Berhulucamp Jempol NS adalah Pusat Latihan & Rekreasi. Terciptanya kem ini adalah dari cetusan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Bermulanya terlibat dengan kerja - kerja sukarelawan Rakan Muda semenjak 1994 lagi bersama Pejabat Belia dan Sukan Jempol. Dari situlah pengalaman kami kutip. Sekarang Rakan Muda dah tiada lagi tetapi semangat Sukarelawan Rakan Muda itu masih tebal dalam jiwa ini. Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kerana mendidik kami sehingga hari ini.
Thursday, June 12, 2008
Program Y2Y di Jeram Toi
Wednesday, June 11, 2008
Lawatan Sempena Hari Belia NS 2008
Jangan Lupa Anda Semua Di Jemput Hadir Beramai - Ramai Untuk Memeriahkan Sambutan Tersebut.
SEREMBAN 9 Jun - Seramai 6,500 belia dijangka menghadiri sambutan Hari Belia Negara 2008 peringkat Negeri Sembilan yang akan berlangsung pada 14 Jun ini di Kompleks Belia dan Sukan negeri di sini. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Baharudin Jali berkata, program itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang turut menyampaikan beberapa anugerah sempena sambutan berkenaan.
''Sempena program ini, pihak jabatan juga menganjurkan beberapa aktiviti yang bermula dari 14 Jun dan berakhir keesokan harinya sebagai menyemarakkan lagi sambutan Hari Belia Negara 2008 peringkat negeri ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan Jawatankuasa dan Ahli Kelab Wartawan Negeri Sembilan (i-KWAN) di Klana Resort di sini hari ini. Hadir sama ialah Presiden i-KWAN, Ainol Amriz Ismail yang juga Ketua Biro Utusan Negeri Sembilan, Ketua-Ketua Biro akhbar tempatan dan pengamal media cetak dan elektronik di negeri ini. Menurut Baharudin, antara yang menarik ialah majlis ramah mesra bersama Angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha pada 14 Jun ini.
Katanya, antara program yang akan diadakan termasuk pertandingan futsal Piala Menteri Besar Negeri Sembilan dan Piala Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 14 dan 15 Jun ini. Turut diadakan kejohanan kecergasan peringkat negeri mencakupi acara 'step aerobik,' 'hip hop,' 'fit ball,' lompat tali, klinik go kart dan minibike, pameran agensi, gerai jualan, persembahan artis Amylea dan Afiq, demonstrasi basikal, promosi kad Rakan Muda dan cabutan bertuah.
Beliau berkata, orang ramai, khususnya generasi belia dijemput untuk bersama-sama meraikan sambutan Hari Belia Negara 2008 peringkat negeri ini. ''Apa yang penting, sambutan Hari Belia ini dilihat sebagai satu pengiktirafan kerajaan kepada pemimpin belia, penggerak belia, rakan kongsi serta agensi berperanan dalam pembangunan belia," jelas beliau.
Friday, June 06, 2008
Xpdc Gunung Brinchang Cameron Highland

Alhamdullilah Xpdc Cameron Highland yang disertai seramai 53 orang itu pada 29hb Mei - 2hb Jun 2008 anjuran Kelab Prostar dan Persatuan Rekreasi Daerah Jempol dengan kerjasama Gerakan Belia Batu Kikir telah berjalan dengan lancar. Program kali ini memang jenis lepak habis dan santai. Bak kata orang takdalah Bab - bab ceramah, duduk dalam dewan, dan tulis sana - tulis sini. Program banyak berjalan jer. Maklumlah banyak tempat menarik kat sana. Kalau tak pergi rugi pulak. Apapun pada xpdc ini tak ramai budak ARP yang join. Yang ada cuma, Hanif, Hafiz,Iskandar, Hirohman dan Naim. Diaorang satu team. Naim pula pihak ARPRM Jempol telah menaja tambang beliau bagi melengkapkan Komponen Xplorasi untu
k Pingat Emas. Untung
Naim. Kami bertolak malam jumaat 29hb . Sampai di Cameron pada pagi Jumaat jam 4.30 pagi. Mak ai sejuk giler. Setelah solat di masjid kami pun melakukan lawatan di beberapa tempat menarik. Akhir sekali jam 2.30 ptg barulah kami pergi ke tapak perkhemahan di Sungai Pauh. Keesokkan harinya jam 7.00 pagi kami dah gerak ke Pekan Brinchang untuk berjumpa dengan Pak Guide kami iaitu Pakcik Jalil dan Pakcik Hamid bagi memulakan xpdc ke Gunung Brinchang. Laluan trek memang mencabar tetapi tak lah secabar Gunung Angsi.
