa orang Team Dekbet telah di masukkan ke Pusat Pemulihan Akhlak Jelebu jumaat lepas. Mengikut dari sumber2 yang di perolehi , saki baki beberapa orang team dekbet yang telah di kenal pasti oleh pihak Kesihatan Jempol akan menerima rawatan susulan di Pusat Pemulihan yang lebih tinggi lagi iaitu di UPM serdang pada 8hb - 11hb Jun. Di fahamkan juga ramai doktor - doktor dari hospital2 NS yang berhampiran dikejarkan ke pusat tersebut untuk membantu memberi rawatan kepada mereka. Diharap mereka akan menerima rawatan yang sewajarnya. Kami di sini berharap apabila mereka keluar nanti, maka jadilah insan yang baik yang boleh memberi keyakinan kepada masyarakat. Sedarlah wahai kawan - kawan. Apapun tahniah buat mereka, kerana dalam menerima rawatan mereka sempat mengharumkan nama Jempol peringkat kesihatan NS kerana telah memenangi beberapa anugerah. Diantaranya.
Mereka telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan inovasi iaitu ' Jom Klik ', selain itu juga salah seorang daripada mereka telah menerima Anugerah Bintang Harapan Prostar 2007 peringkat NS dan ada lagi, mereka juga telah menerima Anugerah Penyelaras Prostar Terbaik 2007 Peringkat NS. Anugerah tersebut telah di sampaikan oleh YB Dr. Haji Azman Bin Abu Bakar Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Darul Khusus. Tahniah ! Tahniah ! Tahniah..... .
( Nak tau lebih lanjut jom klik www.kelabprostarjempol.blogspot.com )
Tuesday, May 08, 2007
PERHIMPUNAN HARI BELIA NEGARA 2007
Akan di adakan pada Selasa 15hb Mei ini. So tadi Kak Rosma menghubungi bangmir,dia kata Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jempol akan membawa sekurang2nya 2 bas iaitu se bas adalah terdiri daripada barisan sukarelawan dan budak2 Arprm Jempol. Bagi peserta Arprm, pemilihan berdasarkan sapa yang aktif dan mempunyai diari Gangsa/Perak baik punya jam dan pemain kompang arprm. Hari Sekolah????...... Bangmir pun perasan,time tu waktu sekolah,tapi kite g jam 2.30 petang dari KRMJ. So tunggu jerlah panggilan daripada Kak Rosma.
Nak tau lebih lanjut,sila klik pada' Program2 terkini Arprm. Amboi 2007 nie...program2 Arp banyak betul yer.... untunglah kauorang.....
* Gambar bawah adalah sebahagian baki penerima Gangsa 2006 - Walaupun majlis ni kecil jer sebab hari tu semasa ( Majlis Penganugerahan Anugerah Rakan Muda N9 ) diaorang punya pingat lum siap lagi, tu pasal diaorang dapat kemudian... Apapun walaupun hari tu u all tak dapat naik pentas yang GRAND2 kat PD walaupun g, Apapun jangan putus semangat. Terus kan wat Pingat Perak pulak. Nanti bangmir surekan u all naik pentas lagi grand kat PWTC l...macam AJL TV3 tu...Sian pulak tengok diaorang nie..... Takpa yer Izat,Naim dan Abu. Yang takda dalam gambar ialah Abang Faizal dan Akak Fatehah - Study.......Tima Kasih Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan - En. Hasnan.....
Nak tau lebih lanjut,sila klik pada' Program2 terkini Arprm. Amboi 2007 nie...program2 Arp banyak betul yer.... untunglah kauorang.....
* Gambar bawah adalah sebahagian baki penerima Gangsa 2006 - Walaupun majlis ni kecil jer sebab hari tu semasa ( Majlis Penganugerahan Anugerah Rakan Muda N9 ) diaorang punya pingat lum siap lagi, tu pasal diaorang dapat kemudian... Apapun walaupun hari tu u all tak dapat naik pentas yang GRAND2 kat PD walaupun g, Apapun jangan putus semangat. Terus kan wat Pingat Perak pulak. Nanti bangmir surekan u all naik pentas lagi grand kat PWTC l...macam AJL TV3 tu...Sian pulak tengok diaorang nie..... Takpa yer Izat,Naim dan Abu. Yang takda dalam gambar ialah Abang Faizal dan Akak Fatehah - Study.......Tima Kasih Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan - En. Hasnan.....
LARIAN KEMASYARAKATAN KOMUNITI JEMPOL
.
PENGUMUMAN:
So perjumpaan minggu ketiga ( Sabtu ) 19/5/07 DIBATALKAN sebab kiter dah gantikan program ini.
Antara pegawai terlibat
1. Kawasan BBS - Abang Piloi dan Abang Abu Hensem
2. Kawasan LUI - Akak Z dan Team sukarelawan LUI. ( Yang babai tu bertudung putih )
* Kak Ani kau tak nak turun sekali ker.........
Monday, May 07, 2007
JANGAN TAK KLIK....PROSTAR JEMPOL NS
Waduh pak...sekarang kiter dah tukar Blog Prostar Lama kepada Baru.... So...bapak2 semua jangan lupa ya singgah dulu ambil informasinya....Jangan tak KLIK...
www.kelabprostarjempol.blogspot.com
www.kelabprostarjempol.blogspot.com
Thursday, May 03, 2007
MESYUARAT TIMBAL BALIK PROGRAM KEM EMAS 2007
Assalammualaikum....
PENGUMUMAN
Kepada Semua Ahli Jawatankuasa ARPRM Jempol peringkat tertinggi dan Otai - Otai Dekbet satu mesyuarat akan diadakan pada 3hb Mei 2007 jam 9 malam di Bilik NGO Kompleks Rakan muda Jempol. Anda di jemput hadir.... Tujuan meting ini adalah untuk membincangkan program akan datang serta postmortem program tempoh hari... Sebarang isu sila info kepada saya secepat mungkin... Infolah pada rakan - rakan lain yer...
Yang Benar...
Moderator Blog Ini..
PENGUMUMAN
Kepada Semua Ahli Jawatankuasa ARPRM Jempol peringkat tertinggi dan Otai - Otai Dekbet satu mesyuarat akan diadakan pada 3hb Mei 2007 jam 9 malam di Bilik NGO Kompleks Rakan muda Jempol. Anda di jemput hadir.... Tujuan meting ini adalah untuk membincangkan program akan datang serta postmortem program tempoh hari... Sebarang isu sila info kepada saya secepat mungkin... Infolah pada rakan - rakan lain yer...
Yang Benar...
Moderator Blog Ini..
Tuesday, May 01, 2007
SUKA DDUKA KEM EMAS 2007
Assalammualaikum dan salam Arp
Alhamdullilah..... semuanya selamat. Walaupun bangmir cuma dapat join u all hari ahad tu namun terasa rugi sebab tak dapat berkhemah dengan u all. Apapun bagi mereka yang tak g tempoh hari beralasan dekat lah....biasa g lah...alamak ai ruginya u all sebab stok baju kami banyak.... So takdapat lah u all baju free cap Prostar dan ARPRM. Bayangkanlah kami nak bagi baju dan topi kat budak2 nie... hai tak datang pulak diaorang..... Apapun tks pada semua yang terlibat. Gambar - gambar program tersebut banyak kami jadikan CD. So
u all bolehlah mendapatkanya untuk kenangan2. Apapun Bangmir akan reloadkan sedikit jer gambar di ' Slot Gambar2 ARPRM ' nanti yer. Leh lah klik nanti .Ok...Jangan lupa perjumpaan 5hb ini. Oh ya program JOM TURUN LUI terpaksa ditangguhkan sebab ramai Geng Dekbet Team terlibat la pulak dengan program Prostar di Pusat Akidah Jelebu. Isyaalah bangmir akan buat jugak tu...Sian budak lui asyik turun BBS jer...Apalagi budak BBS sudah tiba masanya kita g LUI ramai - ramai naik bas....
( Bagi anda yang mempunyai cerita dan hotstory masa kat kem tu, lehlah emailkan kat bangmir. Nanti bangmir paparkan cerita anda itu sebab bangmir kekurangan storylah.... )
Sunday, April 29, 2007
PROSTAR JEMPOL SEPONSER PROGRAM BEB
Tima kasih di ucapkan kepada Prostar Jempol kerana sudi bergabung dengan program KEM REMAJA EMAS yang berlangsung sekarang ini di Jeram Sering Ulu. Dengar ceriter diaorang seponser baju....lawa jugak...Hai rugilah sapa yang tak g tu.... Baju siap ada tulis ARPRM lak tu.... Tks sebab bagi seponser baju,banner dan Khemah masak... Mekasih MAYO... Mekasih PROSTAR JEMPOL
(Sedihnyer sebab tak dapat join program u all - Kojorrrrrrrrr)
(Sedihnyer sebab tak dapat join program u all - Kojorrrrrrrrr)
Saturday, April 21, 2007
Kompang Jempol Sedia!!!
Nampaknya Team Kompang Arprm Jempol sudah pun menjalani latihan. Latihan akan dibuat setiap hari Jumaat - Ahad jam 4.30 - 6.30 petang di Kompleks Rakan Muda Jempol. Ramai jugak yang hadir untuk menyertai komponen ini. Cikgu Syafie adalah pak guru kompang kami. So bagi sesiapa yang berminat di daerah Jempol ini yang memerlukan kami untuk bermain kompang di rumah kenduri kahwin, majlis2 keramaian atau apa2 majlis pun, anda bolehlah menempah dengan menghubungi urusetia ARPRM Jempol di 06 - 4581 399 bercakap dengan Rosma atau Fahmi ). Kami boleh main di sekitar N9 in insyallahi.....