Maklumlah Sejuk. Jam
10.30 pagi kami dah sampai puncak. Rehat2 then untuk balik ke camp kami try ikut jalan Tea la pulak walaupun jauh. Jarak lebih kurang 9Km ( macam tak caya jer bangmir leh jalan sejauh tu). Pemandangan memang cantik tapi kami redah jer dalam hujan. Sampai kat pekan pasar Klim Farm ada kecoh sikit sebab Team Abu hilang kemana. Apapun kami terserempak dengan Team Abu seramai 20 orang itu di pertengahan jalan raya semasa kami naik bas tambang menuruni bukit di jalan utama. Berlari diorang kejar kami. Apa lagi Si Abu kena Sekolah lah dekat 
bangmir kerana ambil keputusan bawa budak ikut jalan raya tanpa pengetahuan team bangmir. Esoknya kami pergi gotong royong di Masjid Abu Bakar. Tak sangka, rupanya ahli jawatankuasa masjid dan penduduk kampung memang dah menunggu kedatangan kami. Siap dengan peralatan dan bunga - buangaan untuk di tanam. Petangnya kami pergi berlegar - legar di Tanah Rata untuk edar risalah Aids dan Hiv. Time ini lah untuk budak - budak ini merayau dan ronda - ronda. Malamnya bangmir bawa diaorang pergi jalan - jalan Pasar Malam Cameron. Ada citer kami kena kejar orang mabuk. Padam muka budak - budak ini. Apapun program xpdc kali ini memang best sebab SANTAI jer.
Lagi pun budak - budak rekreasi kali ini
memang dengar cakap,best dan profesional. Bab memasak dan makan memang takda masalah walaupun hari - hari ujan. Lagipun mereka dah banyak join program - program perkhemahan so dah biasa dan memang suka hidup dalam hutan ini. Pada budak - budak Rekreasi Jempol jangan lupa ada program lagi menyusul selepas ini.Oh ya bagi budak - budak ARP yang minat dengan aktiviti rekreasi ini jangan lupa sertai kami dan dapatkan borang Ahli Persatuan Rekreasi Jempol pada abang Fami di Pejabat Belia dan Sukan Jempol. So senang kita gi camping selalu ok. ( nak tengok gambar boleh klik pada www.kelabprostarjempol.blogspot.com SMKSJ Buka Cawangan ARPRM
( Yang kat atas tu gambar Kibal sedang membaiki khemah baru - baru ini di kompleks Rakan Muda Jempol. Beliau dah beransur sihat. Alhamdullilah )
Friday, May 23, 2008
Selamat Pengantin Baru Abang Hanip dan Akak Z
( Hanip sorilah ya...terpaksa masukkan cerita kau nie kat laman web sebab ramai yang tanya... Harap saham tak turunlah kot...he..he...he..)
* Nak tengok gambar - gambar dan cerita Kenduri Kawin Abang Hanip klik lah di laman web TEAM DEKBET di sini ya.
Thursday, May 15, 2008
Kad Rakan Muda untuk Jempol
Oh ya. Tujuan kami buat perjumpaan semalam adalah nak menerangkan tentang xpdc yang bakal dibuat pada hujung bulan ini selama 4 hari 3 malam ke Cameron Highland dan mendaki Gunung Brinchang sempena cuti sekolah. Rasanya ramai tak dapat pergi kerana MAHAL!.... katanya. Pening bangmir. Bukan apa...rasanya rugi betul kalau u all tak pergi trip ini. Program ini bersifat santai dan sempena cuti sekolah. Malahan jadual yang dibuat taklah macam kursus disebabkan program ini anda yang bayar. So tempat masih ada kosong. Kalau nak cepat info. Kalau nak di ikutkan Kos RM 70 yang kami tawarkan itu memang tak cukup. Kami dah kira budjet seorang hampir sampai RM98 tapi itupun kami ada gunakan dana - dana sikit yang kami ada untuk tampung xpdc tersebut. Oklah.... C u again kat Cameron ok. Rugi sapa tak ikut.
Tuesday, May 06, 2008
Program Arp Cuti Sekolah
Mengikut Abang Man ( Ketua Xpdc) , kita mungkin akan naik Gunung Brincang dan raund satu Cameron secara trekking( bolehlah curi strawberi ). Berkhemah di Tapak Perkhemahan Perhutanan Cameron. Dengar cerita budak PROSTAR Cameron pun akan join sekali. WAH
Happening lah sikit....Bayaran sure lah dikenakan. Ia meliputi Kos pengangkutan dari Bahau - Cameron highland, Sewa Tapak khemah, Guide, ansuran, Solid fuel, khemah, Sewa Van , Bayaran masuk dan macam - macam lagi. Kami anggarkan RM70.00 ( tak termasuk makanan ) dulu ya tapi taklah sampai RM100. Kami bukan buat bisness.So Adakah Anda Berminat?. Cepat dapatkan borang penyertaan. Kami cuma nak bawak 40 orang jer. Malas nak angkut ramai - ramai macam gi Belumut dulu atau pergi ke Gunung Ayam Kelantan. Siapa cepat bayar, dia dapat pergilah. Tarikh tutup penyertaan adalah 20hb Mei 2008. Nak tahu lebih lanjut tel bangman di 013 6050858 atau bangmir sendiri 012 3694057 atau email kepada bangmir di kembara_dca@yahoo.com . Rugi siapa tak ikut sebab ramai budak - budak gile Dekbet ikut sekali lagipun dengan bayaran RM70 kauorang leh lepak kat Cameron selama 3 hari. Mana nak dapat beb. ( Facy / Team Dekbet pun kena bayar ya ). Lawatilah laman web KELAB PROSTAR JEMPOL ( klik di sini ) di www.kelabprostarjempol.blogspot.com
Pesanan :
HARAP JANGAN BAWAK BEG MACAM PARAMUGARI TU YA ! INGAT TU ....
Monday, May 05, 2008
Majlis Penyampaian ARPRM di SMKLB
( Amboi si Fadli ngan si Aslam tu macam Saintis la pulak )
( Nak tengok gambar xtvt ini lagi. Sila klik pada "Gambar dan News Terkini ARP ok. )
Saturday, May 03, 2008
Meh - Meh Tui Lui Ditunda
( Bersemangat budak ARP Lui nak buat program untuk kau orang tapi akhirnya kena tangguh lak )
Monday, April 28, 2008
Program Grafiti Rakan Muda Jempol


Friday, April 25, 2008
Hadi Accident Pulak!!
So apabila mendengar berita si Hadi tersebut, hari Rabu tu , bangmir pun bergegaslah balik ke kg selepas habis kerja. Petangnya itu bangmir pergi melawat Hadi di Hospital Besar Jempol bersama Aidil, Fami B dan abang Musa yang kebetulan mereka baru habis program bersama PBSM. Di Hospital juga terdapat Ariff SMKSJ dan beberapa budak ARP yang membuat lawatan. Hadi patah kaki kanan. Katanya hari khamis, beliau akan di hantar ke Kuala Pilah. Diharap Hadi akan cepat sembuh. Pada budak - budak ARP mahupun remaja di luar sana harap jaga diri baik - baik apabila berada di jalanan. Sayangilah nyawa anda ya....
Wednesday, April 16, 2008
Kibal beransur sihat
Saturday, April 12, 2008
Minat Adventure ! Anda Di Jemput DAtang ! !
Budak Lui Buat Program Baikkkk punyer....