Saturday, April 14, 2007
ANUGERAH BELIA NEGARA 2007
( Nyamannya kalau camping kat sini )
Assalammualaikum, Tahun ini Gabungan Belia 4B Kg Serting Ulu telah dipilih mewakili Negeri Sembilan bagi Anugerah Belia Negara 2007 peringkat NS. Ini kerana persatuan mereka telah memenangi kategori tersebut setelah di hakimi pada 22 Mac 07. Tahniah diucapkan. Oleh yang demikian Persatuan Belia 4B Serting Ulu berbesar hati menjemput semua warga Malaysia untuk datang pada Ahad 29hb April 2007 di Kampung Serting Ulu Simpang Pertang NS bermula jam 9 pagi kerana mereka akan mengadakan pameran dan aktiviti belia sepanjang hari tersebut. Kebetulan pula ARPRM Jempol juga mengadakan perkhemahan di Kem Agro Jeram Serting Ulu ( milik persatuan mereka ) . Bagi yang penat pula bolehlah merehatkan diri sambil mandi manda bersama anak - anak di Jeram Serting Ulu tidak jauh dari kawasan pameran tersebut. So Jom Pakat Datang Ramai - Ramai Yor..........
MESYUARAT KEM REMAJA EMAS ARP 2007
Monday, April 09, 2007
KEM MOTIVASI ARP JEMPOL GB4BSU.
TEN Q GABUNGAN BELIA 4B SERING ULU = ABANG HANIP DEKBET !!!
Terima kasih Abang Anip Dekbet kerana sudi mendapatkan seponser bagi Kem Motivasi ARP Jempol yang akan diadakan pada 27hb - 29hb April 2007 di Jeram Serting Ulu. So semua budjet program akan di tanggung sepenuhnya oleh Gerakan Belia 4B Serting Ulu. Bertuah lah U all kerana tak payah keluar satu sen pun untuk sertai program sebegini. Kalau bangmir wat program sure u all kena keluar sedikit duit. Program ini akan disertai juga oleh remaja dan pelajar kampung itu juga. Dijangkakan seramai 80 orang akan menyertai program tersebut. Keutamaan akan kami beri kepada peserta arp yang aktif dan buku diarinya dah berisi. So apalagi daftarlah cepat. Insyaalah Team Dekbet pun akan dipanggil untuk menjayakan program ini nanti....
Perhatian Bagi Lepasan SPM dan Belia Jempol.
(BORANG IKBN SUDAH BOLEH DIPEROLEHI DI PEJABAT BELIA DAN SUKAN JEMPOL. BAGI SESIAPA YANG BERMINAT SILA AMBIK CEPATTTTTTTT......
DAN ANDA JUGA BOLEH MENDAFTAR SECARA ONLINE . KLIK DISINI
Saturday, March 31, 2007
NAK JADI FAMOUS KER?....
Assalammualaikum dan salam ARP...
Lama btul tak masuk blog bangmir nie. Ramai jugak yang bertanya semenjak bangmir pindah dari pulau tu sampai hari ini, blog macam tu jugak takdapun citer baru. Apapun thanks kat u all sebab selalu jenguk blog ini. Bukan apa sibuk sikit kat tempat kerja baru dipindah ini.Program hari sabtu 31hb mac terpaksa dibatalkan sebab Bos Besar ARP Jempol En. Rosdi mohon di tangguhkan. So jangan lupa pulak pada 4hb april rabu ini , jom kite ramai2 buat khidmat masyarakat kat Kompleks Rakan Muda Jempol bagi membantu persiapan Forum Perdana sempena MaulidurRasul nanti yer. Banyak pahala tau. Pada 7hb April jugak ada perjumpaan bulanan ARP macam biasa. So infolah pada kawan - kawan lain yer..
(Nak tau program2 terkini jangan lupa klik pada " Program2 Terkini ARPRM "
(Nak tau program2 terkini jangan lupa klik pada " Program2 Terkini ARPRM "
Oh yer...sekarang budak2 arp dah pandai buat blog/friendster sendiri. So bagi sesiapa yang berminat untuk memperkenalkan dalam blog arp ini, bolehlah info bangmir. Nak tau sapa dia yang dah apply untuk jadi famous bolehlah klik pada ruangan ' Kenali Rakan Kami". K
Saturday, March 17, 2007
TEAM KOMPANG KOMPLEKS RAKAN MUDA JEMPOL
Sekarang KRMJ dah ada Team Kompang. Nama Team ialah KOMPANG ARP JEMPOL. Pemain adalah terdiri daripada peserta2 ARP yang mengambil komponen kemahiran berkompang.So bagi sesiapa yang berminat memanggil team ini untuk majlis - majlis keramaian bolehlah menghubungi kami. Siap ada logo lagi kat kompang tu.
Subscribe to:
Posts (Atom)