Petang ini juga kami ada wat perjumpaan ARP untuk membentuk jawatankuasa 2008. Kali ini Kapten ARP ialah Amirol, Leftenan pula adalah PUTRA. Bendahari ialah Shikin. Izat telah bangmir keluarkan dari jawatan Kapten kerana dia telah di terima sebagai TEAM DEKBET. Apapun bagi jawatan - jawatan lain kami akan pilih pada perjumpaan ahad ini 20hb selepas program xtvt Nyamuk. Oleh itu bangmir menjemput semua peserta lama dan baru ARP untuk datang pada ahad ini ok. Sapa yang Belum daftar sebagai ahli, anda di jemput datang pada hari tersebut . Sebarang pertanyaan bolehlah SMS pada bangmir di 012 369 4057. Nak tahu program - program ARP dan Pejabat Belia dan Sukan Jempol si klik di sini www.anugerahrakanmuda.multiply.com
(Best betul sebab dapat jumpa budak - budak ARP hari ini . Semua dah godang - godang )
Tuesday, April 08, 2008
Kursus Rekreasi luar Tahap II 2008
Friday, April 04, 2008
Kibal Peserta ARP Jempol - Exsiden
Semalam khamis kebetulan bangmir OFF pulak,bangmir pun baliklah ke kg. Cadangnya bangmir dan rakan - rakan kibal dari kg nak melawat beliau di Hospital Kuala Pilah.Tiba- tiba nenek kibal info yang beliau sudahpun di hantar ke Seremban untuk rawatan susulan maka kami pun bercadang untuk melawat beliau pada hari ini jumaat lepas solat kerana nak menunggu rakan2 lain balik dari sekolah . Namun masih tidak kesempatan kerana makciknya memberitahu pada pukul 10 pagi tadi yang kibal akan menjalani beberapa pembedahan susulan bermula jam 2.30 ptg hinggalah jam 7 malam. So tak dapatlah juga kami melawatnya hari ini. Apapun bangmir sempat juga melawat Amar di rumahnya pagi tadi. Beliau nampaknya tidak mengalami kecederaan serius cuma luka - luka sedikit tetapi nampak macam masih lagi keadaan trauma kerana kejadian tempoh hari. Apapun bangmir mengharapkan agar Kibal akan terus cepat sembuh supaya dapat mengikuiti program - program bangmir ya. Harapan bangmir pada rakan - rakan lain agar kita sama - sama berdoa agar kibal cepat sembuh sedia kala..... dan bangmir mengharapkan anda dapatlah memberikan kata - kata semangat kepada beliau....sedih bangmir bila dengar suara dia di telepon apabila dia bercerita tentang nasib dirinya itu masa hadapan.
So SMS lah Kibal di 013 2597295. Beliau perlukan sedikit semangat dari anda semua. Tak rugi u all SMS sebaris dua kata - kata hikmah pada beliau. Ingatlah...Kibal memerlukan sokongan dari kawan2nya.Hanya kawan- kawanlah yang dapat menghiburkan kibal ketika ini di kala kibal terbaring di atas katil hospital.... Sure kibal tersenyum apabila menerima sebaris SMS dari anda. Pada anda yang ingin menghantarkan kata - kata pesanan pada kibal . Sila klik ' comment ' di bawah.
Wednesday, March 19, 2008
Selamat Menyambut Maulid Nabi
Ucapan Selamat Menyambut Maulidur Rasul dari Bangmir dan Team Dekbet Jempol.
Nak tahu siapa Team Dekbet?. Kliklah di sini TEAM DEKBET JEMPOL
Permohonan Jawatan Kadet Juruterbang.
Antara syarat -syaratnya ialah
Berumur 18 - 26 tahun , lulus SPM dan mendapat 6 kepujian termasuk bahasa malaysia dan minimun 4B dalam matematik , fizik dan Bahasa inggeris. Tawaran ini juga di buka bagi pemegang Diploma dan ijazah( syarat diploma dan ijazah pun ada ) .Sesiapa yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut sila emailkan kepada bangmir untuk bangmir hantarkan maklumat detail jawatan tersebut okey sebab syarat - syarat dia bangmir tak larat nak tulis kat sini.
Sunday, March 16, 2008
Borang Permohonan online IPTA & Maktab Perguruan 2008
|
|
Klik ke Permohonan Kemasukan IPTA 2008
https://online2.mohe.gov.my/spm/
Permohonan Maktab Perguruan 2008
Klik Di Sini Ok
Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM / Setaraf Sesi Akademik 2008/2009
https://online2.mohe.gov.my/stpm/
Permohonan online ke ipta / politeknik / uitm / maktab perguruan
http://www.freewebs.com/cikgulah/index.htm
Permohonan online ke pusat pengajian tinggi 2008
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/index.php?lang=
Permohonan online kemasukan ikbn 2008 ( institut kemahiran belia negara)
http://interaktif.kbs.gov.my/ikbnweb/public/index.php?mid=1
Permohonan online Uitm
http://www.uitmonline.edu.my/
Thursday, March 13, 2008
Sirkit Cabaran Mendaki Gunung Negeri Sembilan

Wow...ini ada berita hangat dan memang di tunggu oleh pengiat Rekreasi dan pencinta Gunung Ganang di Negeri Sembilan. Bangmir baru dimaklumkan oleh abang fami bahawa Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Penggalakkan Pelancongan Negeri Sembilan ( UPENS ) akan mengadakan satu xtvt mendaki 4 gunung terbaik di Negeri Sembilan. Program Sirkit Cabaran Gunung Negeri Sembilan ini akan mendaki Gunung Datok di Rembau, Gunung Tampin , Gunung Telapak Buruk Jelebu dan Gunung Angsi Kuala Pilah. So bagi yang berminat bab - bab daki gunung dan memang dahagakan program hardcore ini bolehlah melayari laman web rakan bangmir iaitu Abang Fami di www.gstarzarm.multiply.com/untuk mendapatkan borang.
Bagi bangmir, program ini memang best sebab dah lama betul Negeri Sembilan tak menganjurkan program - program berbentuk Rekreasi lebih - lebih lagi mendaki gunung yang sekali empat ini. Tahniah di ucapkan pada penganjur. So apalagi. Cepat dapatkan borang penyertaan sekarang ok. Jangan berlengah lagi. Cepat ajaklah kawan - kawan ok.
Sunday, March 02, 2008
Monday, February 25, 2008
Mana Perginya Program2 Arprm Jempol?
Friday, February 01, 2008
Lawatan Menteri Belia Dan Sukan ke Kuala Pilah
Bangmir difahamkan pada 4hb Februari 2008 hari Isnin ini, YB Dato' Sri Azalina Dato Othman Said iaitu Menteri Belia dan Sukan Malaysia akan melawat Kuala Pilah untuk program belia Daerah serta Majlis Pertauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat NS. Di Jempol pula kami telah menghantar 2 orang wakil penerima Pingat Gangsa iaitu saudara Amar dan Saudari Fatehah kerana semasa majlis pertauliahan di Seremban tempoh hari, nama mereka tidak tersenarai walaupun sudah menyiapkan semua komponen. Namun ada hikmahnya kerana pertauliahan kali ini di Kuala Pilah amat berbeza sekali kerana mereka berdua beruntung disebabkan Menteri Belia dan Sukan Malaysia sendiri yang akan menyerahkan pingat itu kepada mereka. So bangmir dan warga Team ARP Jempol mengucapkan tahniah kepada Amar dan Fatehah begitu juga kepada peserta ARP dari daerah lain di NS yang akan menerima Pingat ARP pada hari Isnin ini.Oleh itu bagi remaja dan belia yang berhampiran Kuala Pilah, Jom kita ramai - ramai datang ke Kompleks Rakan Muda Daerah Kuala Pilah untuk memeriahkan majlis tersebut. Ajaklah kawan - kawan ya. www.prostarjempol.blogspot.com
Thursday, January 17, 2008
Rakan Muda Macam Sama

Kalau dibandingkan dengan kedua - dua gambar ini , rasanya macam sama kot. Tapi realitinya mereka ini memang seorang pengiat sukarelawan yang aktif. Bagi bangmir, rupanya seakan sama kalau si aidil tu ada rambut. Puas pulak bangmir mencari gambar - gambar lama aidil yang ada rambut. So bangmir ambiklah gambar yang abang aidil pakai topi. Kalau nak tau sapa yang pakai baju biru tu lawatilah laman webnya di http://muhamadazmi.multiply.com/Xpdc Gunung Ledang & Gua Batu Maloi Cancel
( Boringnya...ingat naik Angsi jerlah macam biasa nak ilang tension katakan)
Lawatilah Web Dekbet di www.prostarjempol.blogspot.com - Hangat klIk DiSiNi
Wednesday, January 09, 2008
Perjumpaan Pertama 2008
Assalammualaikum,
uka kepada peserta ARP yang lama sahaja. Bagi pelajar yang baru nak sertai , buat masa ini , kami belum lagi membuka sebarang permohonan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum. Sila hebahkan di Sekolah anda.( Nak tau kisah - kisah Dekbet Team kliklah Kamera tu yer )
Saturday, January 05, 2008
Karnival Rakan Muda 2008
Assalammualaikum,Salam & A very GOOD Day.
Sekretariat Rakan Muda MMU Melaka will organizing the “KARNIVAL RAKAN MUDA 2008″.There would be lots of activities involving with sports,health,drawing competition, graffity competion, 3 on 3 Basketball competitions, recycle campaign and lots more exciting activities. With that we would like to invite those people who are interested to join us as a working COMMITTEEs.Feel free, VISIT & REGISTER WITH US. This is the details :-
Venue : Sekretariat Rakan Muda Room ( Plaza Siswa, Groundfloor )
Time : 9am - 5pm
Date : 17 & 18 December 2008
Any enquiries contact us :-
(1) Abdul Barri (0136286794)
(2) Arif (0123439219)
(3) Anis Adilla (0177266672 / anisadilla@rakanmuda-mmu.org )
Tuesday, January 01, 2008
Selamat Tahun Baru 2008
Alhamdullilah, Syukur pada nikmat Allah kerana akhirnya dapat juga kita merasai Tahun 2008. Apapun bagi bangmir dan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jempol, merasakan tahun 2007 telah banyak meninggalkan kenangan manis kepada kami. Mana tidaknya ARP Jempol dapat melahirkan 80 orang Pingat Gangsa dan 2 Pingat Perak. Paling mengembirakan kami ramai rakan di kalangan Team Dekbet sudah mula beransur2 menyertai KELAB LAIN seperti Abang Atan dengan Akak Intan malahan Kak Ros , Hanip Dekbet , Kak Z dan yang akhir sekali adalah Abang Musa yang sudah pun hampir menyertai kelab tersebut. Alhamdullilah. Masih ingat lagi kami pada bulan September tahun 2007, juga telah memberi harapan lega kepada kami mengenai desas desus Pegawai Belia dan Sukan Jempol iaitu En. Mohamad Rosdi yang akan bertukar ke station lain akhirnya ditangguhkan. Bagi kami itu sudah cukup mengembirakan pada warga ARP dan Team Dekbet kerana En. Rosdi memang seorang yang cukup mengambil berat tentang ARP ( Bukan Bodek Bos, tapi realiti ) malahan
beliau sentiasa bersama2 bekerja dengan barisan sukarelawan dalam penganjuran apa - apa jenis program pun. Kalau kami balik pukul 2 pagi , beliau pula akan balik lebih lewat dari kami. Alhamdullilah kerana En. Rosdi akhirnya tidak jadi pindah, kalau tidak banyak perancangan program tersangkut. Harapan kami , agar En. Rosdi dapat meneruskan visi - visinya untuk tahun 2008 bersama kami lagi.Rasanya pada tahun 2007 juga, budak - budak ARP Jempol naik muak menyertai program2 anjuran ARP atau Pejabat Belia dan Sukan Jempol ( PBSD ) yang melambak - lambak. Mana tidaknya, PBSD telah banyak memberi ruang untuk peserta ARP menyertai segala program pejabat. Lagipun Badan operasi ARP dan PBSD Jempol tidak putus2 menganjurkan pelbagai program untuk remaja dan peserta ARP ( anda boleh rujuk xtvt arp ). Kepada barisan sukarelawan Rakan Muda Jempol. Segala khidmat anda membantu menjayakan program2 , kem motivasi , perkhemahan dan xpdc secara FREE, jasamu itu amat kami hargai.Tidak ketinggalan juga kepada remaja - remaja Jempol yang s
entiasa melayari laman web interaktif ini bagi mendapatkan maklumat untuk menyertai program2 PBSD Jempol , penyertaan anda dengan kami , telah membantu kami mengurangkan masalah sosial di Daerah Jempol ini sekaligus anda telah menjadi DUTA PBSD Jempol dalam mewar - warkan program2 kami. Web ini juga telah memberi satu kemudahan kepada remaja belia Jempol untuk mengetahui perkembangan program Rakan Muda di Daerah ini khususnya .Malahan ia sangat gemar dilayari oleh peserta - peserta ARP yang luar dari Daerah Jempol bagi mendapatkan informasi - informasi Skim Rakan Muda dan ARP yang berguna kepada mereka. Pada tahun 2008 ini juga, kami sudahpun merangka beberapa program menarik pada peserta ARP Jempol dan ANDAl. So apa lagi. Jangan tak join kami. Selalu2 lah Klik pada Web ARP ini. Pada semua Peminat Blog ini. Terima kasih atas sokongan anda. Andalah telah membuatkan Ranking WEB ini Famous di Yahoo dan Google. Untuk maklumat anda pada tahun 2008 ini , moderator blog telah mengubah beberapa format untuk semua rangkaian WEB ARP . Terima Kasih Untuk Anda Atas Sokongan pada kami. Selamat Tahun Baru 2008.